PERKATAAN HARI INI
549 kali disebut dalam al-Quran
SINOPSIS
- Pengalihan Kiblat (2:146-147)
- Perselisihan tentang kiblat dan sebab-sebabnya (2:148-152)
- Sabar atas cubaan (2:153)
Mukadimah
Hari ini kita akan terus belajar untuk mendapatkan cahaya daripada al-Quran. Juzuk Kedua bermula tentang kiblat. Bila cakap tentang kiblat ia penting kerana ada kaitan dengan solat. Banyak rahsia dalam pelajaran hari ini untuk kita melonjakkan diri sebagai umat Islam agar kembali gemilang seperti di zaman Rasulullah SAW.
Nama lain surah al-Fatihah, ialah As-Solah. Ada kaitan dengan nama yang diberi oleh Nabi s.a.w. kerana solat kita tidak sah sekiranya tidak membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat. Sudah pasti kita mesti membacanya dengan penuh kefahaman kerana al-Fatihah merupakan sinopsis (ringkasan) kepada 113 surah lain yang terdapat di dalam al-Quran.
Surah al-Baqarah sedang kita pelajari menerangkan ciri-ciri orang yang dimurkai agar kita dapat mengambil pengajaran.
Ayat 146
ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَـٰهُمُ ٱلْكِتَـٰبَ يَعْرِفُونَهُۥ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَآءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًۭا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ ٱلْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ١٤٦
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
Menyambung tentang kisah kiblat. Orang Yahudi dan Nasrani di Madinah memang kenal Nabi Muhammad SAW kerana ada dalam kitab mereka. Mereka kenal umpama mengenal anak-anak mereka sendiri kerana mereka ada ilmu tentangnya. Sebahagian daripada mereka menyembunyikan kebenaran itu.
Ayat 147
ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُمْتَرِينَ ١٤٧
Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.
Allah menegaskan kepada baginda s.a.w. supaya yakin dan tidak ragu-ragu seperti ragu-ragunya orang Yahudi dan Nasrani.
Ayat 148
وَلِكُلٍّۢ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا ۖ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا۟ يَأْتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ١٤٨
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ayat 149
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۖ وَإِنَّهُۥ لَلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ ١٤٩
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
Pengajaran Ayat 146-149
- Semakin tinggi pangkat, semangkin tinggi ilmu kenalah kita beringat supaya tetap ikhlas kepada Allah, jangan pandai ubah-ubah kebenaran dari Tuhan.
- Setiap kejadian yang berlaku adalah kenyataan yang ada tujuan.
- Mengadap ke kiblat adalah satu identiti, satu hadiah daripada Allah SWT yang mempunyai tujuan tertentu.
- Setiap umat ada kiblatnya dan mereka berusaha mengikutnya.
- Kita bukan sembah kaabah, ia sebagai satu kesatuan (uniti).
- Nabi Muhammad SAW ada kaitan dengan nabi-nabi terdahulu, itulah tanda umat Islam bersatu.
- Bila ada kiblat, kita kena perjuangkan ( هُوَ مُوَلِّيهَا ). Kena ada usaha untuk melaksanakannya.
- Bersegera dalam membuat kebaikan, terutamanya solat mesti di awal waktu.
- Mengubah jalan hidup ikut hidayah mungkin sukar kalau kita tidak betul-betul jadi hamba.
- Sekiranya umat Islam berlumba-lumba menghadap kiblat semasa solat pada waktu yang ditetapkan, Allah SWT sudah pasti akan mengembalikan kegemilangan seperti zaman Rasulullah SAW.
- Allah Maha Berkuasa untuk membantu kita melaksanakan kebaikan kalau kita bersungguh-sungguh.
- Allah Maha Berkuasa mengumpulkan manusia menghadap kiblat, begitu juga Allah Maha Berkuasa mengumpul manusia di hari akhirat untuk diberi pembalasan.
- Allah SWT tidak pernah lalai terhadap apa yang kita lakukan.
Ayat 150
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِى وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِى عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ١٥٠
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).
حَيْثُ diulang 3 kali. Ini bermakna hal ini perlu perhatian. Ini salah satu ayat mansukh. Bila kena ubah kiblat kenalah diulang-ulang supaya umat Islam betul-betul jelas dengan perintah Allah SWT.
Pengajaran
- Perubahan akan berjaya sekiranya kita ulang berkali-kali sehingga jadi kebiasaan baru.
- Kiblat sebagai bukti Allah menyempurnakan nikmat-Nya supaya kita sentiasa mencari hidayah.
- Hendaklah kita solat di awal waktu sebagai tanda kita sentiasa mencari hidayah daripada Allah.
- Allah akan tambah nikmat sekiranya solat di awal waktu.
- Jangan takut pada manusia, hanya takut pada Allah.
- Jangan mempersoalkan apa yang Allah arahkan atau buat.
