Monday, December 11, 2023

Halaman 592 : al Ghaasiah : 88 : 1-26

PERKATAAN HARI INI 

سَطَحَ =   menghamparkan , meratakan

Diulang  1 kali sahaja di dalam Al-Quran


SINOPSIS   

  1. Hari kiamat dan keadaan para penghuni neraka [88 :1-7].
  2. Keadaan orang mukmin yang ikhlas sebagai penghuni syurga [88 : 8-16]
  3. Merenung kekuasaan dan kebesaran Allah SWT  [88 :17-26]
  4. Kewajiban Nabi Muhammad s.a.w menyampai peringatan [88 :17-26]


Mukadimah


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah al Ghaasiah, surah ke lapan puluh lapan dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang menagndungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

Surah Makiyyah adalah surah yang memasakkan akidah. yang menyentuh memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia.  Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Allah SWT gambarkan lagi keadaan azab neraka dan nikmat didunia supaya manusia bersedia dengan bekalan menghadapi kematian dan hari kiamat. Allah SWT juga mengajak manusia melihat ciptaanNya dan berfikir akan kehebatan Allah SWT supaya manusia itu taat.

Surah al Ghaasiah dan surah al A'la menjadi surah kegemaran ar Rasul s.a.w membacanya semasa solat Jumaat  dan solat hari raya . Isi kandungannya sangat baik buat peringatan di hari meraikan kejayaan. Kejayaan  sebenar  dan kekal adalah di syurga nanti.



Ayat [ 88 :1-7]


هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَـٰشِيَةِ ١

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍ خَـٰشِعَةٌ ٢

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ ٣ 

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةًۭ ٤ 

Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍۢ ٥ 

Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍۢ ٦

Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍۢ ٧ 

Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.


Pengajaran

  1. Allah SWT banyakkan lagi azab di hari kiamat supaya manusia bersedia menghadapi hari pembalasan. 
  2. Di dunia adalah tempat kita berusaha sehingga berasa penat dalam kehidupan dan persediaan untuk menghadapi kematian dan hari akhirat.
  3. Kita perlu pastikan amal kita mengikut spesikasi yang Allah SWT tetapkan.



Ayat [ 88 :8-16]


وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاعِمَةٌۭ ٨ 

(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌۭ ٩ 

Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍۢ ١٠ 

(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَـٰغِيَةًۭ ١١ 

Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

فِيهَا عَيْنٌۭ جَارِيَةٌۭ ١٢

Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

فِيهَا سُرُرٌۭ مَّرْفُوعَةٌۭ ١٣

Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

وَأَكْوَابٌۭ مَّوْضُوعَةٌۭ ١٤ 

Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌۭ ١٥ 

Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ ١٦ 

Serta hamparan-hamparan yang terbentang.


Pengajaran

  1. Allah SWT bayangkan nikmat di syurga supaya kita bersedia menghadapi hari pembalasan. 
  2. Keindahan dan nikmat yang kita nikmati di dunia tidak sehebat mana kehebatan yang Allah SWT sediakan di syurga. 
  3. Maka hendaklah kita usahakan sebaiknya bekalan kita supaya layaklah kita Allah SWT hadiahkan syurga.

Ayat [ 88 :17-20]


أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ ١٧

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ ١٨ 

Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ ١٩

Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ ٢٠ 

Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?


Pengajaran

  1. Allah SWT arahkan kita supaya guna akal bagi memerhatikan kehebatan segala ciptaan Allah SWT penuh dengan manafaatnya seperti unta , langit , gunung ganang dan bumi.
  2. Allah SWT arahkan kita melihat dan memikirkan penciptaan unta dan keistimewaan yang ada pada unta supaya manusia mengambil pelajaran dan iktibar.
  3. Unta sifatnya boleh merendah diri pada tuan dan kanak-kanak. Apatah lagi manusia sepatutnya merendah diri pada sesama manusia dan taat pada Allah SWT yang menciptakaan manusia.
  4. Buat masa ini siling kita sangat tinggi iaitu langit. Namun di dalam kubur , siling kita adalah bumi yang sangat rendah dan mungkin juga akan menghimpit kita. Maka berusahalah kita sebaiknya supaya kubur kita menjadi luas sebagai sebahgian dari taman syurga. 


Ayat [ 88 : 21-26]


فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌۭ ٢١ 

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ ٢٢

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ ٢٣ 

Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ ٢٤ 

Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ ٢٥ 

Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم ٢٦

Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.


Pengajaran

  1. Allah SWT ingatkan bawah tugas ar Rasul s.a.w hanya menyampaikan Islam.
  2. Allah SWT ingatkan bahawa tiada paksaan dalam menerima agama, maka kita harus sampaikan dengan hikmah.
  3. Allah SWT juga ingatkan bahawa hasil dari usaha kita menyampaikan itu adalah hak Allah SWT. Maka kita tidak perlu rasa tertekan dengan sebarang penolakan, teruskan usaha kita.
  4. Allah SWT juga ingatkan bahawa  semua kita akan kembali kepada Allah SWT.
  5. Allah SWT sediakan azab bagi mereka yang engkar dan sediakan nikmat bagi taat.
  6. Maka tiap diri kita perlu  taat sebagai bekal kembali bertemu Allah SWT.

    RESOLUSI 

    Ingat !!

    1. Semua kita akan mati kembali kepada Allah SWT dan diganjari setimpal dengan amalan.
    2. Sampaikan peringatan dengan hikmah dan tanpa paksaan .
    3. Teruskan usaha dan damai dengan penolakan kerana hasil peringatan adalah hak Allah SWT.

    Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

    Lega saya bahawa Allah SWT akan balas setimpal segala amalan manusia.

    Saya juga lega Allah SWT yang berkuasa kepada hasil usaha manusia, 

    Saya tidak perlu tertekan dengan penolakan dalam seruan saya kepada kebenaran.

    Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

    Saya juga jelas bersegera membuat persiapan untuk taat kepada Allah SWT kerana kematian dan kiaamat itu akan datang bila-bila masa.

    Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat beroleh kejayaan sebenar dengan beroleh syurga.

    Ya Allah, jadikan kami orang beriman yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

    Rezekikan kami membaca, faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

    Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

    Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

    Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

    Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.


    Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

      Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...