|
PERKATAAN HARI INI سَحَتَ
Menghancurkan 4 kali
disebut dalam al-Quran |
|
SINOPSIS
|
|
Mukaddimah Alhamdulllah,
kita mengucapkan syukur dikurniakan inayah dari Allah untuk meneruskan
aktiviti yang bermakna yang menjemput hidayah dari Allah. Mudah-mudahan Allah
memberi kita kefahaman dan hati yang sentiasa dekat dengan al-Quran. Kita
memulakan pembelajaran dengan Ummul Quran iaitu surah al-Fatihah untuk kita
sama-sama memohon hidayah daripada Allah SWT. Hidayah ini penting kerana ia
adalah hadiah daripada Allah SWT. Ini adalah anugerah yang istimewa. Allah
bawakan kisah Bani Israel ataupun Yahudi untuk kita ambil tazkirah agar kita
sentiasa dipimpin oleh Allah SWT. Ayat
[5:41] menyebut tentang salah satu cabaran nabi untuk membawa kaumnya kembali
kepada wahyu yang asli dan mereka tidak menerima. Kalau
kita mengajak orang kepada kebaikan dan mereka tidak mengikut, jangan
sedih. Allah memberi semangat kepada
orang yang dekat dengan rasul untuk tidak berasa sedih. Salah satu sunnah
Rasul ialah kita mengajak keluarga kita dan orang lain kepada kebaikan. Kalau
nabi berdakwah mengajak orang, kita juga mesti cari masa untuk beritahu kawan
tanpa jemu. Ayat [5:42] سَمَّـٰعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّـٰلُونَ لِلسُّحْتِ ۚ فَإِن جَآءُوكَ فَٱحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ ۖ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْـًۭٔا ۖ وَإِنْ حَكَمْتَ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِٱلْقِسْطِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ "Mereka
sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang
haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka
hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah),
atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka
mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum
maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil." Mesej dan Tindakan
Ayat [5:43] وَكَيْفَ يُحَكِّمُونَكَ وَعِندَهُمُ ٱلتَّوْرَىٰةُ فِيهَا حُكْمُ ٱللَّهِ ثُمَّ يَتَوَلَّوْنَ مِنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ ۚ وَمَآ أُو۟لَـٰٓئِكَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ "Dan
(sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu,
padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah,
kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya)
mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman." Mesej dan Tindakan
Ayat [5:44] إِنَّآ أَنزَلْنَا ٱلتَّوْرَىٰةَ فِيهَا هُدًۭى وَنُورٌۭ ۚ يَحْكُمُ بِهَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسْلَمُوا۟ لِلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلْأَحْبَارُ بِمَا ٱسْتُحْفِظُوا۟ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَكَانُوا۟ عَلَيْهِ شُهَدَآءَ ۚ فَلَا تَخْشَوُا۟ ٱلنَّاسَ وَٱخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنًۭا قَلِيلًۭا ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَـٰفِرُونَ "Sesungguhnya
Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang
menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah)
menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka
dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan
memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan
mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan).
Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut
kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan
perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan
harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan
dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang
kafir." Mesej dan Tindakan
|
|
Ayat [5:45] وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفْسَ بِٱلنَّفْسِ وَٱلْعَيْنَ بِٱلْعَيْنِ وَٱلْأَنفَ بِٱلْأَنفِ وَٱلْأُذُنَ بِٱلْأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلْجُرُوحَ قِصَاصٌۭ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌۭ لَّهُۥ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ "Dan
kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa
dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan
hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan
luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak
membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim." Mesej dan Tindakan
|
|
RESOLUSI Ingat
!!
Lega
kerana Allah SWT berikan al-Quran sebagai petunjuk dan cahaya untuk hidup bersyariat. Saya
jelas untuk elakkan berita bohong atau fitnah dalam kehidupan kerana ia
merosakkan hati. Saya mesti jadikan wahyu sebagai cahaya dan sumber
perlembagaan dalam kehidupan agar tidak menjadi orang yang kafir dan zalim. Ya
Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan Rasul kepada
kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya
Allah, kurniakan kami ilmu dan kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran
agar kami dapat menjadi orang yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya
Allah, jadikan kami orang yang belajar dan menyampaikan al-Quran serta
menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup kami. Ya
Allah, jauhi kami daripada menyukai dan menyebarkan berita bohong atau
fitnah. Ya Allah janganlah Engkau biarkan kami mengikut akal atau nafsu
sendiri semata-mata. Jadikan wahyu sebagai cahaya petunjuk hidup kami. Bantu
kami untuk laksana syariat al-Quran sebagai perlembagaan hidup kami. Jauhi
kami daripada menjadi orang kafir dan zalim. Ya Allah,
janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya
Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka.
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. |