- Sesiapa yang mengikuti perintah-Nya, ia akan diberi hidayah.
- Orang yang ingkar perintah Allah sebenarnya menzalimi diri sendiri.
Ayat 151
كَمَآ أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًۭا مِّنكُمْ يَتْلُوا۟ عَلَيْكُمْ ءَايَـٰتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا۟ تَعْلَمُونَ ١٥١
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.
Ayat 151-153 adalah ayat yang amat penting kepada pendidik yang hendak memahami tentang kaedah bagaimana Nabi memimpin di Mekah dan Madinah sehingga bangkit umat islam. Rahsia untuk umat Islam bangkit semula ada pada ayat ini.
Nabi berjuang untuk al-Quran sehingga kita dapat belajar dengan mudah. Kalau zaman nabi kena kecam.
Allah berikan banyak nikmat kepada umat Islam:
- Kiblat untuk umat Islam kerana kita meneruskan legasi Nabi Ibrahim yang mendapat wahyu daripada Allah SWT.
- Allah utuskan rasul untuk tilawah ayat-ayat Nya, untuk menyucikan manusia dari kekotoran hati, mengajar kitab yang mempunyai hidayah, menunjukkan hikmah dan mengajar apa yang manusia belum ketahui.
Pengajaran
Allah ajar kaedah pendidikan kepada Nabi. KIta juga mesti ikut kaedah ini jika hendak berjaya mengembalikan kegemilangan Islam seperti zaman nabi.
- Tilawah : mengulang-ngulang membaca ayat-ayat Allah sehingga boleh faham dan amal. Nabi tidak pakai perkataan sendiri, tetapi semuanya berasaskan al-Quran. Idea-dea dalam al-Quran amat hebat.
- Tazkiah : Menyucikan diri. Jika menjadikan tilawah kebiasaan, lambat laun tazkiah akan berlaku. Ia berlaku kerana tilawah berlaku. Proses ini mesti dibuat secara berterusan.
- Ajar kitab sebagai perlembagaan hidup. Ini memerlukan tazkiyah dengan cara baca, tadabbur sehingga rasa kebesaran Allah maka dengan itu kita mudah untuk ikut sunnah nabi.
- Ajar ilmu-ilmu lain seperti Geografi dan lain-lain. Allah akan ajar lagi.
Ayat 152
فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ ١٥٢
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
Ayat 153
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ١٥٣
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
Jangan pandang ringan tentang biji. Biji benih perlu disemai dan ditanam bukan tiba-tiba jadi mangga. Hendak pohon yang subur, kita kenalah banyak bersabar. Kena ada biji benih yang baik, tanam di tanah yang sesuai, siram, dan baja. Dengan bersabar, biji benih yang kita tanam akan menghasilkan pohon yang hidup subur dan mengeluarkan buah yang bermanfaat.
Pengajaran Ayat 152-153
- Allah sudah berikan nikmat besar kepada kita iaitu rasul dan al-Quran.
- Untuk mendapat lebih lagi nikmat daripada Allah, hendaklah kita:
- banyak mengingati Allah
- bersyukur kepada Allah
- jangan ingkar/kufur nikmat Allah
- Kalau nak terus dapat pertolongan daripada Allah SWT, mestilah sabar dan solat.
- Solat jangan diambil ringan kerana ia hadir dengan perjuangan.
- Quran yang kita baca dalam solat juga berdasarkan perjuangan.
- Solat berkumpul dalam al-Fatihah yang merupakan intipati al-Quran.
- Tanda kita betul-betul membaca dengan nama Tuhan adalah kita wasjud waqtarib "Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)".
- Bacalah al-Quran supaya cahayanya bersinar ke seluruh alam.
RESOLUSI
Ingat !!
- Jangan menyembunyikan kebenaran (2:146)
- Cari ilmu tentang kebenaran ajaran rasul, agar hilang keraguan (2:147)
- Jauhi membangkang, segera buat kebaikan (2:148)
- Banyakkan ingat Allah untuk manfaat diri sendiri (2:152)
Lega kerana Allah ingatkan saya supaya banyakkan ingat Allah untuk manfaat diri sendiri.
Saya jelas untuk tidak menyembunyikan kebenaran. Saya mesti cari ilmu tentang kebenaran ajaran rasul, agar hilang keraguan. Saya jelas untuk jauhi membangkang. Saya jelas saya mesti segera buat kebaikan. Saya mesti banyakkan ingat Allah untuk manfaat diri sendiri.
Ya Allah, bimbing kami untuk menyampaikan kebenaran. Ya Allah, ajar kami ilmu tentang kebenaran ajaran rasul, agar hilang keraguan kami. Ya Allah, jauhi kami daripada membangkang perintah dan larangan-Mu. Ya Allah, bantu kami untuk segera buat kebaikan. Ya Allah, segarkan hati kami dengan berzikir kepada-Mu.