PERKATAAN HARI INI
Diulang kata akarnya 9 kali di dalam Al-Quran
SINOPSIS
1. Allah bersumpah dengan malaikat [79:1-5]
2. Keadaan kita pada hari kiamat [79 :6-14]
3. Lintasan peristiwa pada zaman Nabi Musa [79:15-33]
4. Jika kita engkar atau taat [79:16-46]
Ayat [79 :15-33]
هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ ١٥
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
إِذْ نَادَىٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلْوَادِ ٱلْمُقَدَّسِ طُوًى ١٦
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ١٧
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ ١٨
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)
وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ ١٩
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
فَأَرَىٰهُ ٱلْـَٔايَةَ ٱلْكُبْرَىٰ ٢٠
(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.
فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ ٢١
Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).
فَحَشَرَ فَنَادَىٰ ٢٣
Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -
فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلْأَعْلَىٰ ٢٤
Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلْـَٔاخِرَةِ وَٱلْأُولَىٰٓ ٢٥
Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَعِبْرَةًۭ لِّمَن يَخْشَىٰٓ ٢٦
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
ءَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُ ۚ بَنَىٰهَا ٢٧
(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّىٰهَا ٢٨
Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَىٰهَا ٢٩
Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
وَٱلْأَرْضَ بَعْدَ ذَٰلِكَ دَحَىٰهَآ ٣٠
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
أَخْرَجَ مِنْهَا مَآءَهَا وَمَرْعَىٰهَا ٣١
Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
وَٱلْجِبَالَ أَرْسَىٰهَا ٣٢
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
مَتَـٰعًۭا لَّكُمْ وَلِأَنْعَـٰمِكُمْ ٣٣
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
Pengajaran
- Percaya kepada hari akhirat adalah rukun iman.
- Allah SWT bentangkan semua kisah dalam al Quran, kisah terbaik sebagai solusi kehidupan.
- Allah SWT kongsikan kisah Nabi Musa a.s bertemu Allah SWT diajarkan hidayah untuk bersihkan diri dan يَخْشَىٰٓ berasa takut pada Allah SWT sehingga menghasilkan ketaatan..
- Allah SWT bawakan kisah keengkaran Firaun yang melampaui batas mengaku sebagai tuhan atas seruan Nabi Musa a.s untuk dijadikan iktibar .
- Allah SWT adalah tuhan yang esa dan maha berkuasa dengan sifat rahman kepada makhluk ciptaannya terutama manusia supaya semuanya menggunakan akal untuk berfikir,
- Allah SWT mudah sahaja membina langit dan bumi serta menyempurnakannya untuk kegunaan manusia, apalah sangat mematikan dan menghidupkan manusia semula untuk terima balasan baik atau buruk di hari kiamat nanti.
- Bukti mukmin kenal Allah SWT adalah taat kerana takut pada Allah SWT. Bagaimana kita?
- Panduan berdakwah Nabi Musa a.s itu ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya. Bersihkan diri di sisi Allah SWT diikuti berdakwah kepada keluarga dan masyarakat.
- Mukmin bila berdakwah perlu bawa bukti dari Allah SWT, iaitu ayat-ayat Al Quran.
- Muslim perlu ada ilmu dan faham ayat-ayat Allah SWT, bukti dari Allah SWT.
- نَكَالَ , seksaan di dunia tidak sedahsyat di akhirat . Azab kiamat bermula dengan azab kiamat kecil , iaitu kematian dan azab kubur. Maka semua kita mesti buat persediaan.
- Ibubapa dan pendakwah perlu tekankan peri dahsyatnya azab Allah SWT kepada anak-anak dan masyarakat, supaya wujud يَخْشَىٰٓ .
- Bila lebih takut pada Allah SWT dan azab akhirat dari segalanya, manusia akan taat di dunia dan selamat di akhirat.
