PERKATAAN HARI INI
Diulang 19 kali sahaja di dalam Al-Quran
SINOPSIS
1. Manusia diuji dengan rasa lelah dan kekuatan dan hartanya [1-7]
2. Permulaan ikhtiar dan jalan kejayaan menggapai akhirat [ 8-20]
Mukadimah
Surah al Balad, surah ke sembilan puluh dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah. Surah Makiyyah terdiri dari dua pertiga surah-surah dalam Al Quran.
Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan inya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Surah Makiyyah adalah surah yang memasakkan akidah. yang menyentuh memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia.
Surah-surah Makiyyah memberi semangat kepada para sahabat dan mereka yang memilih kembali kepada Allah SWT untuk membina jati diri sebagai mukmin. Ia membina akhlak muslim para sahabat berteraskan keimanan kepada Allah , ar Rasul s.a.w dan hari kiamat , al Quran dan rukun iman yang lain.
Allah SWT dalam surah al Balad ini mengajar kita bagaimana untuk mencintai tanahair dan menjadi warganegara yang berjaya dunia dan akhirat.
Ayat [ 90 :1-20]
لَآ أُقْسِمُ بِهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ ١
Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
وَأَنتَ حِلٌّۢ بِهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ ٢
Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
وَوَالِدٍۢ وَمَا وَلَدَ ٣
Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ ٤
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌۭ ٥
Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًۭا لُّبَدًا ٦
Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
أَيَحْسَبُ أَن لَّمْ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ ٧
Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
أَلَمْ نَجْعَل لَّهُۥ عَيْنَيْنِ ٨
(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?)
وَلِسَانًۭا وَشَفَتَيْنِ ٩
Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)
وَهَدَيْنَـٰهُ ٱلنَّجْدَيْنِ ١٠
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Pengajaran
- Allah SWT memberi semangat kepada ar Rasul s.a.w dan umatnya yang ditindas oleh kafir Quraish Mekah supaya bangun membina jatidiri sebagai muslim dan warganegara.
- Allah SWT bersumpah dengan Mekah sebagai bumi yang dipilih sebagai pusat mengesakan Allah SWT bermula dari Nabi Ibrahim sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w.
- Allah SWT juga menegaskan dengan sumpahNya bahawa negara itu ada fungsinya dimana zuriat keturunan itu dilahirkan sebagai warganegara . Zuriat keturunan akan menjadi mulia kerana mengesakan Allah SWT. Negara begitu juga akan mulia dengan warganegara yang mengesakan Allah SWT.
- Perundangan negara yang mulia di sisi Allah SWT adalah perundangan yang mengikut peraturan Allah .
- Warganegara perlu membina negara dengan dimulai dengan pembinaan diri , harta kekayaan dan kuasa.
- Tiga sumber kekuatan warganegara itu dibina melalui proses jatuh bangun yang tidak lari dari ujian keimanan , jiwa dan jasmani.
- Warganegara yang berjaya di sisi Allah adalah mereka yang mengikut panduan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam al Quran dengan berakhlak dan beramal untuk ke syurga dan menjauh akhlak dan amal yang mendekatkan dri ke neraka.
- Allah perintahkan manusia untuk menggunakan dua mata bagi melihat kekuasaan dan kekayaanNya sehingga manusia itu mampu beriman, merendah diri kepada Allah dan tidak menindas manusia lain dalam membina kehidupan dan negara. Yang Maha Kaya dan Maha Kuasa itu Allah . Segalanya Allah yang punya dan di dalam kekuasaanNya.
- Allah juga perintahkan mereka menjaga dua mata itu untuk melihat yang halal sahaja dan bukan yang haram.
- Allah juga kurniakan lisan dan dua bibir untuk mereka berkata-kata dan makan hanya dengan perkara-perkara yang halal dan baik. Mereka perlu meninggalkan kata-kata yang buruk dan makanan yang tidak baik dan haram.
- Mata , lidah dan dua bibir kurniaan Allah bukan hanya bagi penyempurnaan wajah .Bahkan anggota-anggota itu menyempurnakan fungsi sebagai manusia.
- Allah SWT mahu hambaNya bijak dan berakhlak menggunakan segala kurniaaNya yang berupa tubuh badan yang sempurna, harta kekayaan dan kekuasaan dengan memilih jalan ke syurga dan bukan jalan ke neraka.
