|
PERKATAAN HARI INI كَذَبَ
Mendustakan 282
kali disebut dalam al-Quran |
|
SINOPSIS
|
|
Mukaddimah Kita bersyukur
kepada Allah SWT diberi limpah kurnia/fadhol daripada Allah SWT untuk kita
meneruskan pengajian dari halaman 109, Surah al-Ma'idah. Tema surah ini ialah
"Apabila Allah memberikan sesuatu nikmat/kurniaan, maka kita perlu gunakannya
untuk berjuang di jalan Allah". Semakin banyak kurniaan yang Allah beri,
Allah lagi akan lebih bertanya apa yang kita manfaatkan sebagaimana pengikut
Hawariyyun iaitu pengikut Nabi Isa ditanyakan kepada mereka apakah mereka
akan terus berjuang setelah mendapat hidangan dari langit. Kita
membaca surah al-Fatihah sebagai pembukaan supaya Allah membuka potensi yang
ada agar janganlah kita merasakan yang cabaran atau kepayahan itu tidak ada
penghujungnya kerana ada solusi daripada Allah SWT. Surah
al-Maidah ini bercakap tentang keadilan dan perjuangan. Allah menjanjikan
keampunan dan ganjaran yang besar kepada orang beriman dan beramal soleh
kerana mereka memperjuangkan keadilan (ayat 8-9). Ini bermakna
kesalahan-kesalahan yang lepas selesai, dan ditambah lagi nikmat pada masa
depan. Ayat [5:10] وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلْجَحِيمِ "Dan
orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah
ahli neraka." Mesej dan Tindakan
Ayat [5:11] يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ هَمَّ قَوْمٌ أَن يَبْسُطُوٓا۟ إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ فَكَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنكُمْ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ "Wahai
orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya)
kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan
tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada
(menyerang) kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah
jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah
diri." Mesej dan Tindakan
Ayat [5:12] وَلَقَدْ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَـٰقَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ ٱثْنَىْ عَشَرَ نَقِيبًۭا ۖ وَقَالَ ٱللَّهُ إِنِّى مَعَكُمْ ۖ لَئِنْ أَقَمْتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيْتُمُ ٱلزَّكَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًۭا لَّأُكَفِّرَنَّ عَنكُمْ سَيِّـَٔاتِكُمْ وَلَأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۚ فَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ "Dan
demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya
mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah
utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan
masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah
beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan
sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul
(utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan
kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana
riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa
kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah
yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul" Mesej dan Tindakan
Ayat [5:13] فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَـٰقَهُمْ لَعَنَّـٰهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَـٰسِيَةًۭ ۖ يُحَرِّفُونَ ٱلْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦ ۙ وَنَسُوا۟ حَظًّۭا مِّمَّا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦ ۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَآئِنَةٍۢ مِّنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًۭا مِّنْهُمْ ۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱصْفَحْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ "Maka
dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka,
dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran).
Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat
dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan
mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka
mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat
perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang
tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia
bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada
orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya." Mesej dan Tindakan
|
|
RESOLUSI Ingat
!! 1. Jangan mendustakan atau mengkufuri kebesaran
Allah [5:10] 2. Sentiasa syukur nikmat keamanan dan
perlindungan Allah SWT [5:11] 3. Sedia korbankan harta atau diri untuk Allah
agar diberi balasan baik [5:12]
Lega kerana
Allah SWT memberi keampunan dan balasan syurga sekiranya saya buat 5 kebaikan
yang Allah ingatkan dalam ayat [5:12].
Saya
jelas untuk tidak mendustakan atau mengkufuri kebesaran Allah. Saya mesti
sentiasa syukur nikmat keamanan dan perlindungan Allah SWT. Saya juga mesti
sedia korbankan harta atau diri untuk Allah agar diberi balasan baik.
Ya
Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan Rasul kepada
kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya
Allah, kurniakan kami ilmu dan kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran
agar kami dapat menjadi orang yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya
Allah, jadikan kami orang yang belajar dan menyampaikan al-Quran serta
menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam hidup kami.
Ya
Allah, jauhi kami daripada menjadi orang mendustakan atau mengkufuri
kebesaran Mu. Jadikan kami orang yang sentiasa bersyukur atas nikmat Mu yang
banyak. Ya Allah, bantu kami untuk menjadi orang yang suka berkorban harta dan
diri untuk mendapat keredaan-Mu.
|
Ya Allah, pimpinlah kami dengan rahmat dan kasih sayang-Mu agar kami berjaya sampai ke syurga. Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.