SINOPSIS JUZUK 12
Surah Status Ayat Halaman Mashaf
Hud Makkiyyah 6 - 123 222 - 235
Yusuf Makkiyyah 1 - 52 235 - 241
Surah Hud (6-123) sambungan
• Allah SWT Pencipta langit dan bumi (6-16)
• Gelagat orang kafir (17-24)
• Kisah Nabi Nuh (25-39)
• Banjir besar berlaku (40-49)
• Kisah Nabi Hud (50-60)
• Gelagat kaum Nabi Saleh (61-68)
• Nabi Ibrahim mendapat anak Ishak (69-83)
• Gelagat kaum Nabi Syuaib (84-95)
• Pengajaran daripada kisah Nabi Musa (96-113)
• Solat benteng utama (114-123)
Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.) Ayat 1-52
Surah ini dinamakan dengan Surat Yusuf kerana surah ini menyebutkan kisah Nabi Yusuf secara detail dan tidak menyebutkan kisah lainnya.
Tema: Percaya bimbingan Allah dalam cabaran hidup.
Memberi motivasi kepada Rasulullah SAW bahawa sikap Quraisy atas Baginda akan berakhir sebagaimana sikap saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. Baginda SAW akan mendapat kekuasaan sebagaimana Nabi Yusuf a.s.
Pembuktian bahawa Allah SWT tidak pernah meninggalkan hamba-hamba-Nya yang beriman. Tiada perkara berlaku kebetulan, segalanya sudah direncana Allah dengan sangat teliti.
Dimulakan dengan Allah SWT bersumpah dengan huruf al-Quran ALIF LAM RAA untuk membuktikan al-Quran itu mempunyai ayat yang jelas. Diturunkan dalam Bahasa Arab untuk mudah difahami oleh mereka yang berakal. Ulama berkata bahawa surah-surah yang bermula dengan huruf-huruf ini ialah surah-surah yang menekankan keagungan al-Quran.
Diakhiri dengan penegasan kisah dalam al-Quran untuk diambil iktibar oleh orang yang suka berfikir, bukan rekaan tetapi memperakukan kitab sebelumnya. Ia menjadi petunjuk dan rahmat kepada yang beriman.
• Nabi Yusuf bermimpi (1-6)
• Nabi Yusuf dijual dengan harga murah (7-22)
• Isteri pembesar tertarik dengan Nabi Yusuf (23-29)
• Isteri pembesar membalas dendam (30-32)
• Nabi Yusuf dipenjarakan (33-40)
• Nabi Yusuf mentakwil mimpi (41-52)
Pengajaran dari Surah Yusuf Ayat 1-52
1. Urus emosi anak-anak yang pelbagai ragam dan kekadang hasad (12:5)
2. Elakkan berkata sesuatu kesan daripada hasad (12:8)
3. Sentiasa berjaga dari hasad dalam sesuatu keluarga (12:11)
4. Yakin Allah SWT akan bantu walaupun rasa tidak ada sumber atau hilang punca (12:15)
5. Elakkan menipu (12:17)
6. Amalkan kesabaran yang indah untuk mendapatkan pertolongan Allah SWT
7. Perlu ingatkan sesama rakan agar tidak melakukan dosa atau kezaliman yang menempah kegagalan (12:23)
8. Bina jiwa ikhlas dan diikhlaskan Allah untuk terhindar masalah sosial (12:24)
9. Berhati-hati dengan tipu daya jantina berbeza
10. Berjaga-jaga dan jangan terpesona dengan keindahan makhluk sampai terabai kewajipan (12:31)
11. Pilih kesukaran untuk dekat dengan Allah SWT berbanding kesenangan (12:33)
12. Yakin Allah SWT akan menyusun yang terbaik kepada hamba yang ikhlas
13. Tetap berdakwah kepada Allah SWT dalam segenap masa (12:38)
14. Usahakan penyebaran syiar dan pemahaman ketauhidan yang sebenar (12:40)
15. Gunakan potensi yang ada untuk orang fokus kepada Allah SWT, bukan kepada diri atau kumpulan sendiri (12:41)
16. Bina dan gunakan kepakaran / kemahiran untuk mengajak manusia kepada misi dakwah (12:45)
17. Rancang secara strategik masa depan dengan membuat bekalan (12:47)
18. Tetap atas kebenaran walaupun ia pahit kerana pada akhirnya kebenaran akan terjelma juga (12:51)
Doa dalam Juzuk 12
قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْـَٔلَكَ مَا لَيْسَ لِى بِهِۦ عِلْمٌۭ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِى وَتَرْحَمْنِىٓ أَكُن مِّنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ ٤٧
Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi". (Hud ayat 47)
Wallahua’lam
Rujukan
1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil
5. Nota MyQurantime
