|
PERKATAAN HARI INI طَعِمَ Memberi makan. 48 kali disebut dalam al-Quran. SINOPSIS
|
|
Mukaddimah Alhamdulillah, kita dapat teruskan pembelajaran di halaman 146. Kita
berdoa agar Allah memudahkan urusan kita. Kita mohon daripada Allah SWT agar ditambah
ilmu. Kita mahu ilmu yang memberi makna kepada kehidupan kita, bukan hanya
untuk aktiviti harian kita, tetapi untuk mendekatkan diri kita kepada Allah
SWT. Al-Fatihah dibaca untuk memohon daripada Allah SWT agar diberikan
hidayah. Kita tidak mahu menjadi orang yang dimurkai dan disesatkan. Kita
tidak mahu menjadi orang yang digelar musyrik iaitu orang yang mensyirikkan
Allah kerana tidak memahami ilmu yang sebenarnya. Pada halaman lepas kita telah berbincang tentang orang yang
mensyirikkan Allah sanggup membunuh anak-anak mereka akibat takutkan rezeki
tidak mencukupi. Ini berlaku kerana ada syirik dan kefahaman karut-marut. Di
zaman ini pun ada orang yang sanggup menggugurkan anak kerana takut tidak ada
rezeki. Surah al-An'am ini adalah jidal (teguran tegas) setelah
peringatan secara berhikmah dan maui’zah (berdialog) diberi. Mesti ingat yang
surah ini turun di hujung masa Nabi SAW dan sahabat berada di Mekah. Jadi,
sebagai peringatan kepada kita - Bila berjumpa kawan yang belum Muslim,
jangan terus menegur atas kesilapan mereka.
Kena beri peringatan dengan berhikmah terlebih dahulu, dan selepas
maui'zah barulah menegur dengan jidal (keras). Ayat [6:138] وَقَالُوا۟ هَـٰذِهِۦٓ أَنْعَـٰمٌۭ وَحَرْثٌ حِجْرٌۭ لَّا يَطْعَمُهَآ إِلَّا مَن نَّشَآءُ بِزَعْمِهِمْ وَأَنْعَـٰمٌ
حُرِّمَتْ ظُهُورُهَا وَأَنْعَـٰمٌۭ لَّا يَذْكُرُونَ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَيْهَا
ٱفْتِرَآءً عَلَيْهِ ۚ سَيَجْزِيهِم بِمَا كَانُوا۟ يَفْتَرُونَ “Dan mereka berkata lagi: "Ini adalah binatang-binatang
ternak dan tanaman-tanaman yang dilarang, yang tidak boleh seorang pun
memakannya kecuali sesiapa yang kami kehendaki", - menurut anggapan
mereka; dan (sejenis lagi) binatang-binatang ternak yang dilarang
menunggangnya; dan (sejenis lagi) bintang-bintang ternak yang tidak mereka
sebutkan nama Allah ketika menyembelihnya; (semuanya itu mereka lakukan
dengan) berdusta terhadap Allah. Allah akan membalas mereka disebabkan apa
yang mereka telah ada-adakan itu.” Mesej dan Tindakan:
Ayat [6:139] وَقَالُوا۟
مَا فِى بُطُونِ هَـٰذِهِ ٱلْأَنْعَـٰمِ خَالِصَةٌۭ لِّذُكُورِنَا وَمُحَرَّمٌ
عَلَىٰٓ أَزْوَٰجِنَا ۖ وَإِن يَكُن مَّيْتَةًۭ فَهُمْ فِيهِ شُرَكَآءُ ۚ
سَيَجْزِيهِمْ وَصْفَهُمْ ۚ إِنَّهُۥ حَكِيمٌ عَلِيمٌۭ “Dan mereka berkata lagi: "Apa yang ada dalam perut
binatang-binatang ternak itu (jika ia lahirkan hidup) adalah halal bagi
lelaki-lelaki kami dan haram bagi perempuan-perempuan kami". Dan jika ia
(dilahirkan) mati, maka mereka (lelaki perempuan) bersekutu padanya
(bersama-sama memakannya). Allah akan membalas mereka tentang apa yang mereka
tetapkan (mengenai halal dan haram) itu. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana,
lagi Maha Mengetahui.” Mesej dan Tindakan:
Ayat [6:140] قَدْ خَسِرَ
ٱلَّذِينَ قَتَلُوٓا۟ أَوْلَـٰدَهُمْ سَفَهًۢا بِغَيْرِ عِلْمٍۢ وَحَرَّمُوا۟
مَا رَزَقَهُمُ ٱللَّهُ ٱفْتِرَآءً عَلَى ٱللَّهِ ۚ قَدْ ضَلُّوا۟ وَمَا
كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ “Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka
kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki
kepada sekalian makhluknya), dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan
apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap
Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.” Mesej dan Tindakan:
Ayat [6:141] وَهُوَ
ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ جَنَّـٰتٍۢ مَّعْرُوشَـٰتٍۢ وَغَيْرَ مَعْرُوشَـٰتٍۢ
وَٱلنَّخْلَ وَٱلزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُۥ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلرُّمَّانَ
مُتَشَـٰبِهًۭا وَغَيْرَ مُتَشَـٰبِهٍۢ ۚ كُلُوا۟ مِن ثَمَرِهِۦٓ إِذَآ
أَثْمَرَ وَءَاتُوا۟ حَقَّهُۥ يَوْمَ حَصَادِهِۦ ۖ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ ۚ
إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ “Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun
yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar
(kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan
buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak
bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan
keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan
janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan);
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.” Mesej dan Tindakan:
|
|
Ayat [6:142] وَمِنَ
ٱلْأَنْعَـٰمِ حَمُولَةًۭ وَفَرْشًۭا ۚ كُلُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ وَلَا
تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌۭ “Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan
untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang
telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak
langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang
nyata.” Mesej dan Tindakan:
|
|
RESOLUSI
Ingat
!!
Lega kerana Allah SWT akan lapangkan dan beri hidayah sekiranya
saya selalu bersemangat dalam kerja Islam.
Saya jelas untuk selalu
bersemangat dalam kerja Islam (amalan kebaikan) agar Allah SWT lapangkan dan beri hidayah.
Saya jelas, saya mesti elak dari mengikut jin, tetapi saya mesti ikut Allah
SWT. Saya juga jelas untuk jaga kawan sekeliling agar tidak menjadi orang
zalim.
Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan
Rasul kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan
kepada kami. Ya Allah, Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, kurniakan kami ilmu dan
kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran agar kami dapat menjadi orang
yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya Allah, jadikan kami orang
yang belajar dan mengajar al-Quran serta menjadikan al-Quran dan sunnah
sebagai panduan hidup kami.
Ya Allah, bantu kami untuk selalu bersemangat dalam kerja Islam.
Ya Allah, lapangkan hidup kami dan berilah kami hidayah. Ya Allah, jauhi kami
dari mengikut jin, pimpin kami untuk menjadi pengikut Mu. Ya Allah, hadirkan
dalam hidup kami kawan-kawan dan orang sekeliling yang soleh, jauhi kami
daripada menjadi orang zalim.
|
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.