|
PERKATAAN HARI INI: وَعَدَ Janji. 151 kali disebut dalam al-Quran. |
|
SINOPSIS
|
|
Mukaddimah Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah kita bertemu kembali
di hari yang berbahagia ini untuk kita
meneruskan pengajian di halaman 156 ini untuk menghargai 'ayyamillah'
(hari-hari bersama dengan Allah). Allah mengingatkan kita bahawa hari-hari
yang lepas, hari yang akan datang ialah big day bersama Allah. Walaupun
dalam keadaan kekalutan, darurat dan pelbagai yang melanda, panduan ini yang
membuat kita terus teguh untuk menjadi ashhabul jannah. Semalam ada pengumuman, hari ini ada pengumuman. Di dalam
halaman ini juga ada pengumuman. Pengumuman yang tidak kita jangka. Hari-hari
kita ini penuh dengan ketidakpastian. Yang pasti adalah bertemu dengan
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّي. Itulah bacaan al-Fatihah yang kita ulang
sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Bagaimana kita hendak pastikan hari-hari
yang tak pasti ini bertemu yang pasti, berada di sisi Ilahi bertemu Nabi SAW.
Bila kita baca al-Fatihah, perkataan 'yaum' membawa kita
mengingati hari yang pasti iaitu hari akhirat. Kita pasti akan dihitung
segala amalan. Allah memberikan kita panduan bagaimana untuk memastikan hari
kita di dunia yang tidak pasti dapat kita uruskan dengan pasti menuju kepada
daerah di sana nanti agar kita dapat menjadi ashhabul jannah. Semalam kita
sudah melihat dialog ahli neraka yang saling salah menyalahkan. Seperti kita
di dunia ini, kita tidak mahu mengikut orang yang salah, walaupun pengikut
mereka ramai. Kita tidak mahu dipersoalkan di akhirat kelak. Ayat [7:44] وَنَادَىٰٓ أَصْحَـٰبُ ٱلْجَنَّةِ أَصْحَـٰبَ ٱلنَّارِ أَن قَدْ وَجَدْنَا مَا وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقًّۭا فَهَلْ وَجَدتُّم مَّا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّۭا ۖ قَالُوا۟ نَعَمْ ۚ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌۢ بَيْنَهُمْ أَن لَّعْنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّـٰلِمِينَ Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat
masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata:
"Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami
oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang
telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab:
"Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara
mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke
atas orang-orang yang zalim". Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:45] ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًۭا وَهُم بِٱلْـَٔاخِرَةِ كَـٰفِرُونَ Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang
lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu
bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:46] وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌۭ ۚ وَعَلَى ٱلْأَعْرَافِ رِجَالٌۭ يَعْرِفُونَ كُلًّۢا بِسِيمَىٰهُمْ ۚ وَنَادَوْا۟ أَصْحَـٰبَ ٱلْجَنَّةِ أَن سَلَـٰمٌ عَلَيْكُمْ ۚ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok
"Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf
itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari
ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun
menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun
Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum
lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:47] وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَـٰرُهُمْ تِلْقَآءَ أَصْحَـٰبِ ٱلنَّارِ قَالُوا۟ رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka,
mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
jadikan kami bersama orang-orang yang zalim". Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:48] وَنَادَىٰٓ أَصْحَـٰبُ ٱلْأَعْرَافِ رِجَالًۭا يَعْرِفُونَهُم بِسِيمَىٰهُمْ قَالُوا۟ مَآ أَغْنَىٰ عَنكُمْ جَمْعُكُمْ وَمَا كُنتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ Dan orang-orang yang berada di atas tembok al-A 'raf menyeru
beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan
berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang
besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong
kamu". Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:49] أَهَـٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ أَقْسَمْتُمْ لَا يَنَالُهُمُ ٱللَّهُ بِرَحْمَةٍ ۚ ٱدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمْ وَلَآ أَنتُمْ تَحْزَنُونَ (Mereka bertanya pula kepada Ketua-ketua kaum kafir itu dengan
berkata): "Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu
bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang
dikatakan kepada mereka): ` Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu, dan kamu
pula tidak akan berdukacita. ' " Mesej dan Tindakan:
|
|
Ayat [7:50] وَنَادَىٰٓ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ أَصْحَـٰبَ ٱلْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا۟ عَلَيْنَا مِنَ ٱلْمَآءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ ۚ قَالُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى ٱلْكَـٰفِرِينَ Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan
firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata):
"Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan)
yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka (ahli Syurga)
menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas
orang-orang kafir". Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:51] ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَهْوًۭا وَلَعِبًۭا وَغَرَّتْهُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۚ فَٱلْيَوْمَ نَنسَىٰهُمْ كَمَا نَسُوا۟ لِقَآءَ يَوْمِهِمْ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا يَجْحَدُونَ (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang
menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan
permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia
(segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari
kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa
(tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga
kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. Mesej dan Tindakan:
|
|
RESOLUSI Ingat !!
Lega kerana Allah ingatkan saya untuk membuat persediaan untuk
bertemuNya di akhirat nanti. Saya jelas untuk belajar dan yakini kebenaran akhirat serta
membuat persediaan ke sana. Saya jelas saya mesti gunakan harta dan pangkat
untuk menjadi ahli syurga. Saya jelas untuk tidak membiarkan harta dan
pangkat menyibukkan saya entah ke mana. Saya jelas untuk tidak perkecilkan
kebaikan kerana saya sedar ia boleh menjadi saham masuk syurga. Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan
Rasul kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan
kepada kami. Ya Allah, Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, kurniakan kami ilmu dan
kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran agar kami dapat menjadi orang
yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya Allah, jadikan kami orang
yang belajar dan mengajar al-Quran serta menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai
panduan hidup kami. Ya Allah, bimbing kami untuk belajar dan yakini kebenaran
akhirat serta membuat persediaan ke sana. Ya Allah, bantu kami agar kami
dapat gunakan harta dan pangkat untuk menjadi ahli syurga. Ya Allah,
janganlah Engkau membiarkan harta dan pangkat kami menyibukkan kami entah ke
mana. Ya Allah, bantu kami untuk melakukan kebaikan agar perbuatan baik kami
dapat menjadi saham untuk kami masuk syurga dengan rahmat Mu. Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari
sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab
neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. |