Monday, December 11, 2023

Halaman 591 : At Tariq : 86 : 1-17 & Al A'la : 87 : 1-19

 


PERKATAAN HARI INI 

ثَقَبَ =   bersinar , menembumbusi , cemerlang

Diulang  2 kali sahaja di dalam Al-Quran


SINOPSIS   

At Tariq

1.    Sumpah bahawa setiap manusia ada penjaganya (malaikat) dan bukti penciptaan manusia [1-10].

2.    Sumpah atas al Quran , kerasulan dan ancaman bagi orang yang menentang  keduanya [11-17]


Mukadimah


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah al Tariq, surah ke lapan puluh enam dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang menagndungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

Surah Makiyyah adalah surah yang memasakkan akidah. yang menyentuh memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia.  Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Allah SWT mulai awal ayat surah at Tariq berakhir dengan ayat-ayat dengan hukum qalqolah, nada bunyi yang tegas. Maka begitu juga setiap bersumpah dengan ciptaannya yang Allah SWT mahu supaya manusia bersedia dengan bekalan untuk hari akhirat dengan menggunakan panduan dari Al Quran yang diturunkan kepada ar Rasul s.a.w untuk disampaikan kepada sekelian manusia.



Ayat [ 86 :1-10]


وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ ١ 

Demi langit dan "At-Taariq"

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلطَّارِقُ ٢ 

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? 

ٱلنَّجْمُ ٱلثَّاقِبُ ٣ 

(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya

إِن كُلُّ نَفْسٍۢ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌۭ ٤

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَـٰنُ مِمَّ خُلِقَ ٥ 

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

خُلِقَ مِن مَّآءٍۢ دَافِقٍۢ ٦ 

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -

يَخْرُجُ مِنۢ بَيْنِ ٱلصُّلْبِ وَٱلتَّرَآئِبِ ٧ 

Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.

إِنَّهُۥ عَلَىٰ رَجْعِهِۦ لَقَادِرٌۭ ٨ 

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),

يَوْمَ تُبْلَى ٱلسَّرَآئِرُ ٩

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),

فَمَا لَهُۥ مِن قُوَّةٍۢ وَلَا نَاصِرٍۢ ١٠ 

Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).


Pengajaran

  1. Allah SWT bersumpah dengan sesuatu yang dapat kita lihat walau dari jauh dan tidak jelas iaitu langit dan  "tariq" gugusan bintang yang perlu diberi perhatian dan dikaji. Maka kita perlu membuat kajian berkaitannya dan segala ciptaan Allah SWT.
  2. Tariq juga bermakna jalan. Maka dengan jalan membuat kajian atau mencari ilmu berkaitan langit dan gugusan bintang dan ciptaanNya yang lain itu akan kita bertambah keimanan berkaitan kekuasaan dan kebijaksaan Allah SWT yang selayaknya manusia terima sebagai tuhan. Tuhan yang mesti ditaati kerana tuhan ini yang maha kuasa mencipta alam, mempunyai dan mentadbirnya. 
  3. Pemerhatian dan pencarian ilmu amat Allah SWT tekankan seperti penciptaan manusia, supaya manusia tidak sombong dan engkar. Manusia itu lemah, tidak punya apa dan tidak berkuasa.
  4. Allah SWT maha berkuasa , mampu mencipta langit dengan gugusan bintangnya serta menciptakan manusia dan makhlukNya yang lain. Maka pastiNya Allah SWT mampu mematikan dan memusnahkan alam. 
  5. Allah SWT juga memaklumkan kehebatannya dengan kewujudan makhluk ciptaanNya yang tidak dapat dilihat seperti malaikat yang Allah SWT ciptakan lengkap fungsi mereka tanpa engkar. Maka kita wajib beriman pada malaikat.
  6. Allah SWT menjadikan setiap manusia ada penjaganya, iaitu malaikat yang mencatatkan segala kerja buat manusia yang akan dibentangkan pada hari pembalasan. Maka kita usahakan buku catatan amal kita sentiasa sehat dengan amal kebaikan yang Allah SWT suka.
  7. Allah SWT juga maha tahu segala yang zahir atau yang sangat tersembunyi  ٱلسَّرَآئِرُ. Maka kita perlu sentiasa bersedia bekalan amal soleh zahir dan batin untuk hari kematian dan hari pembalasan yang membuka segala yang sangat tersembunyi. Muga kita tergolong dalam golongan ثَقَبَ , cemerlang di dunia dan akhirat.

Ayat [ 86 :11-17]


وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ ١١ 

Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan

وَٱلْأَرْضِ ذَاتِ ٱلصَّدْعِ ١٢ 

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,

إِنَّهُۥ لَقَوْلٌۭ فَصْلٌۭ ١٣

Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),

وَمَا هُوَ بِٱلْهَزْلِ ١٤ 

Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.

إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًۭا ١٥ 

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,

وَأَكِيدُ كَيْدًۭا ١٦ 

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

فَمَهِّلِ ٱلْكَـٰفِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًۢا ١٧

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.


Pengajaran

  1. Allah SWT bersumpah lagi dengan langit yang berulang-ulang menurunkan hujan ke bumi untuk manafaat manusia. Dan Allah jua yang menurunkan al Quran dari langit sedikit-sedikit secara berterusan sebagai hidayah kepada manusia  supaya manusia selamat di dunia dan akhirat. Maka kita ikutilah panduan al Quran supaya kita mampu menghasil tindakan dari ilmu al Quran seperti perumpamaan bumi yang menjadi subur dan merekah kerana tumbuhnya tumbuhan selepas disirami hujan .
  2. Al Quran itu kalam Allah SWT , kata yang benar dari yang menciptakan manusia. Maka kata-kata Allah SWT mesti didengar dan dipatuhi oleh kita semua , manusia ciptaanNya kerana al Quran membezakan yang benar dan yang batil .
  3. Allah SWT yang berhak membalas dan pasti membalas kejahatan dan kebaikan manusia walau sejahat mana musyrik Mekah kepada baginda. Maka tugas kita adalah taat pada Allah SWT, berdoa kepada Allah SWT muga kita diberi hikmah dan kesabaran dalam menyeru manusia kepada kebaikan. 
  4. Allah SWT nasihati ar RAsul s.a.w supaya segala penolakan dan kejahatan mereka yang diseru itu, berikan masa رُوَيْدًۢا dan  serahkan kepada Allah SWT. Kita juga ambil pelajaran untuk serahkan segala kejahatan manusia kepada Allah SWT, tuhan maha hebat kekuasaannya. InsyaAllah dengan itu hati kita akan lebih tenang untuk terus maju kehadapan dalam apa jua ujian yang menimpa .

RESOLUSI 

Ingat !!

1. Al Quran itu kalam Allah SWT pemisah yang benar dan batil , panduan kepada manusia.

2.     Gunakan akal untuk berfikir melihat ciptaan Allah SWT bagi menambah ilmu dan keimanan.

3.     Ada malaikat pencatat pada setiap manusia yang akan melaporkan di hari pembalasan.

4.     Tetap teguh dan sabar menghadapi ujian , serahkan kejahatan musuh kepada Allah SWT.

4.     Sentiasa bersedia dengan bekalan menghadapi kematian dan hari pembalasan.


Lega rasa diri, Allah SWT menurunkan kalamnya secara beransur bagi membolehkan  saya bersegera  mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

Saya jelas untuk istiqomah menggunakan panduan al Quran untuk mencapai kegemilangan di dunia dan akhirat dengan taat dan beramal soleh serta menyeru kepada taqwa.

Saya jelas ada malaikat mencatat segala amal saya dan akan melaporkannya pada hari pembalasan.

Saya jelas hasil seruan saya adalah hak Allah SWT.

Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat beroleh kejayaan sebenar  iaitu beroleh syurga.

Saya juga jelas untuk serahkan segala kejahatan dan kezaliman manusia kepada Allah SWT. 


Ya Allah, jadikan kami orang beriman yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Surah al A'la

PERKATAAN HARI INI 

رَبِّ =   tuhan 

Diulang  980 kali di dalam Al-Quran


SINOPSIS 


1.    Mensucikan Allah SWT , kekuasaanNya dan Nabi tidak melupakan wahyu [1- 8]

2.    Mengingatkan , membersihkan diri dan berbuat persediaan untuk akhirat [9- 19]


Mukadimah


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah al A'la, surah ke lapan puluh tujuh dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang menagndungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

Surah Makiyyah adalah surah yang memasakkan akidah. yang menyentuh memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia.  Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Surah al A'la antara asurah yang ar Rasul s.a.w gemar untuk membacanya semasa hari Jumaat dan  hari raya. 

Surah al A'la isinya supaya hambaNya memuji dan bertasbih bila berada dalam cabaran dalam perjuangan dan kehidupan . Surah ini dalam kumpulan tujuh surah musabbihat iaitu surah yang bermula dengan ayat perintah bertasbih. Surah musabbihat ini , surah al Isra', al Hadid, al Hasyr, as Saff, al Jumuah, at Taghabun dan al A'la. Kumpulan surah ini memberi formula kemenangan di akhir zaman.



Ayat [ 87 :1-8]


سَبِّحِ ٱسْمَ رَبِّكَ ٱلْأَعْلَى ١ 

Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan),

ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ ٢

Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;

وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ ٣ 

Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);

وَٱلَّذِىٓ أَخْرَجَ ٱلْمَرْعَىٰ ٤ 

Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,

فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحْوَىٰ ٥ 

Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ ٦ 

Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,

إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُ ۚ إِنَّهُۥ يَعْلَمُ ٱلْجَهْرَ وَمَا يَخْفَىٰ ٧

Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.

وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَىٰ ٨ 

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.


Pengajaran

  1. Allah SWT mengingatkan ar Rasul s.a.w dan hambanya supaya sentiasa menjaga nama Allah SWT dalam setiap sudut kehidupan. Maka kita perlu jauhi aktiviti yang merendahkan Allah SWT.
  2. Allah SWT itu رَبِّ , tuhan yang mesti disembah kerana tuhan ini pencipta, pemilik dan pentadbir alam ini . Alam buana ini , langit dan bumi dengan segala isinya disediakan untuk keperluan dan manafaat manusia tanpa perlu sebarang bayaran dan tanpa kesusahan mendapatkannya. Maka kita perlu sentiasa ingat bahawa kita  sentiasa dalam keadaan berhutang kepada Allah SWT. Selayaknya kita mensyukurinya dengan  bertasbih melakukan ketaatan pada Allah SWT.
  3. Bersyukur kita tergolong dalam hambaNya yang mendapat hidayah dan mampu membaca Al Quran dengan melaksanakan amal soleh.

Ayat [ 87 :9-19]

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكْرَىٰ ٩ 

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ ١٠ 

Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلْأَشْقَى ١١

Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,

ٱلَّذِى يَصْلَى ٱلنَّارَ ٱلْكُبْرَىٰ ١٢ 

Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),

ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ ١٣ 

Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ١٤ 

Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

وَذَكَرَ ٱسْمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ ١٥

Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

بَلْ تُؤْثِرُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا ١٦ 

(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;

وَٱلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ وَأَبْقَىٰٓ ١٧ 

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

إِنَّ هَـٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلْأُولَىٰ ١٨ 

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, 

صُحُفِ إِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ ١٩

Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.


Pengajaran

  1. Al Quran itu  penyataan yang benar bahawa manusia itu ada kelemahan iaitu pelupa . Maka Allah SWT sediakan al Quran peringatan dari Allah SWT untuk  kita baca dan ambil tindakan atas panduannya.
  2. Kejayaan sebenar adalah kejayaan di sisi Allah SWT. Manusia yang berjaya di sisi Allah SWT itu sentiasa membaca Al Quran  dan ambil tindakan dari panduan Allah SWT dengan sentiasa bertasbih dan menyucikan diri . Muga kita istiqomah bertasbih dan menyucikan diri dan beramal soleh.
  3. Kejayaan sebenar adalah kehidupan di akhirat yang kekal dan lebih baik bagi manusia yang takut pada azab Allah SWT . Maka kita usahakan sentiasa bertasbih dan menyucikan diri dari segala kesyirikan supaya selamat dari api neraka dan beroleh syurga.
  4. Kita perlu ada keimanan bahawa kehidupan akhirat itu lebih kekal dan lebih baik kerana ini janji Allah SWT, maka ia memberi kita kekuatan untuk terus bangun dari sebarang ujian kehidupan. Maka perbanyakkan bertasbih dan menyucikan diri dalam apa bentuk ujian baik yang kita suka atau sebaliknya.
  5. Berusaha kita mengutamakan melakukan solat dengan khusuk berbanding dengan urusan dunia.
  6. Berusaha kita memberi ingatan kepada diri, keluarga dan masyarakat dengan Al Quran, muga ada kebaikan pada semua dunia dan akhirat.

    RESOLUSI 

    Ingat !!

    1. Jaga nama Allah SWT .

    2. Al Quran panduan bagi orang berjaya dunia dan akhirat

    3.     Kejayaan sebenar adalah selamat dari api neraka dan beroleh syurga dikehidupan akhirat.

    3.    Orang berjaya itu sentiasa bertasbih , menyucikan diri , beramal soleh dan solat dengan kusyuk.

    3.    Kehidupan akhirat lebih baik dan kekal berbanding kehidupan akhirat, "move on"!


    Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

    Saya jelas bahwa saya manusia yang pelupa dan amat perlukan peringatan dan panduan Allah SWT iaitu Al Quran, maka untuk berjaya dunia dan akhirat saya perlu membacanya siang dan malam dan mengambil tindakan darinya.

    Saya jelas untuk "move on" dengan  istiqomah bertasbih ,  menyucikan diri , mengutamakan kehidupan akhirat  , solat dengan khusyuk dan beramal soleh kerana kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal berbanding kehidupan dunia ini .

    Saya juga jelas bersegera membuat persiapan untuk taat sepanjang fasa kehidupan  menuju hari kiamat dan hari pembalasan supaya selamat dari azab api neraka.

    Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat dengan cita-cita beroleh kejayaan sebenar iaitu beroleh syurga dan selamat dari api neraka.

    Ya Allah, jadikan kami orang beriman yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

    Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

    Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

    Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

    Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

    Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

    Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.


    Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

      Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...