Monday, December 11, 2023

Halaman 585 : 'Abasa 80 : 1-42

 


PERKATAAN HARI INI 

عَبَسَ =   bermuka masam

Diulang  3 kali di dalam Al-Quran


SINOPSIS   

1. Allah SWT menegur Nabi Muhammad s.a.w [80 :1-10]

2. Kesucian dan kemuliaan Al Quran  [80 : 11-16]

3. Bantahan terhadap orang yang mengingkari kehidupan selepas kematian [80 :17-23]

4.     Nikmat-nikmat yang manusia perlukan [80 : 23-32]

5.    Manusia lari dari kaum kerabat di Hari Kiamat dan manusia terbahagi kepada dua golongan                   [80 : 33-42]


Mukadimah


Alhamdulillah, hari ini kita  bersyukur kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah. 

Surah Abasa surah ke lapan puluh, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, Surah Makiyyah adalah surah yang memasakkan akidah. yang menyentuh memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia.

Allah SWT mengingatkan dan melengkapkan Ar Rasul s.a.w dengan Al Quran. Ar Rasul s.a.w manusia yang dijaga akhlaknya oleh Allah SWT. Allah SWT rakamkan tegurannya dalam Al Quran untuk menjadi iktibar kepada umat manusia. Ia juga sebagai salah satu bukti Al Quran itu dari Allah SWT dan Allah SWT memeliharanya.


Ayat [ 80 :1-10]

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ ١

Ia memasamkan muka dan berpaling,

أَن جَآءَهُ ٱلْأَعْمَىٰ ٢

Kerana ia didatangi orang buta.

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ ٣

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكْرَىٰٓ ٤

Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ ٥

Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),

فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ ٦

Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ ٧

Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَىٰ ٨

Adapun orang yang segera datang kepadamu,

وَهُوَ يَخْشَىٰ ٩

Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -

فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ ١٠

Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.


Pengajaran

  1. Al Quran adalah kata-kata Allah SWT tiada siapa boleh mengubahnya, Nabi ar Rasul s.a.w hanya menyampaikan.
  2. Allah SWT memberi penghormatan kepada hambanya yang kurang upaya atas kesungguhan usaha mereka untuk mendekatkan diri pada Allah SWT.
  3. Allah SWT menegur kekasihNya dalam surah ini untuk menjadi iktibar kepada umatnya.
  4. Kesungguhan seseorang untuk membersihkan dirinya dan berada dekat disisi Allah , perlu diberi perhatian oleh pendakwah. Pendakwah perlu peka ciri-ciri mereka dan mengutamakan mereka. Apatah lagi bila mereka ini dari golongan yang kurang upaya atau golongan lain yang lemah .
  5. Kita perlu berakhlak mulia kepada semua orang, samada di hadapan atau di belakang mereka, samada ada orang nampak atau tidak kerana Allah SWT itu nampak dan mengetahui segalanya.
  6. Kita hendaklah bersyukur atas kesempurnaan anggota tubuh badan dengan mentaati Allah SWT bermula dengan memahami dan ambil tindakan dari kata-kata Allah SWT dalam Al Quran.


Ayat [ 80 :11-16]

كَلَّآ إِنَّهَا تَذْكِرَةٌۭ ١١

Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).

فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ ١٢

Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
فِى صُحُفٍۢ مُّكَرَّمَةٍۢ ١٣
(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -

مَّرْفُوعَةٍۢ مُّطَهَّرَةٍۭ ١٤

Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -

بِأَيْدِى سَفَرَةٍۢ ١٥

(Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;

كِرَامٍۭ بَرَرَةٍۢ ١٦

(Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.


Pengajaran
  1. Al Quran adalah suatu yang bernilai tinggi kerana ia kalam Allah SWT yang Maha Tinggi yang disimpan di langit yang tinggi.
  2. Allah SWT  perintahkan malaikat yang mulia memelihara Al Quran .
  3. Al Quran adalah panduan kehidupan yang lengkap dari Allah SWT kepada manusia
  4. Kalam Allah SWT amat tinggi nilainya kerana ia kalam tuhan manusia, bukan kata-kata manusia.
  5. Kalam Allah SWT apabila diperdengarkan atau dibacakan perlu diberi perhatian , difahami dan diambil tindakan. 
  6. Mereka yang memberi hak ketika mendengar bacaan al Quran atau membacanya, adalah golongan yang tinggi di sisi Allah SWT. Muga kita tergolong dalam ini.
  7. Amat rugi manusia yang tidak dapat manafaat dari kalam Allah SWT.
  8. Kita perlu berusaha memahami bahasa arab al Quran supaya setiap bacaan ayat al Quran itu kita dapat fahami dan memberi kesan kepada  jiwa sehingga mampu menghasilkan amal yang Allah SWT kehendaki. 


Ayat [ 80 :17-23]

قُتِلَ ٱلْإِنسَـٰنُ مَآ أَكْفَرَهُۥ ١٧

Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

مِنْ أَىِّ شَىْءٍ خَلَقَهُۥ ١٨

(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -

مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ ١٩

Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ ٢٠

Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);

ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقْبَرَهُۥ ٢١

Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).

كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَآ أَمَرَهُۥ ٢٣

Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.


Pengajaran

  1. Allah SWT peringatkan bahawa untuk  kita selamat dunia dan akhirat perlu patuhi panduan kehidupan yang Allah SWT sediakan dalam al Quran .
  2. Allah SWT peringatkan akan kekuasaanNya supaya kita bersyukur dengan taat hanya padaNya.
  3. Allah SWT peringatkan asal usul kita hambanya yang lemah supaya kita sentiasa sedar dan ambil tindakan bijak dalam membuat pilihan dengan mengutamakan manafaat kehidupan di akhirat.
  4. Allah SWT peringatkan bahawa  segala kurniaan kehidupan itu datang bersamanya banyak  tuntutan tangjawab yang belum kita laksanakan.

