Sunday, July 2, 2023

Sinopsis Juzuk 10



SINOPSIS JUZUK 10

Surah         Status         Ayat         Halaman Mashaf
Al-Anfal         Makiyyah 41-75 182-186
At-Taubah Madaniyyah 1 - 93 187-201


Surah Al-Anfal (Rampasan Perang) sambungan

Harta rampasan Allah SWT menentukannya (41-51)
Ambillah iktibar cerita Firaun (52-59)
Persiapan mempertahankan negara (60-71)
Yang mendapat pertolongan Allah (72-75)
- Orang yang beriman, yang sama-sama berhijrah ke Madinah dan sama-sama berperang mempertahankan syiar Islam sepenuh jiwa dan raga.
- Orang Ansar yang memberi tempat tinggal dan mempersaudarakan orang Muhajirin.
- Orang yang beriman, tapi tidak sama berhijrah, tidak perlu nabi melindungi mereka, sehinggalah mereka berpindah sama dan sama-sama berjuang kerana Allah. 


Surah At-Taubah (Pengampunan) Ayat 1-93

Dinamakan dengan At-Taubah kerana di dalam surah ini terdapat banyak seruan untuk bertaubat (17 kali) dan bahwasanya taubat adalah perbuatan yang sangat dicintai oleh Allah daripada harus menyiksa hamba-Nya.

Taubat ertinya meninggalkan perbuatan dosa tersebut, menyesali terhadap perbuatan yang telah dilakukan, bertekad kuat untuk tidak melakukannya lagi, dan memperbaiki perbuatan. 

Kalimat تَابَ إِلَى اللهِ ertinya mengingat hal-hal yang dapat mendorong untuk kembali kepada Allah.

Surah ini membuka pintu taubat kepada sesiapapun berdasarkan ayat-ayat berikut:
- orang-orang musyrik dan orang-orang yang memerangi Islam. (ayat 5, 10, 11, 15)
- orang-orang mukmin yang terjerumus kepada kemaksiatan. (ayat 24, 27)
- orang-orang yang lalai dari bertawakal kepada Allah. (ayat 27)
- orang-orang munafik dan orang-orang yang murtad. (ayat 74)
- orang-orang yang berada dalam keraguan. (ayat 102)
- taubat dan ampunan Allah untuk Nabi dan para sahabatnya. (ayat 117)
- taubat bagi orang-orang yang tidak ikut serta dalam peperangan. (ayat 118)

Dimulakan dengan perakuan, pada hari pembukaan kota Mekah, semua perjanjian dengan orang kafir terbatal sama sekali. Diharamkan berperang selama empat bulan, untuk memudahkan orang Islam menunaikan ibadat haji.

Diakhiri dengan perakuan, Nabi Muhammad SAW diutus dari kalangan orang Arab sendiri. Baginda berasa amat sedih melihatkan keadaan bangsanya sendiri tenggelam dalam kekafiran. Dia betul-betul berazam, kaumnya akan beriman dengan Allah. Jika mereka masih tidak beriman, Allah berpesan, bertawakal saja kepada Allah yang memiliki 'Arasy yang besar’.

Satu-satunya surah yang tidak bermula dengan Bismillah kerana Rasulullah SAW tidak membaca Bismillah setiap kali memulakan bacaan surah ini.

Gencatan senjata empat bulan (1-6)
Perjanjian dengan orang kafir terbatal (7-16)
Yang berhak memakmurkan masjid (17-20)
Ingatan Allah kepada kita (21-29)
Yahudi dan Nasrani ada Tuhan sendiri (30-35)
Bulan dalam Islam (36-43)
Munafik sengaja menolak perang (44-50)
Penegasan nabi (51-57)
Etika sedekah (58-67)
Balasan untuk munafik (68-72)
Teruskan memerangi orang munafik (73-89)
Sikap orang munafik (90-93)


Diriwayatkan daripada Abu Bakar R.A: Maksudnya: “Bahawasanya beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ajari aku doa untuk aku membacanya dalam solatku.” Baginda bersabda: “Ucapkanlah (doa):

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ

(Ya Allah, sesungguhnya aku amat menzalimi diriku sendiri, dan tidak ada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau. Maka, ampunilah aku dengan keampunan daripada sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).” Riwayat al-Bukhari (790)


Wallahua’lam


Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil
5. Kamus Al-Quran, Al-Ashfahani




Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...