|
PERKATAAN HARI INI
صَفَفَ / صَفَّ Berbaris, menyusun. 14 kali disebut di dalam al-Quran |
|
SINOPSIS
|
|
Mukadimah Alhamdulillah, kita
dapat meneruskan pengajian pada halaman 446 memulakan Surah
al-Saffat. Di hujung Surah Yasin kita sudah
belajar bahawa Allah SWT berkuasa pada setiap perkara. Maha Suci Allah yang
mempunyai kekuasaan. Ayat 37:1 وَٱلصَّـٰٓفَّـٰتِ صَفًّا Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris
dengan berderet-deret Pengajaran
Ayat
37:2 فَٱلزَّٰجِرَٰتِ زَجْرًا (Hamba-hambaKu)
yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya Pengajaran
Ayat
37:3 فَٱلتَّـٰلِيَـٰتِ ذِكْرًا (Hamba-hambaKu)
yang membaca kandungan Kitab Suci; Pengajaran
Ayat
37:4 إِنَّ إِلَـٰهَكُمْ لَوَٰحِدٌ (Sumpah demi
sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu Pengajaran
Ayat
37:5 رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَرَبُّ ٱلْمَشَـٰرِقِ Tuhan (yang
mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara
keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari. Pengajaran
Ayat
37:6 إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنْيَا بِزِينَةٍ ٱلْكَوَاكِبِ Sesungguhnya
Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi)
dengan hiasan bintang-bintang. Pengajaran
Ayat
37:7 وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَـٰنٍ مَّارِدٍ Dan (Kami pelihara
urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap
Syaitan yang derhaka Pengajaran 1. Bintang-bintang
bukan sekadar untuk cantikkan langit, tetapi juga untuk menjaga langit
daripada syaitan yang mencuri maklumat daripada langit-langit seterusnya. 2. Pelajaran: Kita
pakai cantik-cantik bukan sekadar cantik tetapi untuk menutup aurat. Kita
baca al-Quran dengan cantik untuk memberi kesan kepada hati kita. Ayat
37:8 لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلْمَلَإِ ٱلْأَعْلَىٰ وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ (Dengan itu)
mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk
langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, Pengajaran 1. Syaitan tidak
boleh mencuri dengar daripada percakapan malaikat yang agung. 2.
Mereka akan direjam dengan tahi
bintang dari segala arah dan penjuru. Ayat
37:9 دُحُورًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ Untuk mengusir
mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. Pengajaran 1. Untuk mengusir
mereka (syaitan) dan ini adalah azab yang tidak putus-putus. 2.
Ini adalah perkara sam'iyat yang
kita tidak nampak, tetapi mesti kita imani. Ayat
37:10 إِلَّا مَنْ خَطِفَ ٱلْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُۥ شِهَابٌ ثَاقِبٌ Kecuali sesiapa
di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan
(malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang
lagi menembusi. Pengajaran 1. Syaitan-syaitan
yang curi mendengar mana-mana percakapan malaikat, maka ia diburu dan diikuti
dengan rejaman api yang menjulang lagi menembusi. 2. Maklumat yang
dicuri dengar ini disampaikan kepada bomoh. Jangan kita ambil bomoh sebagai
panduan untuk menyelesaikan masalah. Ayat
37:11 فَٱسْتَفْتِهِمْ أَهُمْ
أَشَدُّ
خَلْقًا
أَم
مَّنْ
خَلَقْنَآ
ۚ إِنَّا خَلَقْنَـٰهُم مِّن طِينٍ لَّازِبٍۭ (Setelah nyata
kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang
ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar
hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan?
Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah
dan diciptakan semula). Pengajaran 1.
Setelah Allah SWT tunjukkan
kekuasaannya, maka Nabi SAW disuruh tanya kepada orang musyrik yang tidak
percaya kepada kebangkitan semula: "Adakah diri mereka lebih sukar
hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Allah SWT telah ciptakan?" 2. Allah SWT telah
mencipta mereka dari tanah liat yang senang diubah dan diciptakan semula. Ayat
37:12 بَلْ عَجِبْتَ وَيَسْخَرُونَ (Pertanyaan itu
tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap
keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu). Pengajaran 1. Nabi SAW rasa
pelik terhadap keingkaran orang-orang musyrik yang tidak terkesan dengan
al-Quran malah mereka mengejek-ngejek pula. Ayat
37:13 وَإِذَا ذُكِّرُوا۟ لَا يَذْكُرُونَ Dan apabila
diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu. Pengajaran 1. Apabila
diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu. Ayat
37:14 وَإِذَا رَأَوْا۟ ءَايَةً يَسْتَسْخِرُونَ Dan apabila
mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan
kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, Pengajaran 1. Apabila mereka
melihat sesuatu tanda yang membuktikan kekuasaan Allah SWT dan kebenaran Nabi
SAW, mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya. Ayat
37:15 وَقَالُوٓا۟ إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ Serta mereka
berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata. Pengajaran 1. Serta mereka
berkata al-Quran adalah sihir yang nyata. Ayat
37:16 أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ "Adakah
sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan
hidup semula? Pengajaran 1.
