Friday, June 2, 2023

Halaman 112 Al-Ma'idah, 5:24-31

 

PERKATAAN HARI INI                                 

       

دَامَ /   دَوَمَ   Kekal, menetap

9 kali disebut dalam al-Quran







SINOPSIS  

 

  1. Sikap penolakan kaum Nabi Musa dan respons Nabi Musa  [5:24-26]
  2. Kisah Qabil dengan Habil dan jenayah pembunuhan pertama di dunia [5:27-31]









Mukaddimah

 

Kita bersyukur pada hari ini dapat Baca Faham Amal pada Halaman 112. Diharapkan kira mendapat cahaya hidayah daripada al-Quran. Kita yakin bahawa al-Quran ini dapat  membersihkan dan melembutkan hati yang keras dengan kita tilawah (baca berulang-ulang untuk rasa kebesaran Allah), tazkiah (bersihkan hati) dan taklim (Allah mengajar kita peraturan-peraturan).

 


Ayat [5:24]

 

قَالُوا۟ يَـٰمُوسَىٰٓ إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَآ أَبَدًۭا مَّا دَامُوا۟ فِيهَا ۖ فَٱذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَـٰتِلَآ إِنَّا هَـٰهُنَا قَـٰعِدُونَ

 

"Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".


 

Ayat [5:25]

 

قَالَ رَبِّ إِنِّى لَآ أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِى وَأَخِى ۖ فَٱفْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ ٱلْقَوْمِ ٱلْفَـٰسِقِينَ

 

"Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".

 

 

Mesej dan Tindakan Ayat 24-25

  1. Ayat [5:23] menceritakan tentang kaum Nabi Musa yang tidak mahu masuk ke Palestine seperti yang diarahkan kerana ada Jabbarin (orang yang sangat kuat dan kejam). 12 orang naqib (ketua) dihantar untuk melihat tetapi 2 dua orang sahaja iaitu Yushak b Nun dan Khalid bin Yahuna yang mengajak Bani Israel untuk masuk menentang Jabbarin. 10 yang lain lemah semangat, mempengaruhi Bani Israel untuk tidak masuk.
  2. Ayat [5:24], mereka menyuruh Nabi Musa dan pengikutnya sahaja yang masuk. Mereka hanya mahu menunggu. Mereka manja dan degil.
  3. Ibnu Kaldun menyebut bahawa mereka jadi begitu kerana pernah dijajah oleh Firaun lebih kurang 400 tahun lamanya. Bila dijajah, cara berfikir mereka tidak bebas. Bila ada peluang mereka tidak boleh rebut peluang. Bila berjuang mereka cepat mengaku kalah kerana mereka pernah ditekan.
  4. Keadaan ini juga berlaku di negara kita. Generasi awal dahulu pernah dijajah. Jiwa mereka mudah rasa lemah. Itu adalah mindset yang dibina oleh penjajah.
  5. Kita mesti berusaha untuk reset pemikiran berpandukan hidayah al-Quran. Bina iman untuk menjadi orang yang luar biasa.
  6. Kita mesti berjuang bersama-sama bina negara, bukan serahkan perjuangan kepada ustaz dan pemimpin sahaja.


Ayat [5:26]

 

قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةًۭ ۛ يَتِيهُونَ فِى ٱلْأَرْضِ ۚ فَلَا تَأْسَ عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْفَـٰسِقِينَ

 

Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".

 

Mesej dan Tindakan

  1. Kesan daripada kedegilan Bani Israel, Allah mengharamkan mereka masuk ke Palestin selama 40 tahun. Mereka merayau-rayau kebingungan di padang pasir. Selepas Nabi Harun dan Nabi Musa wafat dalam tempoh tersebut, Yushak bin Nun menjadi ketua. Dia melatih generasi muda untuk bersemangat melawan musuh sehingga berjaya mengalahkan jabbarin.
  2. Allah memberitahu Nabi s.a.w. supaya jangan bersedih sangat dengan perangai orang yang fasik tersebut.
  3. Pengajaran:
    • Kalau kita sudah ajak orang ke arah kebaikan, tetapi mereka degil juga, janganlah berdukacita.
    • Dalam keluarga dan organisasi, kita mesti mendidik pelapis untuk meneruskan perjuangan. Nabi Musa ada 12 orang pelapis. Nabi Isa juga ada 12 orang  pelapis. Nabi Muhammad SAW juga ada 12 orang pelapis di Madinah.
    • Walaupun di kuarantin, kita jangan lemah semangat. Reset minda untuk bangunkan semangat berjuang.
    • Pendidikan terbaik bagi kaum lelaki ialah di masjid. Anak lelaki, jika mahu kuat, kena keluar rumah untuk belajar dan berjuang.
    • Kita ada Allah yang akan membantu kita mencapai kemenangan.