Ayat [ 90 :15 -20]
فَلَا ٱقْتَحَمَ ٱلْعَقَبَةَ ١١
Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْعَقَبَةُ ١٢
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
فَكُّ رَقَبَةٍ ١٣
(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi
أَوْ إِطْعَـٰمٌۭ فِى يَوْمٍۢ ذِى مَسْغَبَةٍۢ ١٤
Atau memberi makan pada hari kelaparan
يَتِيمًۭا ذَا مَقْرَبَةٍ ١٥
Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
أَوْ مِسْكِينًۭا ذَا مَتْرَبَةٍۢ ١٦
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْمَرْحَمَةِ ١٧
Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ ١٨
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا هُمْ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ ١٩
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri.
عَلَيْهِمْ نَارٌۭ مُّؤْصَدَةٌۢ ٢٠
Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
Pengajaran
Amalan golongan kanan ( ٱلْمَيْمَنَةِ, beroleh syurga ). Mereka beriman dan bersungguh beramal dengan amalan yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT . Setiap warga negara perlu ada kesedaran menggunakan potensi mata , lidah dan dua bibir kita untuk usahakan kekuatan peribadi, kuasa dan harta benda bagi melaksanakan perkara yang disenaraikan Allah SWT ini bagi membina dan memelihara negara :
1. Memerdekakan hamba abdi (berhutang dalam kehidupan)
2. Memberi makan pada hari kelaparan kepada kaum kerabat dan anak yatim.
3. Memberi makan kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah (melarat dalam kehidupan)
4. Beriman dan berpesan-pesan dan membantu dengan sabar serta kasih sayang.
Amalan golongan kiri ( akan beroleh azab neraka yang kuat bakarannya ). Mereka ini tidak beriman dan mereka engkar dengan perintah Allah SWT . Mereka kufur nikmat dengan pemberian Allah SWT sepasang mata, lidah dan dua bibir. Mereka yang mampu juga tidak melaksanakan perkara dibawah malah menghalang bantuan :
1. Memerdekakan hamba abdi.
2. Memberi makan pada hari kelaparan kepada kaum kerabat dan anak yatim.
3. Memberi makan kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah
4. Beriman dan berpesan-pesan dan membantu dengan sabar dan dengan kasih sayang.
RESOLUSI
Ingat !!
1. Beriman dan suburkan keimanan asas beroleh redha Allah SWT.
2. Tetap teguh dan sabar menghadapi ujian keimanan, jiwa dan jasmani sebagai individu dan warganegara
3. Jadi warganegara yang kuat keperibadian, harta kekayaan dan kekuasaan, negara akan terhormat.
4. Sentiasa syukuri nikmat dua mata, lidah dan dua bibir sebagai hamba Allah yang berwawasan akhirat.
5. Jauhi perbuat dosa dan bersegera menyesalinya dan bersegera bertaubat.
6. Mulakan kebaikan kepada diri sendiri , keluarga terdekat , jiran tetangga dan masyarakat.
7. Sentiasa menasihati diri dan orang lain untuk meninggalkan perkara yang membawa murka Allah.
8. Berusaha membela orang yang dizalimi dan memberi makan mereka yang memerlukan.
9. Jaga niat ketika bersedekah dan memberi bantuan dari sifat riak
10. Saling membantu dalam susah dan senang.
Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.
Lega saya bila Allah sedarkan kepentingan peribadi beriman dan berakhlak mulia sebagai warganegara dalam membina dan memelihara negara.
Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa sentiasa bersama mereka yang membantu orang yang dizalimi dan orang yang dizalimi.
Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.
Saya jelas untuk istiqomah menjadi warganegara beriman dan berakhlak mulia yang mengerjakan amal soleh berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.
Saya juga jelas bersegera membuat persiapan untuk taat sepanjang fasa kehidupan menuju hari kiamat dan hari pembalasan supaya selamat dari azab api neraka.
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat beroleh kejayaan sebenar dengan beroleh syurga.
Ya Allah, jadikan kami orang beriman yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran
Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.
Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat. Lindungi kami dan bantu kami menghadapi tipu daya juga kejahatan mereka yang engkar.
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat dari api neraka dengan beroleh syurga iaitu golongan kanan ٱلْمَيْمَنَةِ.
Ya Allah, kurniakan kami kejayaan dan kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.