PERKATAAN HARI INI
ٱلنَّبَإِ = berita
Diulang 160 kali di dalam Al-Quran
SINOPSIS
1. Manusia hairan mendengar kiamat [78: 1-16]
2. Kiamat tetap akan berlaku [78 : 17-30]
3. Syurga untuk orang bertaqwa [78:31-40]
Mukadimah
Alhamdulillah, hari ini kita sudah masuk Juzuk Ketiga puluh. Syukur kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah. Terdapat tiga puluh enam surah dalam Juzuk Tiga Puluh. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, Surah Makiyyah adalah surah yang memasakkan akidah. yang menyentuh memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia.
Allah memberi motivasi kepada Nabi SAW bahawa baginda adalah dalam kalangan para rasul, bukan hanya bersendirian menghadapi cabaran. Allah SWT mengingatkan dan melengkapkan Ar Rasul s.a.w dengan Al Quran. Melalui Al Quran dan Rasulullah s.a.w, manusia diingatkan akan segala nikmat dunia yang Allah SWT sediakan supaya manusia bersyukur dan taat, kerana di sana akan ada balasan nikmat bagi yang taat dan azab bagi yang engkar . Ingatan itu tanda kasih sayang Allah SWT supaya manusia tidak menyesal di akhirat nanti.
Ayat [78:1-5]
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ ١
Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلْعَظِيمِ ٢
Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
ٱلَّذِى هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ ٣
Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ ٤
Pengajaran
- Allah SWT menamakan surah ini ٱلنَّبَإِ Surah An Naba' , Surah Berita . Berita besar lagi penting. Bukan berita biasa-biasa , berita hebat dan penting iaitu hari kiamat, berita antara azab atau nikmat.
- Surah ini Allah SWT mulai dengan bertanya, dan Allah SWT yang menjawabnya. Kenapakah demikian? Allah SWT bertujuan untuk menarik perhatian pada penjelasan yang seterusnya.
- Allah SWT amat menggalakkan manusia berfikir. Allah SWT jua ingin mengajar manusia bahawa ada soalan yang menuntut jawaban dan ada soalan yang ingin menerangkan sesuatu.
- Mereka yang dirujuk oleh Allah SWT dalam ayat ini adalah kaum kafir Quraish kerana mereka yang memberi tentangan dan memberi banyak soalan kepada seruan Rasullullah s.a.w bertujuan untuk engkar.
- Pertanyaan kaum kafir Quraish bertujuan mencabar Rasullullah s.a.w. Manakala pertanyaan Allah SWT bertujuan mendidik manusia supaya berfikir dan supaya manusia memberi penumpuan akan apa penerangan seterusnya.
- Pertanyaan Allah SWT yang Allah SWT jawab sendiri soalannya sebenarnya menempelak akan tidak percaya kepada berita besar hari kiamat yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w. oleh kaum Quraish dengan penggunaan perkataan كَلَّا (sekali-kali tidak), dalam dalam ayat ke 4 dan 5.
- Kita hamba Allah SWT dalam kehidupan seharian, seharusnya menggunakan pertanyaan dengan bertujuan mendapat kesan yang lebih baik pada penjelasan , juga mendapat perhatian akan apa yang dimusykilkan atau yang ingin dikongsikan. Dan bukan sebaliknya iaitu dengan niat jahat untuk memperlekehkan isu atau merendahkan seseorang atau untuk menguji menceramah yang sedang berdakwah.
- Kita hamba Allah SWT dan pengikut Rasulullah s.a.w mesti beriman dan taat kepada apa yang disampaikan oleh Rasullullah s.a.w berkaitan berita besar dalam surah ini iaitu iaitu Hari Kiamat.
- Muslim mesti jauhi sifat engkar kaum Quraish akan berita besar yang Nabi Muhammad s.a.w sampaikan. Beriman kepada hari kiamat menyelamatkan dari kerosakan.
