Thursday, May 4, 2023

Halaman 80 : Al-Nisa', 4:15-19


PERKATAAN HARI INI      

    فَحَشَ  Kehinaan dan kecelaan

24 kali disebut di dalam al-Quran


SINOPSIS   

1. Hukuman perbuatan keji (zina) di awal permulaan Islam [4:15-16]

2. Bentuk dan waktu sebuah taubat itu diterima [4:17-18]

3. Larangan mewarisi wanita secara paksa dan berbuat baik dengan isteri [4:19]


Mukadimah

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia daripada Allah SWT, kita diberikan pertolongan sebagaimana kita memohon di dalam surah al-Fatihah untuk dibantu dan dipimpin dalam jalan hidayah. 

Hari ini kita berada di halaman 80 untuk sama-sama membincangkan daripada surah al-Nisa' tentang cabaran sosial yang mungkin ada berlaku di kalangan masyarakat dan kita mahu melihat panduan-panduannya. Surah ini adalah Surah Madaniyah, diturunkan selepas penghijrahan baginda SAW. Surah Madaniyah banyak mengenai peraturan.


Ayat [4:15]

وَٱلَّـٰتِى يَأْتِينَ ٱلْفَـٰحِشَةَ مِن نِّسَآئِكُمْ فَٱسْتَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةًۭ مِّنكُمْ ۖ فَإِن شَهِدُوا۟ فَأَمْسِكُوهُنَّ فِى ٱلْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّىٰهُنَّ ٱلْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ ٱللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًۭا

"Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu)."


Pengajaran

  1. Ini menunjukkan revolusi syariat di dalam Islam. Ini adalah tahap pertama tentang hukuman terhadap perempuan yang membuat perbuatan keji ( ٱلْفَٰحِشَةَ ), termasuk perbuatan lesbian dan homoseks.
  2.  
  3. Ada pendapat  yang menyatakan yang perhubungan keji ini adalah bila berlaku di antara wanita Islam dan lelaki bukan Islam. 
  4.  
  5. Sebelum dijatuhkan hukuman, perlu mendatangkan 4 orang saksi yang adil (menunjukkan perbuatan ini berleluasa).
  6.  
  7. Jika mereka telah memberi kesaksian (bukan hanya secara memberi video di masa ini,  tetapi cara  berdepan) perlulah wanita itu dikeluarkan dari rumahnya dan dipulau sehingga mati. 
  8.  
  9. Dalam Surah Al-Nur, Allah memberikan lagi perincian tentang hukuman yang berkaitan hal ini. 


Ayat [4:16]

وَٱلَّذَانِ يَأْتِيَـٰنِهَا مِنكُمْ فَـَٔاذُوهُمَا ۖ فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا۟ عَنْهُمَآ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًا

"Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya."


Pengajaran

  1. Jika yang melakukan perbuatan keji itu kedua-duanya Islam, perlu mereka disakiti atau dihukum. 
  2.  
  3. Jika mereka bertaubat, serahkan mereka kepada Allah. Zaman sosial media ini, janganlah kita menjadi tuhan dan suka menghukum.
  4.  
  5. Kalau pemimpin tidak bertanggung jawab dan tidak mahu melaksanakan hukum Allah, tidak dibenarkan membuat hukum sendiri. Berusahalah untuk mengikut peraturan Allah.
  6.  
  7. Jangan kita memandai buat peraturan sendiri atau menghukum orang yang telah bertaubat. Sistem perundangan tidak boleh dibuat oleh individu. Mesti dibuat oleh pemimpin yang ada di satu-satu negara. Kalau tak buat, pemimpin menanggung dosa.
  8.  
  9. Allah Maha Menerima Taubat dan Maha Luas Rahmat-Nya.


Ayat [4:17]

إِنَّمَا ٱلتَّوْبَةُ عَلَى ٱللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلسُّوٓءَ بِجَهَـٰلَةٍۢ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍۢ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ يَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَيْهِمْ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًۭا

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."


