Wednesday, December 4, 2024

Ayat Solat-26 : Surah Ibrahim Ayat 31, 37 dan 40

Tadabbur Ayat Solat

Surah Ibrahim Ayat 31, 37 dan 40 (Halaman 259 dan 260)


Sinopsis Surah Ibrahim

  • Tema: Manisnya iman, getirnya kekafiran
  • Makiyyah – Fasa 3: tekanan fizikal dan boikot pada tahap maksimum. Quraisy mahu menghentikan misi dakwah dan keluarkan Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya dari Mekah (kha-ra-ja)
  • Meningatkan keagungan al-Quran sebagai petunjuk yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (kesyukuran) pada jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
  • Kisah-kisah perjuangan nabi terdahulu – Nabi Musa, Nuh, Kaum ‘Aad, Thamud
  • Memberi amaran kepada mereka yang ingkar dan berita gembira kepada orang-orang beriman.
  • Doa Nabi Ibrahim a.s yang mahu meninggalkan legasi iman dan solat.
  • Motivasi kepada Nabi SAW untuk terus berdakwah supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.


Keistimewaan Surah Ibrahim

Gambaran akibat kekufuran dan peranan syaitan dalam menyesatkan manusia 

“..kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).” (14:2)

“… Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” (14:22)

Menanamkan keteguhan iman dan tauhid kepada Allah SWT untuk menghadapi ujian hidup

"Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang - mengikut dakwaan kamu - kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya". (14:9)

“..kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.” (14:24)


Ibrahim, 14:31


قُل لِّعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُنفِقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرًّا وَعَلَانِيَةً مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِىَ يَوۡمٌ لَّا بَيۡعٌ فِيهِ وَلَا خِلَٰلٌ


Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).


Tadabbur Ibrahim, 14:31

  • Perintah kepada hamba Allah yang beriman hendaklah sentiasa mendirikan solat dan infak dari apa yang Allah kurniakan
  • Infak secara rahsia atau terbuka
  • Ikutlah perintah ini sebelum datang hari kiamat
  • Hari kiamat tidak ada jual beli dan tidak ada sahabat handai yang dapat memberi pertolongan


Ibrahim, 14:37


رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةً مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهۡوِىٓ إِلَيۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.


Tadabbur Ibrahim 14:37


1. Mengadu kepada Tuhan: keadaan tempat baginda tinggalkan zuriat keturunanya

  • Lembah yang tidak ada tanaman
  • Di sisi rumah Allah yang diharamkan mencerobohnya supaya mereka mendirikan solat  

2. Doa mohon 

  • hati (fuad) sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka 
  • kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman
  • semoga mereka bersyukur


Ibrahim, 14:40

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”


Tadabbur 14:40


Nabi Ibrahim a.s. mohon doa supaya Allah jadikan baginda dan zuriatnya orang yang mendirikan solat


Tazakkur 14:40

  • Keindahan iman terletak pada kepatuhan dan kesediaan untuk berkorban di jalan Allah. 
  • Kekafiran hanya membawa kepada kerugian yang nyata apabila manusia kelak tidak memiliki lagi hubungan dan bantuan di hari kiamat
  • Istiqamah mendirikan solat
  • Infakkan harta dengan ikhlas, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan. 
  • Kekuatan iman membawa kemanisan dalam hidup, biarpun sukar. 
  • Manusia yang bersyukur atas setiap nikmat Allah akan menerima lebih banyak kurniaan. 
  • Kekafiran membawa kepada kehancuran, kerana tiada rasa syukur dalam jiwa.
  • Mengajar anak-anak dan generasi muda mendirikan solat.
  • Bersyukur atas nikmat yang diterima. 
  • Berusaha menjadikan rumah sebagai tempat tarbiyah dan melahirkan generasi yang kuat iman dan ketaqwaannya kepada Allah
  • Mendoakan diri dan keturunan agar istiqamah dalam ibadah. 
  • Keimanan yang diwariskan kepada anak cucu adalah aset yang lebih berharga daripada harta dunia.
  • Kekafiran hanya memutuskan rahmat dan bantuan Allah untuk generasi seterusnya.
  • Jadikan doa ini sebagai amalan dalam kehidupan seharian dan mengajarkannya kepada ahli keluarga. 
  • Sentiasa mendoakan agar keturunan kita dikurniakan keimanan yang teguh dan menjadi hamba yang taat kepada Allah.


Semoga kita jadi hamba yang bersyukur

قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ    “sangat sedikit kalian bersyukur.”

Surah Al-Mu’minun (23:78)

Surah As-Sajdah (32:9)

Surah Al-Mulk (67:23)

Surah Al-Insan (76:3)

 

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ    “dan sedikit dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”  

Surah Saba’ (34:13)


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمْۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". Ibrahim 14:7


Kesimpulan

  • Manisnya Iman – Ketaatan, syukur, dan doa untuk generasi akan datang.
  • Getirnya Kekafiran – Kekosongan hati dan hilangnya keberkatan serta pertolongan Allah.
  • Keseluruhan surah menekankan pentingnya iman yang teguh untuk menghadapi cabaran hidup dengan yakin kepada pertolongan Allah SWT.
  • Motivasi untuk terus 
  • Menguatkan hubungan dengan Allah melalui solat dan doa.
  • Kuatkan hubungan dengan manusia dengan infak harta, masa, ilmu, berdakwah sebagai tanda kita bersyukur


Rujukan

  1. Kompas 114 Surah, Syaari Ab Rahman
  2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
  3. Tafsir Al-Munir
  4. Nota My #QuranTime


Wallahua'lam

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...