Tuesday, May 2, 2023

Halaman 27 : Al-Baqarah, 2:177-181

PERKATAAN HARI INI


بِرٌّ   Kebajikan
32 kali di dalam Al Quran


SINOPSIS 

  1. Bentuk-bentuk kebajikan [2:177]
  2. Qisas dan hikmahnya [2:178-179]
  3. Wasiat yang wajib [2:180-181]


Mukadimah

Hari ini kita teruskan mendaki surah al-Baqarah, Sanamul Quran (Puncak al-Quran). Ingat halaman 27, ingat KLCC. Juzuk Kedua bermula dengan kisah perubahan kiblat yang merupakan simbol penting tentang kesatuan dan solat kita. Halaman 26 mengingatkan kita supaya menjaga perintah Allah dan menjaga makanan.


Ayat [2:177]

۞ لَّيْسَ ٱلْبِرَّ أَن تُوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَلَـٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ وَٱلْكِتَـٰبِ وَٱلنَّبِيِّـۧنَ وَءَاتَى ٱلْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينَ وَٱبْنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَـٰهَدُوا۟ ۖ وَٱلصَّـٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ ١٧٧

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.


Pengajaran

  1. Orang yang suka buat kebajikan dipanggil al-Abrar. Mereka akan diberi ganjaran syurga.
  2. Asas kebajikan paling penting (FOUNDATION) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab dan nabi-nabi (5 daripada rukun iman). 
  3. Tingkat pertama ialah buat kebajikan mengikut keutamaan berikut:
    • keluarga (ibu-bapa, adik-beradik, saudara-mara) 
    • anak yatim dalam komuniti
    • orang miskin
    • musafir
    • orang yang meminta-minta
    • orang yang terbelenggu (berhutang/muflis)
  4. Buat kebajikan bukan untuk popular atau kerana  ada sesuatu motif, contohnya untuk menang sesuatu pertandingan atau menang pilhanraya.
  5. Buatlah kebajikan kerana kita tahu ada malaikat yang mencatat dan kerana ikut perintah di dalam al-Quran dan mengikut contoh daripada Nabi SAW. 
  6. Sentiasalah berbuat kebajikan, bukan mengikut musim. 
  7. Tingkat kedua ialah dirikan solat dan menunaikan zakat (yang wajib 2.5% harta/pendapatan). Solat jaga hubungan dengan Allah SWT. Zakat jaga hubungan dengan manusia. 
  8. Tingkat ketiga ialah menunaikan janji bila berjanji. Menunaikan janji kepada semua, bukan hanya keluarga atau golongan tertentu sahaja. Contohnya, jika rakyat sudah memilih pemimpin, pemimpin kenalah amanah menjalankan tugas. Jangan pula melompat-lompat parti, bermusuh, bergaduh-gaduh dan tidak bersatu hati.
  9. Tingkat keempat ialah bersabar dalam menempuhi kesusahan, penderitaan dan peperangan. Walaupun dalam susah, tetap tolong orang, masih lagi solat, dan tetap tunaikan janji. 
  10. Orang yang memenuhi checklist di atas adalah orang yang benar-benar bertaqwa.
  11. 'Birr' ada kaitan dengan perkataan 'Barr' yang bermana darat. Lautan maknanya 'bahr'. Bila seseorang ada birr berteraskan ayat 177 ini, kebajikannya menjadi amat-amat darat. Maksudnya darat ini amat stabil berbanding dengan 'bahr' yang berombak. Maknanya kita buat kebajikan tidak ikut ombak, tidak ikut musim. Buat 'birr' yang 'barr' kerana kita mengikut panduan daripada ayat ini (Buat kebajikan secara istiqamah).
  12. Ayat 177 ini membawa mesej yang sama dengan surah al-Asr.


Ayat [2:178]

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِصَاصُ فِى ٱلْقَتْلَى ۖ ٱلْحُرُّ بِٱلْحُرِّ وَٱلْعَبْدُ بِٱلْعَبْدِ وَٱلْأُنثَىٰ بِٱلْأُنثَىٰ ۚ فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌۭ فَٱتِّبَاعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَـٰنٍۢ ۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌۭ ۗ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ ١٧٨

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


Ayat [2:179]

وَلَكُمْ فِى ٱلْقِصَاصِ حَيَوٰةٌۭ يَـٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٧٩

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.


Pengajaran ayat 178-179

  1. Bila bangunan taqwa sudah kukuh baru bersedia untuk amalkan perintah dalam ayat 178 iaitu perintah Qisas (hukum jenayah). Qisas maksudnya bunuh balas bunuh. 
  2. Tiga tahap qisas ( Keluarga si mati boleh menentukan, yang mana satu hendak dilaksanakan):
    • Orang yang membunuh kena bunuh, tidak boleh diganti dengan orang lain.
    • Dibayar dengan 'blood money'. Sejumlah wang sebagai ganti rugi, di atas pembunuhan itu.
    • Memaafkan. 
  3. Hukuman qisas adalah berat untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Hukuman ini adalah satu fardhu bagi orang yang kuat imannya dan ada jaminan hidup di dalamnya.


Ayat [2:180]

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ ١٨٠

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.


Ayat [2:181]

فَمَنۢ بَدَّلَهُۥ بَعْدَ مَا سَمِعَهُۥ فَإِنَّمَآ إِثْمُهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌۭ ١٨١

Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Pengajaran ayat 180-181

  1. Kita diwajibkan untuk berwasiat dengan cara yang baik. 
  2. Wasiat adalah satu fardhu yang penting bagi orang beriman. 
  3. Harta yang baik mesti diuruskan dengan panduan al-Quran.
  4. Bina taqwa dalam hidup supaya dapat melaksanakan wasiat dengan baik.
  5. Dosa mengubah isi wasiat tertanggung kepada orang yang mengubahnya.
  6. Bina mindset kebajikan dalam diri dan keluarga. 
  7. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa saja yang kita lakukan.
  8. Orang al-Abrar akan mendapat ganjaran syurga.


RESOLUSI 

Ingat !!

  1. Seimbangkan komponen iman, hubungan dengan Allah dan manusia [2:177]
  2. Berusaha agar perundangan Islam dapat dilaksanakan dengan baik [2:178]
  3. Jaga wasiat sebagai hak Allah [2:179-180]

Lega kerana Allah beri panduan untuk jadi orang al-Abrar yang akan mendapat balasan syurga.

Saya jelas untuk beramal dengan tiga resolusi di atas.

Ya Allah, jadikan kami orang al-Abrar.  Kukuhkan iman dan taqwa kami agar kami dapat menjadi orang yang sentiasa melakukan kebajikan, menjaga hubungan dengan Mu dan menjaga hubungan dengan manusia lain. Ya Allah, pandu kami untuk laksanakan perundangan Islam. Ya Allah, bimbing kami untuk jaga wasiat. Ya Allah, kurniakan kami ilham untuk menggunakan segala nikmat yang Engkau berikan bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jauhi kami dari azab neraka. Aamiin ya Mujib.


Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...