Sunday, March 16, 2025

Halaman 597 : At Tin 95 : 1-8 & Al Alaq' 96 : 1-19

 

Surah At Tin


PERKATAAN HARI INI 

 رَدَّ  =  kembali, menolak, menjawab

Diulang  59 kali sahaja di dalam Al-Quran


SINOPSIS   

1.    Sumpah terhadap tiga tempat suci  [1-3]

2.    Penciptaan manusia dan tempat pengembalian orang yang ingkar [4-5]

3.    Balasan setiap amal manusia dan balasan Allah SWT [6-8]


Mukadimah


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah At Tin , surah ke sembilan puluh lima dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Allah SWT berhak bersumpah dengan apa sahaja ciptaannya. Bagi kita orang Islam tiada yang lebih mulia dan berkuasa melainkan Allah SWT untuk kita bersumpah dengannya. Maka muslim hanya boleh bersumpah dengan nama-nama Allah. Selain nama Allah sumpahan muslim adalah haram dan pastinya berdosa. Kita telah temui Allah bersumpah dengan berbagai ciptaannya sebelum ini.

Dalam surah At Tin Allah  bersumpah dengan ciptaannya  buah tin , buah zaiton , Gunung Thur dan kota Mekah untuk kita beri perhatian kepada apa yang Allah bersumpah dengannya. 

Muga Allah SWT terima  iman yang bertambah dalam dari kefahaman tersebut sehingga  menghasilkan amal kebaikan yang kita lakukan bagi bekalan hari kematian yang semakin hampir dan hari saksi dan persaksian , iaitu hari pembalasan kelak.


Ayat [ 95 :1-8 ]


وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ ١ 

Demi buah Tiin dan Zaitun, 

وَطُورِ سِينِينَ ٢ 

Dan Gunung Tursina,

وَهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ ٱلْأَمِينِ ٣

Serta negeri (Makkah) yang aman ini,

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍۢ ٤ 

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

ثُمَّ رَدَدْنَـٰهُ أَسْفَلَ سَـٰفِلِينَ ٥

Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۢ ٦

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِٱلدِّينِ ٧ 

(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَحْكَمِ ٱلْحَـٰكِمِينَ ٨

Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?


Pengajaran

  1. Dua sumpahan pertama Allah SWT dalam surah ini adalah kepada buah tin dan zaitun . Ahli tafsir juga ada menyatakan ia merujuk kepada tempat .  Buah tin dan buah zaitun merujuk kepada Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dimana Nabi Isa a.s diutuskan.
  2. Allah sambung sumpahannya dengan Gunung Thursina di mana Allah SWT berbicata dengan Nabi Musa a.s dan kota Mekah di mana Nabi Muhammad s.a.w diutuskan.
  3. Dua jenis buahan dan tiga tempat untuk kita beri perhatian seterusnya bagi mengambil pelajaran dari surah ini.
  4. Tiga tempat tersebut adalah tempat di mana Allah SWT turunkan wahyunya kepada nabi-nabinya yang berkaitan. Maka kita perlu mengambil perhatian kepada wahyu yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ada pada kita iaitu al Quran . 
  5. Al Quran , kalam Allah SWT untuk kita baca, faham, amal, hafal dan sebarkan seperti yang dicontohkan oleh para ambiya' tersebut berkaitan menegakkan ajaran Islam yang Allah SWT rakamkan kisah mereka dalam al Quran. Jom kita laksanakan tanggungjawab kita kepada al Quran !
  6. Kota Mekah adalah satu kota yang istimewa yang Allah SWT janjikan keamanan padanya. Allah juga menetapkan peraturan tertentu bagi sesiapa yang hendak masuk dan berada di dalamnya. Allah SWT janjikan pada setiap amalan di Mekah akan digandakan balasannya sebanyak seratus ribu kali begitu juga dengan maksiat dan keingkaran dengan gandaan yang  sama. Kaabah rumah Allah  yang terletak di Masjidil Haram di Mekah . Ia juga kiblat umat Islam. Masjidil Haram adalah satu-satunya masjid di dunia yang tidak pernah sunyi walau sesaat dari manusia beribadah di dalamnya kepada Allah SWT seperti solat ,tawaf sunat dan umrah . Kota Mekah , kota suci yang sentiasa dirindui oleh muslim seluruh dunia. 
  7. Berusahalah mengunjunginya dan mempelajari lebih banyak kelebihan yang ada di kota Mekah yang penuh keberkatan ini.
  8. Allah SWT menyatakan bahawa Dia menciptakan manusia mengikut kehendaknya dan menciptakannya dengan sebaik-baik fizikalnya individu. Maka jangan sekali kita memperlekehkan tubuh badan kita apatah lagi tubuh badan orang lain samada muslim atau yang bukan muslim kerana ia hak Allah yang kita tidak layak memperlekehkan atau mempertikaikan. Ia satu dosa jika kita melakukannya.
  9. Allah SWT juga menjadikan manusia itu mengikut fitrahnya iaitu suka kepada keimanan dan keamanan , iaitu suka kepada mengesakan tuhannya dan suka segala jenis kebaikan. Muhasabah diri! Adakah kita mengikut fitrah kejadian kita seperti panduan kehidupan yang Allah SWT gariskan dalam al Quran?
  10. Segala ciptaan Allah SWT itu mengikut fitrahnya . Ada kitarannya. Ada awal dan ada akhirnya.  Manafaatkan sebaiknya lima perkara sebelum lima perkara iaitu, hidup sebelum mati, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk bagi membuat sebanyak mungkin dan sebaik mungkin persediaan menghadapi kematian dan kehidupan selepas kematian.
  11. Allah SWT yang maha penyayang menjanjikan pahala yang berterusan bagi mereka yang istiqomah beribadah semasa sehat, kuat dan lapang serta bercukupan dikala dikembalikan رَدَّ kepada keadaan serendah rendahnya seperti sakit,lemah,sibuk atau miskin.
  12. Segera kita baiki kualiti kehidupan kita di sisi Allah SWT dengan kembali kepada fitrah ketaatan. Allah SWT memberikan ganjaran pahala غَيْرُ مَمْنُونٍۢ  yang tidak putus-putus dan syurga bagi manusia yang sentiasa dalam fitrah keimanan dan ketaatan.
  13. Sebaliknya bila kita engkar, Allah SWT akan berikan fitrah orang yang engkar  iaitu dengan menerima dosa dan balasan neraka. Waiyyazubillah.


