PERKATAAN HARI INI
22 kali disebut dalam al-Quran
SINOPSIS
- Kaum Yahudi dianggap mustahil beriman (2:77-78)
- Pengubahan dan rekaan-rekaan para alim Yahudi (2:79-82)
- Kaum Yahudi melanggar perjanjian (2:83)
Mukadimah
Dari al-Fatihah ayat 7 ada 3 golongan:
- Orang yang diberi nikmat - ini yang kita nak jadi
- Orang yang dimurkai - dijelaskan dalam surah al-Baqarah
- Orang yang sesat - dijelaskan dalam surah ali-Imran (beribadah tanpa asas ilmu yang sahih)
Menyambung cerita daripada halaman 11 tentang orang Yahudi. Mereka ada satu sifat yang mesti kita ambil sebagai pelajaran agar kita sentiasa ingat jangan jadi macam mereka. Al-Quran banyak cerita tentang Bani Israel kerana kebanyakkan rasul dihantar kepada mereka.
Ayat 77
أَوَلَا يَعْلَمُونَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ٧٧
Dan tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan?
Dengan orang beriman mereka cakap lain, dengan orang tak beriman mereka cakap lain.
Pengajaran
Janganlah kita berbolak-balik (talam dua muka). Itu lambang tidak istiqamah.
Ayat 78
وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ ٱلْكِتَـٰبَ إِلَّآ أَمَانِىَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ ٧٨
Dan di antara mereka ada orang-orang yang buta huruf, tidak memahami Kitab (Taurat) selain dari penjelasan-penjelasan yang dusta (dari ketua-ketua mereka), kecuali hanya berangan-angan dan mereka hanya menduga-duga.
Di antara tanda kejahilan orang Yahudi tentang kitabnya sendiri iaitu Taurat, mereka tidak mengetahui kandungannya yang berupa kebenaran dan petunjuk serta cahaya adalah yang ditunjukkan oleh firman Allah Ta’ala وَمِنۡهُمۡ أُمِّيُّونَ لَا يَعۡلَمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّآ أَمَانِيَّ “Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui al-Kitab (Taurat) kecuali dongengan bohong belaka.”
Maknanya mereka hanya dapat membacanya saja, adapun mengetahui kandungan wajib yang membawanya untuk mengetahui kebenaran, keimanan, dan ketaatan mereka tidak mampu. Sehingga apa yang mereka ucapkan tidak lebih dari sekedar sangkaan yang berlapiskan kebohongan.
Pengajaran
- Ayat ini membahagikan Yahudi kepada dua golongan iaitu pendeta yang manipulasi taurat dan orang awam yang hanya mengikut dengan angan-angan. Orang awam Yahudi tidak fahami taurat dengan cara sebenar.
- Janganlah kita jadi orang yang tak tahu apa yang ada dalam kitab. Kita mesti berusaha untuk baca, faham dan amal al-Quran.
- Jangan sangka begitu mudah untuk masuk syurga.
Ayat 79
فَوَيْلٌۭ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ ٱلْكِتَـٰبَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنْ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشْتَرُوا۟ بِهِۦ ثَمَنًۭا قَلِيلًۭا ۖ فَوَيْلٌۭ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌۭ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ ٧٩
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
Zaman Yahudi, ada ulamak mereka yang tulis semula dengan mengubah-ubah kandungan Taurat.
Pengajaran
- Jangan teka-teka kandungan al-Quran. Alhamdulillah dapat belajar tafsir dan tadabbur sebab Allah hendak kita betul-betul faham apa yang kita baca dalam al-Quran
- Tulisan al-Quran terpelihara. Allah jaga. Tapi kita kena bersedia kalau ada orang ubah tafsiran dengan sebab untuk dapat keuntungan peribadi/golongan mereka.
- Peranan semua orang untuk baca dan faham al-Quran.
- Jangan biar diri ditipu oleh sesiapa.
