Friday, June 2, 2023

Halaman 111 Al-Ma'idah, 5:18-23

 

PERKATAAN HARI INI             


 عَذَبَ  Azab, sengsara. 

373 kali disebut dalam al-Quran.

 


SINOPSIS  


  1. Doktrin-doktrin Yahudi dan Nasrani dan peranan Nabi Muhammad SAW (5:18-19)
  2. Nabi Musa mengingatkan kaumnya tentang nikmat Allah SWT serta menyeru mereka untuk memasuki tanah suci, dan sikap penolakan mereka (5:20-23)


Mukaddimah

 

Alhamdulillah kita dapat meneruskan pengajian baca faham amal al-Quran. Semoga tetap ceria gembira bersama al-Quran dan terus tekun belajar. Bila Allah mengatakan (2)  ٱلْقُرْءَانَ عَلَّمَ (1) ٱلرَّحْمَـٰنُ   Allah menawarkan untuk mengajar al-Quran kepada kita melalui perantaraan guru-guru yang ada. Tugas kita adalah untuk belajar dan mengajar panduan daripada Allah SWT. Tugas kita sebagai pendakwah adalah untuk mengajak dengan penuh hikmah.

 

Dalam al-Fatihah kita memohon agar tidak menjadi orang yang dimurkai dan yang disesatkan. Yahudi adalah orang yang dimurkai. Mereka ada kitab Taurat tetapi tidak menghargainya. Nasrani menerima kitab Injil tetapi mereka mengubah kitab dan beramal dengan cara yang salah iaitu menyembah Isa yang dikatakan sebagai Tuhan.


 

Ayat [5:18]

 

وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ نَحْنُ أَبْنَـٰٓؤُا۟ ٱللَّهِ وَأَحِبَّـٰٓؤُهُۥ ۚ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم ۖ بَلْ أَنتُم بَشَرٌۭ مِّمَّنْ خَلَقَ ۚ يَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ ۚ وَلِلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۖ وَإِلَيْهِ ٱلْمَصِيرُ

 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali"


Mesej dan Tindakan

  1. Ahli kitab ialah Yahudi dan Nasrani.  Ulamak (pendeta) mereka menyembunyikan kebenaran. Nabi Muhammad SAW datang untuk menjelaskan apa yang mereka sembunyikan daripada kitab.
  2. Pada masa sekarang, jika kita tahu kebenaran, hendaklah kita beritahu dan cuba betulkan yang salah. Jangan sekadar kata tidak mengapalah dan kita tidak berusaha menzahirkan kebenaran. Kita tidak mahu kerosakan yang berlaku kepada orang Nasrani berulang di zaman kita.
  3. Nabi SAW membawa al-Quran sebagai cahaya untuk kehidupan kita seharian.
  4. Kitab al-Quran memberi petunjuk dan keterangan yang jelas untuk kita ikuti.
  5. Hendaklah kita hidupkan makna dan nilai al-Quran dalam diri kita agar Islam kembali kuat seperti zaman Nabi SAW.
  6. SOP kita adalah lillah.

 Ayat [5:16]

 

يَهْدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضْوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِهِۦ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ

 

"Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus."


 Mesej dan Tindakan

  1.  Al-Quran adalah cahaya. Nabi SAW itu umpama Quran yang berjalan.
  2. Allah memberi hidayah dengan al-Quran. Kita akan mendapat jalan kedamaian/keselamatan ( سُبُلَ ٱلسَّلَٰمِ ) bukan jalan permusuhan.
  3. Al-Quran mengeluarkan daripada kegelapan-kegelapan kepada cahaya. Peringatan: Menyimpan Dream catcher adalah satu bentuk khurafat. Ini adalah satu kegelapan.
  4. Al-Quran juga membawa kita ke jalan yang lurus ( صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ).
  5. 'Subulassalam'سُبُلَ ٱلسَّلَٰمِ atau mufradnya sabil, ialah jalan-jalan kecil menuju jalan yang besar. Cara membawa kebahagiaan bagi manusia adalah berbeza-beza. Setiap orang ada peranan masing-masing. Namun, bakat dan tugas perlu dicerahkan dengan al-Quran. Barulah semuanya menuju kepada jalan yang lurus yang selalu kita mohon dalam al-Fatihah.
  6. Bila kita salah faham tentang tujuan hidup, Allah akan bantu kita dengan memberi peringatan demi peringatan.



Nota : Antara adab yang baik dalam membaca Quran, bila sampai ke ayat tentang Nabi Isa yang dianggap anak tuhan, kita rendahkan suara bacaan.

 


Ayat [5:17]

 

لَّقَدْ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْمَسِيحُ ٱبْنُ مَرْيَمَ ۚ قُلْ فَمَن يَمْلِكُ مِنَ ٱللَّهِ شَيْـًٔا إِنْ أَرَادَ أَن يُهْلِكَ ٱلْمَسِيحَ ٱبْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُۥ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًۭا ۗ وَلِلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ

 

"Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

 

Mesej dan Tindakan

  1. Allah menegaskan bahawa kafirlah orang-orang yang mengatakan Isa putera Maryam adalah tuhan.
  2. Dalam al-Quran paling kurang ada tiga perkara kalau silap konsep Allah akan bambu habis-habis iaitu:
    • Kefahaman tentang Tuhan atau Allah.
    • Kefahaman tentang akhirat.
    • Kefahaman tentang tujuan hidup. Kalau kita tidak jelas tentang tujuan hidup sebagai hamba, Allah akan ingatkan berulang kali.
  3. Segala yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah. Allah boleh mencipta apa yang Dia kehendaki.
  4. Allah Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.


RESOLUSI 

 

Ingat !!

  1. Jangan lupakan walau sedikit, ajaran dari kitab [5:14]
  2. Berpegang kepada al-Quran sebagai cahaya yang akan menerangi dan bukan untuk menggelapkan [5:15]
  3. Jangan berpegang pada pendapat dan pegangan yang salah [5:17]

Lega kerana Allah SWT memberi al-Quran sebagai cahaya yang dapat mengeluarkan saya daripada kegelapan-kegelapan.

 

Saya jelas untuk sentiasa ingat ajaran al-Quran. Saya mesti berpegang kuat kepada al-Quran supaya dapat cahaya petunjuk. Saya juga mesti berhati-hati agar terhindar daripada pendapat dan pegangan yang salah.

 

Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan Rasul kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, kurniakan kami ilmu dan kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran agar kami dapat menjadi orang yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya Allah, jadikan kami orang yang belajar dan mengajar al-Quran serta menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup kami.

 

Ya Allah, bimbing kami untuk sentiasa mengingati ajaran al-Quran. Ya Allah, berikan kami cahaya al-Quran agar kami terhindar daripada kegelapan-kegelapan yang menyesatkan kami dari jalan yang lurus.  Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami. Pimpinlah kami dengan rahmat dan kasih sayang-Mu agar kami berjaya sampai ke syurga.

 

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.





Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...