PERKATAAN HARI INI
Diulang 3 kali di dalam Al-Quran
SINOPSIS
1. Kejadian kiamat, balasan amal dan penghinaan atas manusia yang kufur nikmat [81 :1-8]
2. Sebab kelalaian manusia dan catatan malaikat [81 : 9 - 12]
3. Balasan yang dijanjikan bagi yang berjaya atau gagal [81 :13-19]
Mukadimah
Surah Infitar surah ke lapan puluh dua, berada dalam Juzuk Tiga Puluh. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, Surah Makiyyah adalah surah yang memasakkan akidah. yang menyentuh memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia.
Allah SWT mengingatkan hambanya supaya tidak tertipu dengan dunia supaya merdeka dari kekufuran. Ar Rasul s.a.w diperintahkan untuk menyampaikan kepada umat manusia kalam Allah SWT. Al Quran itu dari Allah SWT dan Allah SWT memeliharanya.
Ar Rasul s.a.w , Allah SWT utuskan untuk memerdekan manusia dari penghambaan kepada dunia dan sentiasa ingat hari kiamat. Muga kita tidak tertipu dengan dunia yang tidak kekal ini.
Ayat [81 :1-8]
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ ١
Apabila langit terbelah;
وَإِذَا ٱلْكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتْ ٢
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
وَإِذَا ٱلْبِحَارُ فُجِّرَتْ ٣
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ ٤
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan,
عَلِمَتْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ ٥
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَـٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلْكَرِيمِ ٦
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ ٧
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
فِىٓ أَىِّ صُورَةٍۢ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ ٨
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
Pengajaran
- Surah ini menggambarkan kekuasaan Allah SWT dalam memusnahkan alam yang diciptanya.
- Surah ini berkait dengan surah sebelumnya iaitu surah at Taqwir. At Taqwir cerita dahsyatnya api kebakaran di kiamat. Manakala al Infitihar Allah SWT gambarkan proses kemusnahan alam dengan langit terbelah berjatuhan, gugusan bintang termasuk matahari berguguran, lautan pula bergelora sehingga saling bercampur dan kuburan dibongkar. Kita bila ditimpa hujan pun sudah kalam kabut dan mencari perlindungan , apatah lagi di hari kiamat langit yang gugur dan pada hari itu tiada tempat perlindungan . Berimanlah kita kepada hari kiamat supaya kita taat dan selamat di hari kiamat nanti.
- Jika kita gambarkan hari kiamat itu ia adalah keadaan kemusnahan yang sangat dahsyat dan menggerunkan. Gambaran itu supaya manusia merasa gerun dan kembali taat .
- Selepas hari kiamat, ia diikuti dengan hari pembalasan, iaitu bila kuburan dibongkar setiap manusia akan dibentangkan laporan kehidupannya samada taat atau engkar. Kita perlu pastikan kehidupan kita dalam taat supaya selamat.
- Allah SWT menjadikan anggota badan dan pancaindera dengan sempurna supaya digunakan secara terbaik dalam ketaatan. Maka semua manusia akan ditanya ke mana nikamat kesempurnaan ciptaan Allah SWT itu kita gunakan. Kita juga akan ditanya sebab apa kita engkar semasa hidup di dunia. Jauhi diri engkar dan lalai dalam kehidupan dunia supaya kita tidak menyesal di akhirat nanti.
Ayat [81 :9-12]
كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ ٩
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَـٰفِظِينَ ١٠
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
كِرَامًۭا كَـٰتِبِينَ ١١
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ ١٢
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
Pengajaran
- Allah SWT sendiri memaklumkan kepada manusia bahawa sebab kelalaian dan keengkaran mereka adalah kerana tidak beriman kepada hari kiamat. Maka kita hamba Allah SWt yang taat perlu sentiasa perkukuhkan keimanan dan kegerunan kita kepada hari kiamat dan hari pembalasan. Muga kita mampu taat dan tidak engkar kepada Allah SWT.