- Kita manusia hidup di zaman ini juga Allah SWT tunjukkan kehebatan kekuasaanNya dengan menghadirkan wabak Covid19 pada 2020 di seluruh dunia supaya manusia kembali kepada Allah SWT dan percaya akan hari kiamat. Sangat gawatnya saat itu sehingga kita saling bertanya dan saling berbalah berkaitan Covid19 di peringkat dunia , negara, pengurus kesihatan dan rakyat jelata. Berjuta manusia mati di seluruh dunia. Puluhan ribu manusia mati di negara kita. Puluhan juta manusia terjejas di sudut ekonomi dan kehidupan.
- Adakah sehebat itu kita bertanyakan berkaitan berita besar hari kiamat kesannya kepada kita dan ahli keluarga ? Atau persoalan seharian kita hanya menyentuh hal kehidupan dunia yang sementara ini ?
- Para pendakwah boleh menggunakan menganggarkan kefahaman muslim berkaitan Islam dengan berapa banyak soalan berkaitan ayat al Quran yang menyelematkan di hari kiamat berbanding ayat al Quran untuk kesenangan hidup didunia seperti membuka rezeki dan menyembuhkan penyakit.
- Punca perbalahan sesama manusia adalah atas perbezaan pandangan dan keyakinan kepada hari kiamat.
- Rasulullah mengambil masa yang lama untuk memberi faham dan menyakinkan kepada umatnya tentang berita besar ini dan umatnya lebih dari tiga belas tahun. Maka pendakwah perlu sabar dan tekun dalam memberi faham kepada masyarakat.
- Semua kita adalah pendakwah , maka perlu memperbaiki menyampaikan dakwah supaya manusia faham akan hari kiamat sehingga terbukti dengan lebih ramai manusia beriman dan lebih ramai muslim meninggalkan segala maksiat dan perbalahan.
Ayat [78: 6-16]
أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَـٰدًۭا ٦
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًۭا ٧
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
وَخَلَقْنَـٰكُمْ أَزْوَٰجًۭا ٨
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًۭا ٩
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
وَجَعَلْنَا ٱلَّيْلَ لِبَاسًۭا ١٠
Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
وَجَعَلْنَا سِرَاجًۭا وَهَّاجًۭا ١٣
Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلْمُعْصِرَٰتِ مَآءًۭ ثَجَّاجًۭا ١٤
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
لِّنُخْرِجَ بِهِۦ حَبًّۭا وَنَبَاتًۭا ١٥
Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,
Pengajaran
- Allah SWT meneruskan soalan kepada kaum kafir Quraish berkaitan kekuasaanNya Allah SWT mencipta dan mengurus alam buana dan manusia dan segala dengan proses yang ada fungsinya sebagai bukti kekuasaanNya. Apalah sangat bagi Allah SWT bagi mematikan manusia dan mengidupkan semula dan bagi Allah SWT menguruskan hari kiamat .
- Allah SWT sangat hebat ilmu dan kuasaNya.
- Allah SWT sangat sayang kepada manusia makhluk ciptaanNya, disediakan semuanya untuk meneruskan kehidupan manusia. Rahmat Allah SWT yang sangat besar pada penciptaannya untuk setiap makhluk ciptaannya, khasnya manusia.
- Allah SWT mengajar manusia dengan nikmat yang dikurniakan untuk berfikir, merancang dan mengusahakan kehidupan dan mengenal siapa pencipta,pemilik dan pentadbir alam ini.
- Kafir Quraish tidak beriman kepada hari kiamat, oleh itu mereka terus engkar.
- Kita hamba Allah SWT wajib beriman akan hari kiamat dan menghasilkan ketaatan.
- Kita manusia yang Allah SWT kurniakan akal fikiran dan pancaindera seharusnya menggunakan segala nikmat itu dan apa yang berlaku disekeliling kita untuk meningkatkan iman dan amal.
- Kita manusia yang lemah ,tiada mampu mencipta atau menghalang secara proses di bumi ini.
- Kita wajib bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah SWT dengan ketaatan,
Ayat [78: 17-30]
إِنَّ يَوْمَ ٱلْفَصْلِ كَانَ مِيقَـٰتًۭا ١٧
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan
يَوْمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًۭا ١٨
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوَٰبًۭا ١٩
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
وَسُيِّرَتِ ٱلْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا ٢٠
dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًۭا ٢١
Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
لِّلطَّـٰغِينَ مَـَٔابًۭا ٢٢
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
لَّـٰبِثِينَ فِيهَآ أَحْقَابًۭا ٢٣
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًۭا وَلَا شَرَابًا ٢٤
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman .
