Monday, April 14, 2025

Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

 

Surah Al Qard


PERKATAAN HARI INI 

 سَلِمَ =  selamat, sejahtera

Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran


SINOPSIS   

1.   Permulaan penurunan al Quran dan keutamaan  Lailtul Qard [1-3]

2.    Turunnya para malaikat dan ditetapkanya semua kebaikan  pada malam al Qard [4-5]


Mukadimah


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah Al Qard , surah ke sembilan puluh tujuh dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Allah SWT mahu kita memahami  berkaitan malam al Qard dengan ketentuan , kesempitan dan kemuliaan .

Malam al Qard menjadi mulia dengan penurunan Al Quran padanya. Lailatul Qard. Manusia itu mejadi mulia dengan penurunan al Quran kepadanya iaitu ar Rasul s.a.w. Berusaha kita menghidupkan al Quran dalam diri. Muga kita juga digolongkan dalam kalangan hamba Allah yang mulia di sisi Allah SWT asbab berusaha menjadi sahabat al Quran.

Muga Allah SWT terima  iman yang terhasil dari ilmu yang kita amalkan. Muga amal persiapan ini yang dilakukan bagi bekalan hari kematian dan hari saksi dan persaksian , iaitu hari pembalasan diterima Allah SWT.


Ayat [ 97 :1-5 ]


إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ ١ 

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ٢ 

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌۭ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ ٣

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍۢ ٤ 

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ٥

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!


Pengajaran

  1. Ayat al Quran adalah kalam Allah SWT yang mulia.
  2. Pertanyaan Allah SWT dalam ayat-ayatnya adalah permulaan satu pembelajaran yang besar.
  3. Surah al Qard boleh dibaca bila bila masa. Yang penting ia memberi kesan dan tindakan penambahbaikan berterusan.
  4. Adakah kita telah memperolehi al Qard sebelum ini?
  5. Malam Allah jadikan sebagai masa untuk untuk membersihkan hati, suasananya lebih nyaman dan damai menjurus kepada proses pembersihan hati. Pastinya kesannya lebih berbanding siang hari yang hiruk pikuk.
  6. Manusia yang beriman dengan  Allah SWT yang menyatakan malam al Qard itu sempit, mulia dan ketentuan, 
  7. Malam al Qard itu sempit kerana terlalu banyak malaikat yang turun ke bumi , maka mereka yang beriman akan melakukan amalan yang bersesuaian dengannya seperti yang ditunjukkan ar Rasul s.a.w
  8. Malam al Qard itu  mulia kerana malam ini sejarahnya al Quran diturunkan ke langit bumi.  Malam al Qard ini  mulia kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran 1000 bulan (83 tahun) bagi setiap amalan hambanya. Mereka yang bijak akan memanafaatkan tawaran ini sebaiknya kerana rata-rata umur umat Nabi Muhammad s.a.w enam puluh ke tujuh tahun sahaja.
  9. Malam al Qard itu  malaikat jibrail dan malaikat yang lain akan turun membawa ketentuan Allah SWT kepada setiap hambanya bagi setahun mendatang. Pastinya hamba Allah SWT ingin dicintai Allah SWT akan melakukan ibadah dan berdoa muga beroleh keampunan dan beroleh ketentuan yang terbaik bagi setahun mendatang di dunia dan kesannya di kehidupan akhirat kelak.
  10. Mukmin beriman sangat mengharapkan memperoleh kebaikan dari tiga keistimewaan malam al Qard. yang beriman dan bertaqwa pastinya akan melalukan ibadah sebaik mungkin  dan berdoa dan mohon keampunan atas segala dosa. 
  11. Namun tiada siapa tahu dengan pasti bila berlakunya malam al Qard. 
  12. Tindakan mukmin yang bijak adalah dengan melakukan yang terbaik setiap malam sepuluh yang akhir dalam setiap bulan Ramadhan . InsyaAllah salah satu malam yang kita lalui dengan penuh ketekunan beribadah bagi mendapat ganjaran terbaik,  beroleh keampunan Allah SWT dan  ketentuan yang baik di malam al Qard. 
  13. Manusia itu mulia bila mengamalkan ilmu dari al Quran . Ilmu yang membezakan mana yang salah dan mana yang benar di sisi Allah SWT. Allah SWT tuhan yang menciptakan manusia dan alam ini. Allah SWT tidak menciptakan manusia tanpa panduan kehidupan. Tugas kita adalah mengikuti panduan tersebut.
  14. Teruskan berdoa amalan kita di bulan Ramadan kita yang lalu diterima dan kita usahakan bersedia untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang dengan menjadi sahabat al Quran.
  15. Kita hamba Allah. Kita berusaha dan Allah SWT yang menentukan hasilnya. Muga kita istiqomah menjadi sahabat al Quran dan dapat bertemu lagi dengan  malam al Qard .

    RESOLUSI 

    Ingat !!

    1. Ketahui dan fahami sejarah penerunan al Quran agar bertambah kecintaan kepadanya (1)

    2. Kejar kemuliaan Lailatul Qard dan teruskan membaca al Quran selepas Ramadan (3)

    3. Fokus beribadah dan sentiasa tingkatkan kualitinya (4-5)


    Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

    Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan mengasihani hambanya dan memberi panduannya iaitu al Quran.

    Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

    Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

    Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

    Ya Allah, jadikan kami orang beriman  dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

    Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

    Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

    Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

    Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

    Ya Allah,  terimalah amalan kami dibulan Ramdahan yang lalu dan sampaikan kami ke bulan Ramadan yang akan datang, kurniakan kami lagi Lailatul Qard mu dengan segala kemuliaannya.

    Kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

    Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.


    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Surah Al Bayyinah

    PERKATAAN HARI INI 

     فَكَّ  =  melepaskan , meninggalkan

    Diulang 2 kali sahaja di dalam Al-Quran


    SINOPSIS   

    1.   Keadaan orang kafir dikalangan ahli kitab dan orang musyrik [1-5]

    2.    Ancaman bagi orang kafir dan janji bagi orang beriman [6-8]


    Mukadimah


    Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

    Surah Al Bayyinah , surah ke sembilan puluh lapan dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

    Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

    Allah SWT menerangkan peranan al Qura dan fungsinya membina manusia dan masyarakat.

    Allah SWT menasihatkan supaya manusia berusaha menjadi sebaik-baik manusia dengan mengikuti sebaik-baik peringatan iaitu peringatan-peringatan ke jalan kebenaran melalui al Quran yang diturunkan dalam malam al Qard. Al Quran mengandungi sesuatu tertulis sebagai peraturan, hukum hakam . Hanya kurang dari enam ratus sahaja ayat-ayat peraturan . Lima ribu lebih ayatnya adalah ayat-ayat yang mengandungi nilai untuk memperindahkan dan memberi erti pada kehidupan manusia.

    Muga Allah SWT terima  iman yang terhasil dari ilmu yang menjadi amal persiapan yang dilakukan dengan sedar bagi bekalan hari kematian dan hari saksi dan persaksian , iaitu hari pembalasan .


    Ayat [ 98 :1-8 ]


    لَمْ يَكُنِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَـٰبِ وَٱلْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ ٱلْبَيِّنَةُ ١ 

    Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata,

    رَسُولٌۭ مِّنَ ٱللَّهِ يَتْلُوا۟ صُحُفًۭا مُّطَهَّرَةًۭ ٢ 

    Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,

    فِيهَا كُتُبٌۭ قَيِّمَةٌۭ ٣

    Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.

    وَمَا تَفَرَّقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْهُمُ ٱلْبَيِّنَةُ ٤ 

    Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.

    وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلْقَيِّمَةِ ٥ 

    Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

    إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَـٰبِ وَٱلْمُشْرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمْ شَرُّ ٱلْبَرِيَّةِ ٦

    Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.

    إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمْ خَيْرُ ٱلْبَرِيَّةِ ٧ 

    Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

    جَزَآؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّـٰتُ عَدْنٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًۭا ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُۥ ٨

    Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.



    Pengajaran

    1. Baiyinah  itu bukti yang benar iaitu al Quran dan  ar Rasul s.a.w yang menyampaikan ajaran al Quran dan melalui sunah-sunah baginda s.a.w.
    2. Berusaha kita tingkatkan kebaikan dengan mengambil panduan yang benar iaitu panduan dalam al Quran.
    3. Al Quran, peringatan yang benar ini memberi panduan membezakan yang baik dan buruk.
    4. Ilmu akan tinggal ilmu selagi mana ia tidak diamalkan. Berusaha kita mengamalkan ilmu panduan yang benar dari al Quran dan sunnah dalam kehidupan seharian kita.
    5. Berusaha kita memilih jalan hidupnya kejalan sebaik-baik makhluk dengan mengikut panduan al Quran dan ar Rasul s.a.w.  
    6. Dan berusaha kita menjauhi yang sebaliknya . Waiyyazubillah.
    7. Berusaha kita mengurus ego diri bagi mengelakkan kemurkaan Allah SWT dan perpecahan dalam masyarakat.
    8. Sentiasa kita sedar bahawa kita hamba Allah SWT, yang lebih rendah dari orang lain dalam ilmu, harta, kedudukan dan kuasa kerana segala yang saya ada adalah dari Allah dan hak Allah SWT.
    9. Berusaha kita membaikkan hati supaya ikhlas dan sentiasa mencari redha Allah dan berakhlak mulia disisi Allah SWT mengikut panduan al Quran dan ajaran ar Rasul s.a.w.
    10. Berusaha kita menjadi sebaik-baik hamba Allah SWT dengan beriman dan beramal soleh

      RESOLUSI 

      Ingat !!

      1. Tidak berpecah belah dan sentiasa berpegang teguh dengan sunnah Rasullah s.a.w (4)

      2. Pasakkan tauhid dalam diri dan jauhi syirik (5)

      3. Raih rahmat Allah SWT dengan rasa takut dan keredaan-Nya (8)


      Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

      Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan mengasihani hambanya

      Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.

      Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

      Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

      Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

      Ya Allah, jadikan kami orang beriman  dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

      Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

      Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

      Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

      Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

      Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat. 

      Jadikan kami مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ ,  sebaik-baik hamba Mu yang sentiasa beriman , membersihkan hati dan diri , ikhlas dalam beramal soleh dan sentiasa memperoleh redha Mu .

      Layakkan kami beroleh syurga Addenin seperti yang Engkau janjikan.

      Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.

      Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

        Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...