- Terus jadi pemimpin yang ambil petunjuk sebenar daripada al-Quran.
- Allah mencela orang yang mengubah kitab.
- Belajar al-Quran betul-betul supaya kita tidak mengulang kesilapan orang-orang terdahulu yang outsource kepada ulamak, bimbang mereka ambil kesempatan sebab semua manusia ada keinginan.
- Pengaruh paling besar adalah pengaruh orang agama. Berhati-hati!
- Terus belajar baca-faham-amal agar tidak mudah diseleweng oleh "orang agama".
Ayat 80 - 82 : Tentang mindset orang Yahudi dan ulamak mereka.
Ayat 81
وَقَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًۭا مَّعْدُودَةًۭ ۚ قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِندَ ٱللَّهِ عَهْدًۭا فَلَن يُخْلِفَ ٱللَّهُ عَهْدَهُۥٓ ۖ أَمْ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ ٨٠
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
Pengajaran
- Kefahaman salah sebab tidak faham kitab.
- Mesti belajar betul-betul untuk faham kitab.
- Neraka bukan rest area yang boleh keluar balik.
- Dalami panduan daripada al-Quran.
- Jangan mungkiri janji.
- Silap faham tentang al-Quran akan menyebabkan masuk neraka yang kekal.
- Jangan ambil enteng tentang neraka.
- Beriman dan beramal soleh dengan istiqamah.
Ayat 81
بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةًۭ وَأَحَـٰطَتْ بِهِۦ خَطِيٓـَٔتُهُۥ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٨١
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Pengajaran
- Sesiapa buat kejahatan balasannya ialah neraka dan mereka kekal di dalamnya.
- Semoga kita tidak menjadi ahli neraka.
Ayat 82
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٨٢
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
Pengajaran
- Janji Allah yang manis - nak masuk syurga mesti beramal soleh.
- Ya Allah, bimbing kami untuk menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Kurniakan kami rahmat Mu agar kami berjaya masuk ke syurga Firdaus.
Ayat 83
وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَـٰقَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَانًۭا وَذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسْنًۭا وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلَّا قَلِيلًۭا مِّنكُمْ وَأَنتُم مُّعْرِضُونَ ٨٣
Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
Allah ingatkan balik kepada bani israel tentang janji mereka:
- Jangan menyembah selain Allah
- Berbuat baik kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin
- Bertutur dengan perkataan yang baik kepada manusia
- Solat
- Zakat
Tetapi mereka berpaling sebagai pembangkang.
Pengajaran
- Jangan syirikkan Allah. Tanda orang tidak syirikkan Allah ialah dia letak al-Quran paling tinggi.
- Jaga hubungan dengan manusia, yang utamanya ibu ayah.
- Bertutur yang baik kepada manusia - kita perlu hidayah untuk pastikan sentiasa bertutur baik.
- Pertimbangan manusia akan rosak apabila tidak dipimpin oleh wahyu.
- Jangan racist
- Bina keimanan yang betul - utamakan hubungan dengan Allah, diikuti hubungan dengan manusia, baru amalan personal iaitu zakat dan solat.
- Jangan fitnah/kutuk orang
RESOLUSI
Ingat !!
- Dalami Quran bukan beriman dengan buta (2:78)
- Jangan rasa diri bagus dan istimewa (2:80)
- Bina iman dan amal soleh untuk menempah ke syurga (2:82)
Lega kerana Allah ingatkan kita untuk mendalami al-Quran agar dapat beramal yang betul dan Allah akan hadiahkan syurga kepada orang yang beramal soleh.
Saya jelas untuk terus mengkaji al-Quran agar tidak menjadi pak turut.
Ya Allah kurniakan kepada kami kefahaman al-Quran yang baik agar kami dapat beriman dan beramal yang baik. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan kami merasa diri bagus dan istimewa. Ya Allah, bimbing kami untuk bina iman dan amal soleh agar kami mendapat rahmat-Mu untuk ke syurga.