Mereka tidak percaya bahawa manusia
akan dibangkitkan semula di akhirat. 2.
Sebenarnya mudah bagi Allah SWT
untuk membangkitkan semula. Ayat
37:17 أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ "Dan
adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup
semula)?" Pengajaran 1.
Mereka perli bertanyakan adakah
nenek moyang mereka akan dibangkitkan juga. Ayat
37:18 قُلْ نَعَمْ وَأَنتُمْ دَٰخِرُونَ Jawablah (wahai
Muhammad): "Ya, benar! (Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan
hina-dina ". Pengajaran 1. Nabi SAW diajar
supaya menjawab "Ya, benar! Kamu akan dibangkitkan dengan keadaan
hina-dina". 2. Sudah cukup
zikir yang datang daripada Allah SWT. Tidak perlu lagi bergantung kepada
maklumat daripada syaitan yang mencuri dengar. Ayat
37:19 فَإِنَّمَا هِىَ زَجْرَةٌ وَٰحِدَةٌ فَإِذَا هُمْ يَنظُرُونَ (Kebangkitan
ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja,
maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi). Pengajaran 1. Kebangkitan ini
mudah kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan satu pekikan sahaja,
maka dengan serta mereka semuanya bangkit melihat apa yang akan jadi. 2. Siapa yang
tidak ikut Allah SWT sebenarnya sedang berperang dengan para malaikat. Ayat
37:20 وَقَالُوا۟ يَـٰوَيْلَنَا هَـٰذَا يَوْمُ ٱلدِّينِ Dan (pada saat
itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari
balasan!" Pengajaran 1.
Apabila sudah dipekikkan di hari
pembalasan, mereka akan menyesal. Ayat
37:21 هَـٰذَا يَوْمُ ٱلْفَصْلِ ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ (Lalu malaikat
berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi
balasan yang dahulu kamu mendustakannya ". Pengajaran 1. Malaikat akan
berkata bahawa inilah hari pembalasan yang mereka dustakan. 2. Mereka akan dihukum
kerana mendustakan hari pembalasan. Ayat
37:22 ٱحْشُرُوا۟ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ وَأَزْوَٰجَهُمْ وَمَا كَانُوا۟ يَعْبُدُونَ (Allah
berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu,
dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka
sembah Pengajaran 1. Pada hari itu
mereka akan dikumpulkan bersama orang-orang zalim serta benda-benda yang
mereka sembah. 2. Imam Baghawi
berkata bahawa pencuri dikumpul bersama pencuri, perasuah bersama perasuah
dan begitulah seterusnya. 3. Hendaklah kita
berhati-hati, kita banyak luangkan masa dengan siapa? Kalau kita luangkan
banyak masa dengan orang-orang baik, insya Allah kita akan dimamkan oleh ahli
syurga seperti Saidina Abu Bakar RA. Ayat
37:23 مِن دُونِ ٱللَّهِ فَٱهْدُوهُمْ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلْجَحِيمِ "Yang lain
dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka. Pengajaran 1. Mereka akan
dihadapkan ke jalan yang menuju ke neraka. 2. Dalam hidup
ini, kita kena pilih jalan hidup kita sama ada highway yang pergi ke syurga
atau ke neraka. Ayat
37:24 وَقِفُوهُمْ ۖ إِنَّهُم مَّسْـُٔولُونَ "Dan
hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal" Pengajaran 1.
Bila sampai hari pembalasan, mereka
akan tetap menunggu untuk disoal apa yang telah dibuat semasa di dunia. 2.
Semoga kita lepas ketika disoal di
akhirat kelak. RESOLUSI Ingat! 1. Buat persediaan untuk menghadapi hari
kebangkitan (37:11) 2. Elakkan mempermainkan kebesaran Allah SWT (37:14) 3. Jangan bertangguh membuat persediaan ke
akhirat (37:20) Saya berasa lega,
Allah SWT ingatkan untuk jangan bertangguh buat persediaan ke akhirat. Saya jelas
saya mesti buat persediaan untuk menghadapi hari kebangkitan. Saya jelas saya
mesti elakkan mempermainkan kebesaran Allah SWT. Saya jelas untuk tidak bertangguh
membuat persediaan ke akhirat. Ya Allah,
bimbing kami buat persediaan
untuk menghadapi hari kebangkitan. Ya Allah, jauhkan kami daripada mempermainkan
kebesaranMu. Ya Allah, pimpin kami untuk bersegera membuat persediaan ke
akhirat. Ya
Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu;
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan
dosa kami, Ya Allah. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib. |