SINOPSIS JUZUK 9
Surah Status Ayat Halaman Mashaf
Al-A’raf Makiyyah 88-206 162-176
Al-Anfal Madaniyyah 1-40 177-181
Surah al-A’raf (Tempat Tertinggi) sambungan
• Sambungan Kisah Nabi Syuaib (88-96)
- Kaum Syuib mencabar supaya Nabi Syuaib bawa pengikutnya keluar dari kampung.
- Mereka menemplak pengikut Nabi Syuaib: “Kamu rugi menjadi pengikut Nabi Syuaib”.
- Allah binasakan mereka dengan gempa yang dahsyat seolah-olah mereka tidak pernah wujud di situ.
• Rumusan Kisah Kaum Terdahulu (97-102)
- Adakah kita berasa aman jika kita tahu bencana akan datang semasa kita tidur (97)?
- Bolehkah kita rasa aman jika bencana datang waktu pagi atau waktu kita sedang bermain? (98)
- Adakah kita berasa aman jika kita tahu bencana akan datang pada bila-bila masa? (99)
- Apakah pewaris perkampungan yang hancur itu tidak mahu mengambil iktibar daripadanya? (100-102)
• Kisah Nabi Musa
- Ahli sihir beriman dengan Nabi Musa (103-129)
- Bencana kepada Firaun (130-140)
o Taufan yang membawa belalang, kutu-kutu, katak dan air berwarna darah.
o Binasakan mereka, tenggelam lemas di Laut Merah.
• Bani Israel selepas Firaun (141-147)
• Nabi Musa bermunajat Di Bukit Thursina (148-153)
• Nabi Musa memilih pengikutnya (154-158)
• Telatah Bani Israel (159-171)
• Kenapa kita mesti bersyahadah? (172-179)
• Allah ajak kita berfikir (180-190)
• Nabi memberikan hujahnya (191-202)
• Orang kafir masih mahu berhujah (203-206)
Surah al-Anfal (Rampasan Perang) Ayat 1- 40
Nama surah disebutkan dalam ayat 1. Bermakna harta rampasan perang yang dikumpulkan oleh kaum muslimin dalam perang Badar. Ini memberi isyarat bahwasanya sesiapa yang mengorbankan sesuatu untuk Allah SWT maka ia akan menjadi seorang pemenang dengan syarat ikhlas kerana Allah.
Jangan jadikan harta sebagai matlamat peperangan jika mahukan kemenangan kerana kemenangan hanya datang daripada Allah SWT. Surah ini memberi motivasi kepada pejuang Islam sepanjang zaman kerana ia menekankan faktor kerohanian dan kedalaman iman sebagai faktor utama kemenangan.
Dimulakan dengan pernyataan bahawa "rampasan perang" adalah hak Allah dan rasul-Nya. Kerana itu, jangan berebut-rebut kerananya, takutlah pada Allah. Berbaik-baiklah sesama sendiri, sambil itu, taat pada Allah dan rasul-Nya.
Diakhiri dengan ketetapan, bahawa mereka yang beriman selepas hijrah ke Madinah dan mengikut bersama berperang, mereka termasuk juga ke dalam golongan yang sama. Begitu juga kaum kerabat mereka, berhak mendapat bahagian dari harta rampasan itu. Allah tahu segala-galanya.
• Peperangan Badar (1-14)
• Allah SWT ingatkan orang beriman (15-30)
• Sikap orang munafik (31-40)
- Mereka kata al-Quran adalah cerita dongeng.
- Mencabar Rasulullah SAW supaya diturunkan hujan batu atau azab yang dijanjikan.
- Bermuka-muka solat di Masjidilharam.
- Membelanjakan harta untuk mencegah orang beriman ke Masjidilharam.
Doa dalam Juzuk 9
رَبَّنَا ٱفْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِٱلْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْفَـٰتِحِينَ ٨٩
Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim". (Al-A’raf ayat 89)
رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًۭا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ ١٢٦
"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)". (Al-A’raf ayat 126)
رَبِّ ٱغْفِرْ لِى وَلِأَخِى وَأَدْخِلْنَا فِى رَحْمَتِكَ ۖ وَأَنتَ أَرْحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ ١٥١
"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani". (Al-A’raf ayat 151)
Wallahua’lam
Rujukan
1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil
