PERKATAAN HARI INI
ٱلنَّبَإِ = berita
Diulang 160 kali di dalam Al-Quran
SINOPSIS
1. Manusia hairan mendengar kiamat [78: 1-16]
2. Kiamat tetap akan berlaku [78 : 17-30]
3. Syurga untuk orang bertaqwa [78:31-40]
Ayat [78 : 31-40]
إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا ٣١
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
حَدَآئِقَ وَأَعْنَـٰبًۭا ٣٢
(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًۭا ٣٣
Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
وَكَأْسًۭا دِهَاقًۭا ٣٤
Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
لَّا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًۭا وَلَا كِذَّٰبًۭا ٣٥
Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;
جَزَآءًۭ مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابًۭا ٣٦
Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),
رَّبِّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ٱلرَّحْمَـٰنِ ۖ لَا يَمْلِكُونَ مِنْهُ خِطَابًۭا ٣٧
Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);
يَوْمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ صَفًّۭا ۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحْمَـٰنُ وَقَالَ صَوَابًۭا ٣٨
(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
ذَٰلِكَ ٱلْيَوْمُ ٱلْحَقُّ ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا ٣٩
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
إِنَّآ أَنذَرْنَـٰكُمْ عَذَابًۭا قَرِيبًۭا يَوْمَ يَنظُرُ ٱلْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلْكَافِرُ يَـٰلَيْتَنِى كُنتُ تُرَٰبًۢا ٤٠
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
Pengajaran
- Orang bertaqwa adalah manusia yang beriman, takut pada kekuasaan Allah SWT sehingga patuh pada segala perintah dan larangan Allah SWT supaya selamat dari azab neraka dan beroleh nikmat di syurga.
- Balasan di syurga dari Allah SWT kepada orang bertaqwa adalah adil dengan apa dilaksanakan dan bahkan akan ditambah dengan nikmat yang melimpah ruah melebihi dari kepuasan dari apa yang dijanjikan. Begitulah antara tanda sifat Pengasih Allah SWT.
- Balasan azab yang pedih di neraka kepada mereka yang engkar adalah adil kerana setimpal dengan keengkaran manusia tanpa tambahan azab. Sedangkan dari awal Allah SWT telah memberi amaran dan panduan tanda kasihnya pada setiap hambanya.
- Balasan itu dari Allah SWT Tuhan Yang Berkuasa lagi Yang Pengasih , Allah SWT , tuhan yang empunya, pencipta dan pentadbir alam langit dan bumi ini .
- Allah SWT mampu memulakan alam dan kehidupan ini dan Allah SWT juga mampu mengakhirkannya.
- Dosa paling besar manusia dan dosa yang membawa dosa-dosa yang lain adalah tidak percaya kepada hari kiamat dan hari pembalasan.
- Hari akhirat pasti berlaku, pada hari itu semua malaikat dan manusia gerun dan patuh kepada segala perintah Allah SWT.
- Hati manusia mesti gerun akan apa balasan di akhirat atas apa yang dilakukan oleh dirinya semasa di dunia.
- Berusaha kita mendidik jiwa kita sehingga terpasak kukuh gerun akan balasan di hari akhirat supaya tidak menyesal di hari kiamat.
- Nikmat orang bertaqwa dalam syurga adalah tidak disakiti dengan apa-apa sahaja yang menyakitkan termasuk kata-kata yang menyakiti hati.
- Manusia yang berakal waras akan sentiasa bersedia dengan amal soleh untuk kembali kepada Allah SWT dan hari pembalasan.
- Berusaha kita mempelajari dan amalkan Al Quran supaya benar beriman pada Allah SWT, taat pada ajaran Rasullah s.a.w supaya selamat kita dari azab neraka dengan beroleh nikmat syurga, dan tidak menyesal di hari kiamat.
RESOLUSI
Ingat !!
Al Quran satu-satunya sumber panduan kehidupan di dunia dan akhirat mesti dipasakkan kefahaman dalam jiwa manusia sehingga timbul rasa gerun pada kekuasaan Allah SWT dan hari kiamat.
Beriman kepada hari kiamat menyelamatkan manusia dan menutup pintu kerosakan di dunia dan akhirat ( 78:1-16)
Hari kiamat dan hari pembalasan atas segala perbuatan yang dicatat dengan detail tetap akan berlaku dengan amat dahsyat sekali [78 : 17-30]
Balasan syurga itu adalah nikmat melimpah ruah untuk orang yang bertaqwa [78:31-40]
Lega kerana Allah SWT memberi keyakinan bahawa Dia adalah Tuhan Yang Berkuasa lagi Maha Pengasih , Allah SWT , Tuhan yang empunya, pencipta dan pentadbir alam ini . Allah SWT mampu memulakan alam dan kehidupan ini dan Allah SWT juga mampu mengakhirkannya.
Saya jelas untuk tadabbur Al Quran dan tadabbur alam. Muga ia meneguhkan pegangan kepada agama Allah agar selamat dalam hidup di dunia dan selamat dari azab neraka.
Ya Allah, jadikan kami orang dapat memperbanyakkan membaca dan mentadabbur Al Quran. Kurniakan kami hati yang yakin dengan kebesaran dan kehebatan Mu agar kami tidak membuat pergantungan kepada makhluk yang lain. Dan dapat kami kenal Diri Mu dan rasa kehebatan Mu dan kerahmatan Mu dan mencintai Mu.
Ya Allah, bantu kami untuk berpegang teguh kepada agama Mu supaya kami selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Ya Alah, kurniakan kami ilham untuk menggunakan segala nikmat yang Engkau berikan bagi melakukan amal kebaikan. Ya Allah, jauhi kami dari azab neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.
SURAH AN NAAZI"AT 79 : 1-15
PERKATAAN HARI INI
Diulang 20 kali di dalam Al-Quran
SINOPSIS
1. Allah bersumpah dengan malaikat [79:1-5]
2. Keadaan kita pada hari kiamat [79 :6-14]
3. Lintasan peristiwa pada zaman Nabi Musa [79:15-33]
4. Jika kita engkar atau taat [79:16-46]
Mukadimah
Alhamdulillah, hari ini kita akan bersama Surah An Naazi'at, Surah Makiyyah iaitu surah yang memasakkan akidah. Mengandungi 46 ayat. tertib penurunan selepas surah An Naba'.
Paksi akidah adalah faham dan kenal kepada Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , sebagai rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan faham tujuan dan keadaan hari kiamat.
Hari kiamat dimulai dengan kiamat kecil iaitu kematian. Kiamat besar bermula bila sangkala ditiupkan oleh malaikat Izrafil. Proses kematian iaitu kiamat kecil pula melibatkan tugasan yang dilaksanakan oleh para malaikat.
Keyakinan kepada hari kiamat dan malaikat amat penting iaitu dua dari enam rukun iman. Hari kiamat adalah hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah ini bertujuan menyedarkan akan kealpaan kita iaitu manusia dalam menghadapi hari kiamat. Peringatan ini adalah antara tanda kasih sayang Allah SWT supaya manusia tidak menyesal di akhirat nanti.
Ayat [79:1-5]
وَٱلنَّـٰزِعَـٰتِ غَرْقًۭا ١
Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
وَٱلنَّـٰشِطَـٰتِ نَشْطًۭا ٢
- Percaya kepada malaikat adalah satu dari enam rukun iman.
- Allah SWT bersumpah dengan malaikat yang hebat supaya kita faham bahawa yang menciptakan malaikat itu lebih hebat dan layak disembah dan ditaati .
- Jadilah kita orang yang cintakan akhirat berbanding dunia. Ia terbukti dengan usahanya kita berbuat ketaatan.
- Muga roh kita dikeluarkan dari badan dengan cara yang lembut, نَشْطًۭا, mereka malaikat menarik nyawa dengan lembut
- Allah SWT suka makhluknya yang taat dengan berkualiti seperti sifat malaikat iaitu bersegera, pantas سَبْحًۭا, berlomba-lomba buat yang terbaik سَّـٰبِقَـٰتِ سَبْقًۭا dan mentadbir dengan sempurna مُدَبِّرَٰتِ apa yang diperintahkan. Itulah sifat orang beriman, ketaatan yang berkualiti dalam berbuat kebaikan .
يَوْمَ تَرْجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ ٦
Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),
تَتْبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ ٧
Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
قُلُوبٌۭ يَوْمَئِذٍۢ وَاجِفَةٌ ٨
Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
أَبْصَـٰرُهَا خَـٰشِعَةٌۭ ٩
Pemandangannya tunduk gerun.
يَقُولُونَ أَءِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِى ٱلْحَافِرَةِ ١٠
Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?
أَءِذَا كُنَّا عِظَـٰمًۭا نَّخِرَةًۭ ١١
"Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"
قَالُوا۟ تِلْكَ إِذًۭا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌۭ ١٢
Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
فَإِنَّمَا هِىَ زَجْرَةٌۭ وَٰحِدَةٌۭ ١٣
(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -
فَإِذَا هُم بِٱلسَّاهِرَةِ ١٤
Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.
Pengajaran
- Percaya kepada hari akhirat adalah rukun iman.
- Mesej dari Allah SWT bersumpah dalam surah ini adalah penegasan bahawa hari kiamat yang dahsyat itu pasti berlaku sebagaimana yang diterangkan.
- Penerangan Allah SWT berkaitan hari kiamat yang kita baca dalam ayat al Quran sepatutnya menimbulkan rasa gerun dihati yang akan menghasilkan ketaatan.
- Tunduk di dunia bererti khusyuk dalam solat. Tunduk di akhirat tunduk hina kesal kerana engkar di dunia. Muga kita selamat di dunia dan akhirat.
- Allah SWT Amat Berkuasa, dengan satu pekikan sahaja semua manusia akan dihidupkan semula dan dikumpulkan di سَّاهِرَةِ tanah lapang , padang mahsyar yang penuh dengan azab.
- Beriman dengan hari kiamat dengan kegerunan keadaan kiamat dan gerun akan azab balasan mampu memberi kekuatan untuk taat.
RESOLUSI
Ingat !!
- Allah bersumpah dengan malaikat [79:1-5]
Keadaan kita pada hari kiamat [79 :6-14]
Lega kerana Allah SWT memberi keyakinan bahawa Dia adalah adalah tuhan pemilik, pencipta dan pentadbir alam yang maha hebat kekuasaannya . Allah SWT memperkenalkan kehebatannya melalui tugasan malaikat pencabut nyawa dan hari kiamat.
Saya jelas untuk beriman dengan malaikat dan hari kiamat . Saya juga jelas untuk berasa gerun dengan proses kematian dan hari kiamat kerana ia sepatutnya menjadikan saya lebih taat dan bersedia menghadapi kematian dan hari kiamat..
Ya Allah, jadikan kami orang beriman dengan malaikat dan hari kiamat Mu.
Kurniakan kami hati yang yakin dengan kebesaran dan kehebatan Mu agar kami sentiasa gerun dengan azab kematian dan hari kiamat sehingga menghasilkan ketaatan.
Ya Allah, bantu kami untuk berpegang teguh kepada agama Mu supaya kami selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Ya Alah, kurniakan kami ilham untuk menggunakan segala nikmat yang Engkau berikan bagi melakukan amal kebaikan. Ya Allah, jauhi kami dari azab neraka.
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.