RESOLUSI 

Ingat !!

1. Gunakan manafaat buah-buahan untuk jaga kesihatan (1)

2. Hargai nikmat usia muda dan kesihatan dengan memberi manafaat (4)

3. Konsistan buat amal kebaikan yang diterima Allah SWT (6)


Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera kembali kepada fitrah penciptaannya dan mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan mengasihani hambanya hatta tatkala hambanya kembali kepada fitrah tua dan lemah .

Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kelemahan dan keterbatasan saya . Allah SWT yang maha pengasih  tetap menganjari saya dengan pahala mengikut amalan saya sebelum ini semasa saya masih sihat dan kuat.

Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran semasa masih sehat , kuat ,kaya dan lapang ini. Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

Ya Allah, jadikan kami orang beriman  dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surah Al Alaq'

PERKATAAN HARI INI 

غَنِيَ   =  kaya, cukup

Diulang  73 kali sahaja di dalam Al-Quran


SINOPSIS  

  1. Hikmah penciptaan manusia serta diajarkan manusia membaca dan menulis [1-8]
  2. Ancaman bagi mereka yang melampui batas dan tugas malaikat Zabaniyah [9-19]
  

Mukadimah


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah Al Alaq' surah ke sembilan puluh enam dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Surah Al Alaq' , bermakna segumpal darah. Surah ini sangat istimewa kerana lima ayat pertama surah ini adalah ayat-ayat pertama yang Allah SWT wahyukan kepada kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. Surah ini meletakan kerangka fikir yang betul dan motivasi dalam menguruskan masalah kehidupan dan penerusan kehidupan. 

Mesej dari ayat-ayat ini menguatkan jati diri hambanya  dalam menghadapi kehidupan dan cabarannya dengan memberi penekanan menuntut ilmu kerana Allah SWT yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Proses dari segumpal darah sehingga menjadi manusia untuk  sepatutnya menjadi fikiran dan kajian manusia bagi meningkatkan keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT . Fakta itu dikhabarkan hampir seribu lima ratus dahulu di zaman kegelapan manusia seluruh dunia untuk menjadi renungan manusia sepanjang zaman supaya kembali mengesakan Allah SWT dan mengamalkan panduan dalam al Quran, kitab wahyu Allah SWT .

Muga Allah SWT terima  iman dan amal dalam kehidupan yang dilakukan bagi bekalan hari kematian dan hari saksi dan persaksian , iaitu hari pembalasan .




Ayat [ 96 :1-19]

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ١ 
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ٢ 
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ٣
 Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,

ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ٤ 
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,

عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ٥
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَيَطْغَىٰٓ ٦
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
 
أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ ٧
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجْعَىٰٓ ٨ 
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ ٩ 
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -

عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ ١٠ 
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ ١١ 
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ ١٢ 
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

أَرَءَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ ١٣
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ ١٤ 
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ ١٥ 
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

نَاصِيَةٍۢ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ ١٦ 
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

فَلْيَدْعُ نَادِيَهُۥ ١٧ 
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),


سَنَدْعُ ٱلزَّبَانِيَةَ ١٨ 
 Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب ۩ ١٩
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
 