Pengajaran

  1. Allah menerima taubat orang yang melakukan kejahatan kerana kejahilan ( بِجَهَٰلَةٍ ) dan mereka segera bertaubat bila tersedar atau tahu kesilapan.
  2.  
  3. Allah memberi harapan bahawa Dia menerima taubat orang hendak memperbaiki dirinya.
  4.  
  5. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


Ayat [4:18]

وَلَيْسَتِ ٱلتَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ حَتَّىٰٓ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ ٱلْمَوْتُ قَالَ إِنِّى تُبْتُ ٱلْـَٔـٰنَ وَلَا ٱلَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًۭا

"Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya."


Pengajaran

  1. Allah memberi amaran kepada orang yang melakukan kesilapan yang sama berulang kali (ٱلسَّيِّـَٔاتِ ) dan rasa manis dengan maksiat dan bertangguh bertaubat, bahawa Dia murka dan tidak menerima taubatnya itu.
  2.  
  3. Jangan bertangguh-tangguh untuk bertaubat kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  4.  
  5. Orang yang mati tanpa bertaubat akan mendapat azab yang pedih kerana dia tidak rasa pedih dengan dosanya.
  6.  
  7. Allah cinta orang yang bertaubat. Oleh itu, jangan pula kita sewenang-wenang membenci orang yang sudah bertaubat.
  8.  
  9. Taubat ini ubat penting dalam urusan keluarga dan negara yang ada konflik.
  10.  


Ayat [4:19]

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَرِثُوا۟ ٱلنِّسَآءَ كَرْهًۭا ۖ وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا۟ بِبَعْضِ مَآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّآ أَن يَأْتِينَ بِفَـٰحِشَةٍۢ مُّبَيِّنَةٍۢ ۚ وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًۭٔا وَيَجْعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيْرًۭا كَثِيرًۭا

"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."


Pengajaran

  1. Jangan ambil kesempatan terhadap wanita yang mendapat harta faraid. Lelaki tidak boleh memaksa wanita untuk mendapatkan harta waris. Harta yang diwariskan kepada wanita adalah haknya. Contohnya kita berkahwin dengan wanita yang ada harta yang diwarisi, suami tidak boleh mengambilnya, tidak mahu bekerja dan hanya berharap dengan harta isteri sahaja.
  2.  
  3. Apabila berpisah, suami tidak boleh mengambil semula mahar yang sudah diberinya, kecuali jika isteri itu terbukti berbuat keji.
  4.  
  5. Allah memuliakan wanita dan jika semua orang faham, maka tidaklah berlaku kekejaman terhadap wanita di dalam rumahtangga.
  6.  
  7. Allah memberi panduan psikologi kepada golongan suami dan pemimpin keluarga bagaimana menguruskan dalam rumah tangga dengan cara yang baik.
  8.  
  9. Konflik adalah lumrah. Jangan terburu-buru menceraikan isteri. Benci macam mana pun kepada pasangan, pasti banyak kebaikan yang Allah beri kepadanya. Carilah kebaikan itu. Jika kita  gagal melihat kebaikan itu, bermakna ada masalah dengan iman kita.
  10.  
  11. Suami dan pemimpin yang beriman mestilah perjuangkan hak dan keadilan untuk wanita kerana Allah dan al-Quran memperjuangkan mereka.
  12.  
  13. Harta pusaka jangan dipaksa, mahar jangan diambil balik. Orang yang terbaik adalah yang paling baik dengan isterinya.
  14.  


RESOLUSI 


Ingat !!

1. Fahami hukum jenayah zina dan homoseks [4:15]

2. Doa agar kita kita tidak jahil ilmu dan perasaan, serta dijauhi daripada perkara keji [4:17]

3. Segera bertaubat sebelum ajal datang [4:18]

Lega kerana Allah SWT beritahu Dia Maha Menerima Taubat sekiranya saya lakukan kejahatan secara tidak sengaja atau kerana jahil.

Saya jelas untuk jauhkan diri daripada perbuatan keji dan segera bertaubat sekiranya terbuat silap.

Ya Allah, jauhi kami daripada kejahilan dan hindari kami dari berbuat kejahatan. Ya Allah ampuni kami, maafkan kami dan terimalah taubat kami. Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ya Allah, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.


Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...