Ayat [ 80 :24-32]

فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَـٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ ٢٤

(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

اَنَّا صَبَبْنَا ٱلْمَآءَ صَبًّۭا ٢٥
Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

ثُمَّ شَقَقْنَا ٱلْأَرْضَ شَقًّۭا ٢٦
Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

فَأَنۢبَتْنَا فِيهَا حَبًّۭا ٢٧
Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

وَعِنَبًۭا وَقَضْبًۭا ٢٨
Dan buah anggur serta sayur-sayuran,

وَزَيْتُونًۭا وَنَخْلًۭا ٢٩

Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,

وَحَدَآئِقَ غُلْبًۭا ٣٠
Dan taman-taman yang menghijau subur,

وَفَـٰكِهَةًۭ وَأَبًّۭا ٣١
Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -

مَّتَـٰعًۭا لَّكُمْ وَلِأَنْعَـٰمِكُمْ ٣٢

Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.


Pengajaran

  1. Allah SWT sambung lagi peringatan  supaya kita melihat segala makanan yang kita makan dengan berfikir akan kekuasaan Allah SWT yang menyediakannya untuk kelansungan kehidupan manusia dan haiwan.
  2. Adakah kita seperti haiwan yang hanya menikmati makanan tanpa bersyukur kepada Allah SWT yang menciptakan makanan itu 
  3. Amat malang bagi kita sekiranya yang tidak dapat mengambil pelajaran dari peringatan itu. Muga Allah SWT jauhkan dari menjadi golongan ini.
  4. Muga kita sentiasa mensyukuri segala petunjuk Al Quran dan segala nikmat kehidupan ini dengan taat kepada Allah SWT.


Ayat [ 80 :33-42]

فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ ٣٣

Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -

يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ ٣٤

Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ ٣٥
Dan ibunya serta bapanya,

وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ ٣٦
Dan isterinya serta anak-anaknya; -

لِكُلِّ ٱمْرِئٍۢ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍۢ شَأْنٌۭ يُغْنِيهِ ٣٧
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ مُّسْفِرَةٌۭ ٣٨
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

ضَاحِكَةٌۭ مُّسْتَبْشِرَةٌۭ ٣٩

Tertawa, lagi bersuka ria;

وَوُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌۭ ٤٠

Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,

تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ ٤١
Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -

أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَفَرَةُ ٱلْفَجَرَةُ ٤٢
Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.


Pengajaran

  1. Percaya kepada hari akhirat adalah rukun iman.
  2. Keadaan hari kiamat amat dahsyat sehingga manusia tiada ingat orang yang dikasihi melainkan keselamatan diri sendiri.
  3. Penyesalan dan kedukaan di akhirat bagi mereka yang lalai akan peringatan dan tanggungjawab semasa di dunia.
  4. Kepuasan dan kegembiraan bagi mereka yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan panduan Allah SWT
  5. Kematian itu pasti dan akan tiba bila bila masa, maka sentiasa bersedia menghadapinya. 
  6. Kesedaran akan balasan syurga dan neraka akan memberi semangat untuk kita berusaha menjadi hambaNya yang taat kepada Allah SWT.

RESOLUSI 

Ingat !!

1. Bersikap adil dalam menyampaikan dakwah kepada golongan lemah ataupun golongan kuat.

2. Bersyukur kepada Allah SWT setiap kali menikmati rezeki di dunia ini dengan ketaatan.

3.     Utamakan urusan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia.


Lega kerana Allah SWT sentiasa memberi peringatan kepada hambaNya dalam al Quran akan kepentingan Al Quran,. Allah SWT sentiasa menggalakkan kita untuk berfikir yang menghasilkan  syukur dalam setiap nikmat yang dinikmati. Allah SWT juga mengingatkan manusia atas hak dan tanggungjawab dalam setiap nikmat yang dinikmati. Allah SWT hanya berkendak hambaNya selamat didunia dan akhirat kerana azab di akhirat amat pedih. Allah SWT sangat berhajat hambaNya bijak memilih taat untuk kebahgiaan menikmati nikmat yang tidak tergambar di syurga.

Saya jelas untuk beriman dengan al Quran dan hari kiamat . Saya juga jelas untuk berasa gerun dengan  hari kiamat kerana ia sepatutnya menjadikan saya lebih taat dan bersedia menghadapinya. 

Saya jelas untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat kesempurnaan kejadian diri dan segala nikmat makanan dan kesenangan yang Allah SWT kurniakan dengan sentiasa berakhlak mulia dan melaksanakan tanggungjawab sebaiknya di sisi Allah SWT.


Ya Allah, jadikan kami orang beriman yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu.

Kurniakan kami hati yang yakin dengan kebesaran dan kehebatan Mu agar kami sentiasa gerun dengan azab kematian dan hari kiamat sehingga menghasilkan ketaatan. 

Ya Allah jadikan hati kami yang takut dan harap hanya pada Mu .

Jadikan pandangan dan fikiran kami sentiasa kembali kepada keesaan dan kekuasaan Mu.

Ya Allah, bantu kami untuk berpegang teguh kepada agama Mu supaya kami selamat di dunia dan selamat di akhirat. 

Ya Alah, kurniakan kami ilham untuk menggunakan segala nikmat yang Engkau berikan bagi melakukan amal kebaikan. 

Ya Allah,  kurniakan kami redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.


Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...