 

Ayat [5:27]

 

وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱبْنَىْ ءَادَمَ بِٱلْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًۭا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ ٱلْـَٔاخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ

 

"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;"

 

Mesej dan Tindakan

  1. Allah perintahkan Nabi SAW bacakan kepada orang Yahudi kisah anak Nabi Adam iaitu Habil dan Qabil yang berlaku dengan sebenarnya ( بِٱلْحَقِّ ).  Mereka mempersembahkan korban kerana Allah. Korban Habil diterima, tetapi korban Qabil tidak diterima. Qabil dengki dan memberitahu Habil yang dia mahu membunuh saudaranya itu. Habil menyatakan bahawa Allah menerima korban yang terbaik daripada orang yang bertakwa.
  2. Pengajarannya: Hendaklah kita berkorban untuk Allah SWT dengan memberikan yang terbaik.

Ayat [5:28]

 

لَئِنۢ بَسَطتَ إِلَىَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِى مَآ أَنَا۠ بِبَاسِطٍۢ يَدِىَ إِلَيْكَ لِأَقْتُلَكَ ۖ إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَ رَبَّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

 

"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;

 


Ayat [5:29]

 

إِنِّىٓ أُرِيدُ أَن تَبُوٓأَ بِإِثْمِى وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَـٰبِ ٱلنَّارِ ۚ وَذَٰلِكَ جَزَٰٓؤُا۟ ٱلظَّـٰلِمِينَ

 

"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".

 


Ayat [5:30]


 فَطَوَّعَتْ لَهُۥ نَفْسُهُۥ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُۥ فَأَصْبَحَ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ

 

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

 

Mesej dan Tindakan Ayat 28-30

  1. Qabil provoke Habil dan mahu membunuhnya. Habil berkata yang dia tidak akan menghulurkan tangan untuk membalas dan membunuh Qabil. Dia lebih takut kepada Allah.
  2. Habil mahu Qabil bertaubat kerana tidak mahu Qabil membawa dosa sendiri dan dosa membunuh.
  3. Nafsu jahat Qabil mendorongnya membunuh Habil.
  4. Kisah ini datang selepas cerita kedegilan dan perangai dengki Bani Israel. Qabil bunuh Habil pun kerana den
  5. Qabil tidak menghargai nikmat dan bersifat degil.
  6. Pengajarannya:
    • Janganlah kita jadi seperti Bani Israel dan Qabil yang merugikan diri sendiri kerana ikut nafsu degil dan dengki.
    • Hendaklah kita latih dalam rumah, organisasi dan negara supaya jangan bermanja-manja dengan nikmat.
    • Nikmat datang dengan tanggungjawab dan pengorbanan kepada Allah SWT.

Ayat [5:31]

 

فَبَعَثَ ٱللَّهُ غُرَابًۭا يَبْحَثُ فِى ٱلْأَرْضِ لِيُرِيَهُۥ كَيْفَ يُوَٰرِى سَوْءَةَ أَخِيهِ ۚ قَالَ يَـٰوَيْلَتَىٰٓ أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَـٰذَا ٱلْغُرَابِ فَأُوَٰرِىَ سَوْءَةَ أَخِى ۖ فَأَصْبَحَ مِنَ ٱلنَّـٰدِمِينَ

 

"Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

 

Mesej dan Tindakan

  1. Selepas peristiwa pembunuhan itu, Allah datangkan burung gagak untuk mengajar Qabil cara  menanam Habil. Qabil menyesal kerana membunuh saudaranya sendiri dan menjadilah ia orang yang rugi.  Qabil tidak menghargai nikmat dan bersifat degil.
  2. Pengajarannya:
    • Kita hendaklah gunakan nikmat yang Allah berikan untuk berjuang.
    • Belajar daripada alam.




RESOLUSI 

 

Ingat !!

  1. Elakkan menjadi pengecut dalam kehidupan [5:24]
  2. Bina diri serta jauhkan diri daripada menjadi orang yang fasik dan melakukan dosa-dosa besar [5:26]
  3. Jaga diri daripada perasaan hasad yang akan merosakkan amal dan tidak diterima Allah [5:27] 

Lega kerana Allah SWT mengajar saya untuk menjadi orang yang berani dan bersemangat untuk berjuang.

 

Saya jelas untuk elakkan menjadi pengecut. Saya mesti bina diri serta jauhkan diri daripada menjadi orang yang fasik dan melakukan dosa-dosa besar. Saya juga mesti jaga diri daripada perasaan hasad yang akan merosakkan amal dan tidak diterima Allah.

 

Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan Rasul kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, kurniakan kami ilmu dan kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran agar kami dapat menjadi orang yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya Allah, jadikan kami orang yang belajar dan menyampaikan al-Quran serta menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup kami.

 

Ya Allah, jauhi kami daripada menjadi pengecut dalam kehidupan. Bantu kami membina semangat juang, jauhi kami daripada menjadi orang yang fasik dan melakukan dosa-dosa besar. Ya Allah, jauhi kami daripada perasaan hasad yang akan merosakkan amal kami. Terimalah amal kami ya Allah. Tolong kami untuk membina generasi yang berani berjuang di jalan-Mu, yang kuat semangat, rajin beramal dan tidak dengki-mendengki.

 

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.




Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...