|
PERKATAAN HARI INI نَسِيَ
Lupa, tidak ingat 45
kali disebut dalam al-Quran |
|
SINOPSIS
|
|
Mukaddimah
Kita
bersyukur kepada Allah SWT, dapat meneruskan pengajian Baca Faham Amal
al-Quran untuk sama-sama kita menghargai kalam daripada Allah. Sama-sama kita
mengisi masa dengan cara terbaik dengan melihat panduan daripada al-Quran.
Dengan
membaca al Fatihah berulang-kali sudah pastinya kita mendapatkan hasanah
(pahala/kebaikan) daripada Allah SWT yang akan menghapuskan
kesilapan-kesilapan, dosa-dosa kita yang lalu. Dosa lah yang menghalang
rezeki kita, yang menghalang pertolongan daripada Allah.
Kita
doakan dengan membaca al-Quran, Allah lembutkan hati kita, Allah beri bantuan
dan kesembuhan kepada masalah Covid yang sedang kita hadapi sekarang (Hari
ini hari pertama Musim Kedua PKPB di seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang
dan Perlis). Sambil membaca al-Quran kita cari makna di sebalik apa yang
telah Allah sampaikan. Kita kena kembali kepada SOP yang paling tinggi iaitu
al-Quran.
Ayat [5:14]
وَمِنَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّا نَصَـٰرَىٰٓ أَخَذْنَا مِيثَـٰقَهُمْ فَنَسُوا۟ حَظًّۭا مِّمَّا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦ فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ ٱلْعَدَاوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ ٱللَّهُ بِمَا كَانُوا۟ يَصْنَعُونَ
"Dan
di antara orang-orang yang berkata:" Bahawa kami ini orang-orang
Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka
juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka
dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara
mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa
yang telah mereka kerjakan."
Mesej dan Tindakan
Ayat [5:15]
يَـٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَـٰبِ قَدْ جَآءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًۭا مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَيَعْفُوا۟ عَن كَثِيرٍۢ ۚ قَدْ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌۭ وَكِتَـٰبٌۭ مُّبِينٌۭ
"Wahai
Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad,
s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan
hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan
kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan).
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari
Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya."
Mesej dan Tindakan
|
|
Ayat [5:16]
يَهْدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضْوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِهِۦ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ
"Dengan
(Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan
kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan
mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang,
dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang
lurus."
Mesej dan Tindakan
Nota :
Antara adab yang baik dalam membaca Quran, bila sampai ke ayat tentang Nabi Isa
yang dianggap anak tuhan, kita rendahkan suara bacaan.
|
|
Ayat [5:17]
لَّقَدْ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْمَسِيحُ ٱبْنُ مَرْيَمَ ۚ قُلْ فَمَن يَمْلِكُ مِنَ ٱللَّهِ شَيْـًٔا إِنْ أَرَادَ أَن يُهْلِكَ ٱلْمَسِيحَ ٱبْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُۥ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًۭا ۗ وَلِلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ
"Demi
sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah
ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu
tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit
jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan
orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah
jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara
keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Mesej dan Tindakan
|
|
RESOLUSI
Ingat !!
Lega
kerana Allah SWT memberi al-Quran sebagai cahaya yang dapat mengeluarkan saya
daripada kegelapan-kegelapan.
Saya
jelas untuk sentiasa ingat ajaran al-Quran. Saya mesti berpegang kuat kepada
al-Quran supaya dapat cahaya petunjuk. Saya juga mesti berhati-hati agar
terhindar daripada pendapat dan pegangan yang salah.
Ya
Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan Rasul kepada
kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya
Allah, kurniakan kami ilmu dan kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran
agar kami dapat menjadi orang yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya
Allah, jadikan kami orang yang belajar dan mengajar al-Quran serta menjadikan
al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup kami.
Ya
Allah, bimbing kami untuk sentiasa mengingati ajaran al-Quran. Ya Allah,
berikan kami cahaya al-Quran agar kami terhindar daripada kegelapan-kegelapan
yang menyesatkan kami dari jalan yang lurus.
Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami. Pimpinlah kami dengan rahmat dan
kasih sayang-Mu agar kami berjaya sampai ke syurga.
Ya Allah,
janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya
Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka.
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. |