Pengajaran

  1. Allah SWT menegaskan kepentingan manusia untuk menuntut ilmu dan peranan seorang guru dalam penerusan dan pencapaian matlamat menuntut ilmu. Pelajari juga peranan dan akhlak seorang yang menuntut ilmu.
  2. Ilmu itu seharusnya membawa kepada iman dan ketaatan kepada yang maha pencipta dan maha berkuasa iaitu Allah SWT. 
  3. Ilmu membawa manusia mengenal diri bahawa manusia itu hamba Allah dan Allah SWT itu tuhan yang menciptakan ,yang empunya dan mentadbir seisi alam termasuk manusia.
  4. Ilmu itu bermula dengan mendengar dan bertindak balas atas apa yang didengar. Bagaimana kita dengan bacaan al Quran yang kita dengar samada yang kita baca sendiri atau bacaan orang lain? Adakah ia menjadi ilmu yang didengar, difahami, diamal, dihafal dan diamal? Atau ia sekadar alunan yang menenangkan jiwa tanpa ada kefahaman dan amal dari kita ? Maka usahakan supaya apa yang kita dengar dan baca dari al Quran menjadi ilmu yang difahami , diamal dan diajarkan.
  5. Pelihara iman dan suburkan hidayah dengan menambah ilmu agama berlandas al Quran dan sunnah. 
  6. Allah SWT menggalakkan pembelajaran menggunakan pena sebagai lambang proses mencatat ilmu . Catatan itu pastinya dari ilmu asas hingga sehingga menjadi buku mengikut perkembangan sesuatu ilmu. Catatan ilmu ini dari minda ke buku dan berbagai lagi kaedah merekodkan ilmu dari dulu hingga kini zaman moden dan zaman akan datang.  
  7. Allah SWT mengajarkan ilmu kepada manusia untuk keperluan kehidupan mereka, dari asas kehidupan sehingga ilmu tahap tinggi. Gunakan ilmu sebaiknya dijalan yang Allah SWT redhai.
  8. Allah SWT memuliakan hambanya yang berilmu walaupun sebenarnya ilmu itu darinya. Allah boleh memberi ilmu dan mengambilnya semula.  Elak diri dari sombong dengan ilmu dan kefahaman yang kita ada kerana semua itu dari Allah SWT. 
  9. Al Quran adalah satu kitab catatan wahyu Allah SWT yang Allah SWT pelihara sehingga kiamat.
  10. Al Quran Allah SWT turunkan sebagai panduan kepada ar Rasul s.a.w dalam menghadapi musyrik Mekah dan kehidupan bernegara di Madinah. Ia juga menjadi panduan umat Nabi Muhammad s.a.w sehingga hari kiamat kerana ia mengandungi panduan kehidupan manusia sepanjang zaman dan merentas budaya dan geografi.
  11. Manusia adalah makhluk berakal yang suka melawan. Adalah tidak bijak melawan perintah Allah SWT yang menciptakan , yang empunya dan mentadbir seisi alam termasuk manusia.
  12. Manusia yang melampaui batas adalah mereka yang merasa dirinya cukup dan kufur nikmat. Merasa diri cukup itu membuka pintu sifat syaitan dalam diri kepada sifat ujub , diri lebih baik dari orang lain dan kesombongan. Jauhi sifat yang dikeji Allah SWT ini supaya kita selamat dari api neraka. Segalanya yang ada pada diri kita seperti kesempurnaan tubuh badan , kekuatan akal fikiran dan kekayaan adalah semuanya dengan izin Allah SWT, sebagai cobaan. Berhati-hati.
  13. Memberi soalan pada diri dan orang lain dan dijawab dengan panduan Al Quran akan menghampiri diri pada Allah SWT.
  14. Hanya kepada Allah SWT tempat kita mengadu rasa dan memohon apa yang kita mahu dan apa yang kita suka. Tiada yang sukar untuk ditunaikan oleh Allah SWT  yang maha kuasa dan maha kaya lagi maha mengasihi.


RESOLUSI 

Ingat !!

1.    Dapatkan ilmu dari ucapan, pembacaan dan penulisan (3-4).

2.    Bertanggungjawab mencari harta yang halal dan gunakan sebaiknya (6-8).

3.    Hormati orang yang melakukan solat dan yang menyebarkan kebaikan (9-12).


Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera menuntut ilmu kerana Allah dan dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

Lega saya bahawa Allah SWT yang maha berkuasa dan berilmu tidak meninggalkan dan membenci hambanya . 

Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala dosa dan kesilapan saya.

Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. 

Saya jelas hanya Allah yang berhak sombong dengan segala ketinggian sifat-sifatnya. Saya perlu merendah diri pada sesama manusia , apatah lagi pada Allah SWT.

Hasil usaha dan seruan saya dan apa yang ada pada saya adalah milik Allah SWT.

Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

Ya Allah, jadikan kami orang beriman  dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan ilmu Mu dan  akhlak al Quran.

Ya Allah , rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

Ya Allah , jadikan kami hamba Mu yang mendapat petunjuk dan memberi petunjuk.

Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami di dunia dan selamat kami di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga firdaus mu.

Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.

Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...