- Kita juga perlu beriman kepada malaikat yang mulia, yang Allah SWT tugaskan untuk mencatat segala amalan kita baik yang baik atau yang buruk tanpa tertinggal satu pun.
Ayat [81 : 13-19]
إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍۢ ١٣
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
وَإِنَّ ٱلْفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍۢ ١٤
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ ٱلدِّينِ ١٥
Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَآئِبِينَ ١٦
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ ١٧
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
ثُمَّ مَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ ١٨
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌۭ لِّنَفْسٍۢ شَيْـًۭٔا ۖ وَٱلْأَمْرُ يَوْمَئِذٍۢ لِّلَّهِ ١٩
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
Pengajaran
- Beruntung bagi mereka ٱلْأَبْرَارَ yang mengikuti jalan taqwa dengan menjadikan al Quran, kalam Allah SWT sebagai panduan kehidupan. Golongan ini golongan yang merdeka dari tipu daya dunia. Mereka sentiasa tenang dan lega di dunia. Mereka di akhirat tidak menyesal kerana beroleh redha Allah SWT dengan balasan syurga. Berusaha kita supaya tergolong dalam golongan ٱلْأَبْرَارَ.
- Rugi bagi mereka lalai dan tertipu dengan kehidupan dunia dengan melupakan atau mengambil ringan akan azab hari kiamat dan hari pembalasan kerana neraka yang Allah SWT sediakan bagi mereka.
- Hari kiamat tiada yang dapat membantu manusia melainkan ketaatannya kepada Allah SWT. Muga Allah SWT lindungi kita dari manusia yang melalaikan hari kiamat, dan lindungi kita dari api neraka.
RESOLUSI
Ingat !!
1. Beriman dan ingat kepada hari kiamat serta hari pembalasan dapat membantu kita untuk taat.
2. Beriman dan ingat kepada malaikat yang sentiasa mencatat perbuatan kita .
3. Manusia Allah SWT cipta sempurna dengan anggota dan pancaindera supaya mereka taat.
4. Manusia ٱلْأَبْرَارَ sentiasa pentingkan kehidupan akhirat dan ingat hari kiamat.
5. Mereka yang sentiasa ingat kiamat akan taat dan akan dibalas dengan syurga.
6. Mereka yang lalai pada hari kiamat akan engkar dan beroleh azab neraka
Lega kerana Allah SWT sentiasa memberi peringatan kepada hambaNya dalam al Quran akan kepentingan Al Quran sebagai panduan untuk berjaya di kehidupan dunia dan akhirat.
Lega rasa diri, Allah SWT tidak pernah jemu menggambarkan keadaan hari kiamat dan hari pembalasan supaya manusia membaca, memahami dan mengambil tindakan dari ayat-ayat yang manusia baca dan manusia dengar.
Saya jelas untuk beriman dengan al Quran , hari kiamat dan malaikat. Saya juga jelas untuk berasa gerun dengan hari kiamat kerana ia sepatutnya menjadikan saya lebih taat dan bersedia menghadapinya.
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat dengan cara baca, faham, amal panduan kehidupan dari Allah SWT iaitu al Quran.
Ya Allah, jadikan kami orang beriman yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu.
Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam dan berakhlak dengan akhlak al Quran.
Kurniakan kami hati yang yakin dengan kebesaran dan kehebatan Mu agar kami sentiasa gerun dengan azab hari kiamat dan beriman dengan malaikat Mu sehingga menghasilkan ketaatan.
Ya Allah, bantu kami untuk berpegang teguh kepada agama Mu supaya kami selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Ya Allah, kurniakan kami jiwa yang merdeka dari tipu daya dunia. Jadikan hati kami terikat dan sentiasa mencari kasih dan redha Mu.
Kurniakan kami syurga Mu dan selamatkan kami dari neraka Mu
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.