Ayat [79 :34-46]
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلْكُبْرَىٰ ٣٤
Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -
يَوْمَ يَتَذَكَّرُ ٱلْإِنسَـٰنُ مَا سَعَىٰ ٣٥
Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
وَبُرِّزَتِ ٱلْجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ ٣٦
Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ٣٧
Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا ٣٨
Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
فَإِنَّ ٱلْجَحِيمَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ٣٩
Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ ٤٠
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ٤١
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَىٰهَا ٤٢
Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
فِيمَ أَنتَ مِن ذِكْرَىٰهَآ ٤٣
Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَىٰهَآ ٤٤
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخْشَىٰهَا ٤٥
Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوٓا۟ إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَىٰهَا ٤٦
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
Pengajaran
- Percaya kepada hari akhirat adalah rukun iman.
- Mesej dari Allah SWT dengan bersumpah dalam surah ini adalah penegasan bahawa hari kiamat pasti berlaku sebagaimana yang diterangkan dengan keadaan yang sangat dahsyat suasananya dan azabnya.
- Neraka yang dahsyat diperlihatkan dan disediakan kepada mereka yang mengutamakan kehidupan dunia dan melampau , طَغَىٰ , iaitu mereka yang tidak takut dengan Allah SWT dan balasan hari akhirat.
- Syurga disediakan bagi mereka yang takut يَخْشَىٰهَا pada Allah SWT dan azab neraka iaitu mereka yang berusaha untuk kehidupan akhirat yang selamat dari api neraka dengan ketaatan kepada Allah SWT.
- Muslim mesti kawal hawa nafsu untuk beroleh jannatul makwa dan selamat dari azab neraka.
- Muslim mesti menjaga ekosistem bumi yang menjadi sumber kehidupan manusia.
- Muslim mesti melihat alam dengan pandangan yang menghampirkan diri kepada Allah SWT.
- Kunci untuk selamat dari api neraka adalah beriman dan perasaan takut kepada Allah SWT dan balasan hari kiamat .
RESOLUSI
Ingat !!
1. Allah bersumpah dengan malaikat pencabut nyawa, adalah penegasan bahawa hari kiamat pasti berlaku sebagaimana yang diterangkan dengan keadaan yang sangat dahsyat suasananya dan azabnya bermula dengan kematian.
2. Keadaan manusia pada hari kiamat Allah SWT gambarkan supaya menimbulkan rasa takut yang menghasilkan amal ketaatan persediaan menghadapinya.
3. Peristiwa jemputan Allah SWT kepada Nabi Musa ke Lembah Tuwa serta kisah dakwah Nabi Musa a.s kepada Firaun untuk iktibar kepada Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya.
4. Allah SWT telah sediakan balasan bagi manusia iaitu azab yang pedih bagi yang engkar dan jannatul Naim bagi mereka yang takut dan taat padanya.
Lega kerana Allah SWT memberi keyakinan bahawa Dia adalah adalah tuhan pemilik, pencipta dan pentadbir alam yang maha hebat kekuasaannya . Allah SWT memperkenalkan kehebatannya melalui tugasan malaikat pencabut nyawa dan dahsyatnya proses pada hari kiamat.
Saya jelas untuk beriman dengan malaikat dan hari kiamat . Saya juga jelas untuk berasa gerun dengan proses kematian dan hari kiamat kerana ia sepatutnya menjadikan saya lebih taat dan bersedia menghadapi kematian dan hari kiamat..
Ya Allah, jadikan kami orang beriman dengan malaikat dan hari kiamat Mu.
Kurniakan kami hati yang yakin dengan kebesaran dan kehebatan Mu agar kami sentiasa gerun dengan azab kematian dan hari kiamat sehingga menghasilkan ketaatan.
Ya Allah jadikan hati kami yang takut dan harap hanya pada Mu .
Jadikan pandangan kami pandangan yang kembali kepada keesaan dan kekuasaan Mu.
Ya Allah, bantu kami untuk berpegang teguh kepada agama Mu supaya kami selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Ya Alah, kurniakan kami ilham untuk menggunakan segala nikmat yang Engkau berikan bagi melakukan amal kebaikan. Ya Allah, jauhi kami dari azab neraka.
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.