إِلَّا حَمِيمًۭا وَغَسَّاقًۭا ٢٥
Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir,
جَزَآءًۭ وِفَاقًا ٢٦
Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
إِنَّهُمْ كَانُوا۟ لَا يَرْجُونَ حِسَابًۭا ٢٧
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا كِذَّابًۭا ٢٨
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنَـٰهُ كِتَـٰبًۭا ٢٩
Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
فَذُوقُوا۟ فَلَن نَّزِيدَكُمْ إِلَّا عَذَابًا ٣٠
(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
Pengajaran
- Pada hari kiamat, segala perselisihan akan terjawab. ٱلْفَصْلِ pemutus atas segala hukuman.
- Hari kiamat adalah hari pemisah dimana akan di asingkan manusia yang taat dari yang engkar walaupun dari satu keluarga.
- Allah SWT sayang semua manusia dengan menerangkan keadaan hari kiamat yang menakutkan dan keadaan neraka yang mengerikan dan azabnya yang pedih supaya semua manusia taat agar tidak menyesal di akhirat nanti.
- Mereka yang engkar لِّلطَّـٰغِينَ melampau tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT dari ajaran Rasullullah akan lama di dalam neraka, diazab mengikut jenis keengkaran mereka.
- Sentiasa kita pasakkan keimanan kepada ayat-ayat Al Quran dan mengingati kedahsyatan hari kiamat iaitu hari pembalasan supaya kita mampu menghindar diri dari dosa kelalaian dan dari bersikap melampau meninggalkan dan mendustakan ajaran Al Quran oleh Rasulullah s.a.w. Muga kita selamat dari azab neraka.
- Gerunlah kita pada kekuasaan Allah SWT bahawa setiap amalan baik dan amalan dosa dicatatkan dengan terperinci tanpa ada yang tertinggal.
- Setiap kita adalah pendakwah , maka saling membantu kita menyeru kepada penyelesaian permasalahan mengikut ajaran Al Quran dan bukan penghukum.
Ingat !!
Al Quran satu-satunya sumber panduan kehidupan di dunia dan akhirat mesti dipasakkan kefahaman dalam jiwa manusia sehingga timbul rasa gerun pada kekuasaan Allah SWT dan hari kiamat.
Beriman kepada hari kiamat menyelamatkan manusia dan menutup pintu kerosakan di dunia dan akhirat ( 78:1-16)
Hari kiamat dan hari pembalasan atas segala perbuatan yang dicatat dengan detail tetap akan berlaku dengan amat dahsyat sekali [78 : 17-30]
Lega kerana Allah SWT memberi keyakinan bahawa Dia adalah Tuhan Yang Berkuasa lagi Maha Pengasih , Allah SWT , Tuhan yang empunya, pencipta dan pentadbir alam ini . Allah SWT mampu memulakan alam dan kehidupan ini dan Allah SWT juga mampu mengakhirkannya.
Saya jelas untuk tadabbur Al Quran dan tadabbur alam. Muga ia meneguhkan pegangan kepada agama Allah agar selamat dalam hidup di dunia dan selamat dari azab neraka.
Ya Allah, jadikan kami orang dapat memperbanyakkan membaca dan mentadabbur Al Quran. Kurniakan kami hati yang yakin dengan kebesaran dan kehebatan Mu agar kami tidak membuat pergantungan kepada makhluk yang lain. Dan dapat kami kenal Diri Mu dan rasa kehebatan Mu dan kerahmatan Mu dan mencintai Mu.
Ya Allah, bantu kami untuk berpegang teguh kepada agama Mu supaya kami selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Ya Alah, kurniakan kami ilham untuk menggunakan segala nikmat yang Engkau berikan bagi melakukan amal kebaikan. Ya Allah, jauhi kami dari azab neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.