Wednesday, December 4, 2024

Ayat Solat-25 : Ar-Ra’d Ayat 22

Tadabbur Ayat Solat


Surah Ar-Ra’d Ayat 22


وَٱلَّذِينَ صَبَرُوا۟ ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّۭا وَعَلَانِيَةًۭ وَيَدْرَءُونَ بِٱلْحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ أُو۟لَـٰٓئِكَ لَهُمْ عُقْبَى ٱلدَّارِ ٢٢


Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -


Sinopsis Surah Ar-Ra'd

  • Surah ke-13,  43 ayat. Turun pada fasa akhir Rasulullah SAW di Mekah.
  • Nama surah "Ra’d" yang bermaksud "guruh," disebut dalam ayat 13. 
  • Dua fungsi dari guruh dalam surah ini:
  • Guruh dapat menjadi sesuatu yang sangat menakutkan bagi manusia, namun di sisi lain ia membawa kebaikan dan tanda turunnya hujan untuk manusia.
  • Suaranya yang menakutkan dari luar, namun di dalamnya ia sedang bertasbih kepada Allah SWT.
  • Dimulakan dengan Allah bersumpah dengan huruf al-Quran ALIF LAM MIM RAA untuk membuktikan keagungan al-Quran dan perjalanan alam dibawah pentadbiran Allah SWT yang Maha Esa (Ayat 1-4)
  • Diakhiri dengan pernyataan, bila ada yang menolak kerasulan Nabi Muhammad, katakan saja kepada mereka: “Cukuplah Allah saja yang menjadi saksi kepada kebenarannya.”


Tema Utama Surah Ar-Ra'd

  • Kekuasaan Allah: Allah memperlihatkan tanda-tanda kebesaran-Nya di alam semesta, seperti gunung, lautan, guruh, dan tumbuh-tumbuhan.
  • Keimanan dan kekufuran: Surah ini menjelaskan perbezaan antara orang-orang yang beriman dan orang yang ingkar. Orang yang beriman memperolehi ganjaran dari Allah, sedangkan orang yang ingkar akan menerima balasan buruk.
  • Keadilan Allah: Allah Maha Adil dalam memberikan balasan dan ganjaran kepada manusia berdasarkan amalan mereka.
  • Surah ini memberikan peringatan kepada manusia tentang kuasa Allah dan mengingatkan mereka untuk sentiasa taat kepada perintah-Nya.


Tadabbur - Surah Ar-Ra'd Ayat 22

  • Ayat ini menekankan 4 daripada 7 sifat-sifat Ulul Albab: sabar, solat, sedekah, membalas kejahatan dengan kebaikan
  • Mereka yang mengamalkan sifat-sifat ini dijanjikan tempat yang baik di akhirat


Tazakkur - Surah Ar-Ra'd Ayat 22

  • Sabar
  • Solat
  • Sedekah
  • Balasan kejahatan dengan kebaikan


Tindakan - Surah Ar-Ra'd Ayat 22

  • Latih diri untuk bersabar ikut perintah Allah, tinggalkan larangan dan sabar dalam menghadapi ujian
  • Istiqamah dalam mendirikan solat dan memperbaiki kualitinya
  • Amalkan sedekah secara sembunyi dan terang-terangan
  • Sentiasa balas kejahatan dengan kebaikan dan maafkan kesalahan orang lain


Hubungkait dengan ayat 19-21

  • Ulul Albab - orang-orang yang menggunakan akal dan hati untuk merenung dan mengambil pengajaran daripada kejadian alam semesta dan wahyu Allah. 16 ayat Ulul Albab dalam al-Quran.
  • Sifat-sifat Ulul Albab:
    • Menunaikan janji kepada Allah dan tidak melanggar perjanjian tersebut.
    • Menghubungkan apa yang diperintahkan Allah SWT agar dihubungkan (silaturrahim, santuni fakir miskin dll)
    • Takut kepada TuhanNya. Merasa diri sentiasa diawasi-Nya. Takut perhitungan amalan buruk di akhirat.
    • Sabar dan menahan diri daripada dosa kerana mengharapkan keredaan Tuhan.
    • Mendirikan solat.
    • Menafkahkan sebahagian rezeki yang Allah kurniakan secara sembunyi atau terang-terangan.
    • Menolak kejahatan dengan kebaikan.


Hubungkait dengan ayat 23-24

Ganjaran kepada Ulul Albab - Dikumpulkan bersama ahli keluarga yang soleh dalam syurga ‘Adn dan mendapat ucapan salam daripada malaikat.


Tindakan

  • Berusaha untuk membina sifat-sifat Ulul Albab
  • Pastikan setiap anggota keluarga diajak kepada jalan kebenaran agar masuk syurga bersama.
  • Teruslah berusaha dengan penuh keikhlasan dan sabar agar akhirnya kita memperoleh kedamaian di syurga.


Kesimpulan

  • Ayat 22 Surah Ar-Ra'd mengajarkan 4 ciri-ciri Ulul Albab iaitu sabar, solat, sedekah, dan memaafkan
  • Gunakan akal untuk memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah.
  • Ambil pengajaran dari wahyu, penciptaan alam, dan kisah-kisah umat terdahulu.
  • Tingkatkan ilmu dan ketakwaan.
  • Bina sifat-sifat Ulul Albab untuk mencapai reda Allah agar dikurniakan kebaikan di dunia dan syurga ‘Adn di akhirat. 


Wallahua'lam



Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...