|
PERKATAAN HARI INI: خَلَفَ Menggantikan, meninggalkan, berbeza. 127 kali disebut dalam al-Quran. SINOPSIS 1.
Kisah Nabi Salih A.S (Bahagian 2) (74-79) 2.
Kisah Nabi Lut A.S (Bahagian 1) (80-81) |
Mukaddimah Alhamdulillah, dengan penuh ceria
gembira kita masih diberi peluang oleh Allah SWT, ar-Rahman yang mengajarkan
al-Quran hakikatnya apabila hari ini diberi peluang untuk menatap kepada
al-Quran untuk mendapat hidayah daripada al-Quran. Pendidik yang
sebenar-benarnya mengajar adalah ar-Rahman. Kita bersyukur kerana bukan semua
orang yang dapat terpilih begitu apabila kita dapat bersama pada My
#QuranTime, baca.faham.amal pada hari ini. Kita sudah hampir di penghujung
Juz kelapan. Semoga kita dapat mengambil mesej daripada setiap halaman surat
cinta daripada Ilahi. Semoga Allah pelihara kita dengan mengambil god
intervention, memohon perlindungan daripada Allah SWT. Semoga Allah mengkabulkan doa
kita untuk diberi hidayah pada setiap masa untuk kita selalu sedar bahawa
kita mampu berinteraksi dengan al-Quran ini adalah dengan rahmat daripada
Allah SWT, ar-Rahman yang ingin kita menghargai kehidupan di dunia ini
membawa kepada rahmat daripada ar-Rahim hanya kepada orang-orang yang beriman
bila kita sampai ke akhirat nanti. Ayat [7:74] وَٱذْكُرُوٓا۟ إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَآءَ مِنۢ بَعْدِ عَادٍۢ وَبَوَّأَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ تَتَّخِذُونَ مِن سُهُولِهَا قُصُورًۭا وَتَنْحِتُونَ ٱلْجِبَالَ بُيُوتًۭا ۖ فَٱذْكُرُوٓا۟ ءَالَآءَ ٱللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ "Dan kenanglah ketika
Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya
kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana
di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan
rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu
bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi". Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:75] قَالَ ٱلْمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسْتَكْبَرُوا۟ مِن قَوْمِهِۦ لِلَّذِينَ ٱسْتُضْعِفُوا۟ لِمَنْ ءَامَنَ مِنْهُمْ أَتَعْلَمُونَ أَنَّ صَـٰلِحًۭا مُّرْسَلٌۭ مِّن رَّبِّهِۦ ۚ قَالُوٓا۟ إِنَّا بِمَآ أُرْسِلَ بِهِۦ مُؤْمِنُونَ Ketua-ketua yang sombong
takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu
orang-orang yang telah beriman di antara mereka: "Tahukah kamu bahawa
Soleh itu diutus dari Tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya
kami beriman kepada apa yang ia diutus untuk menyampaikannya". Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:76] قَالَ ٱلَّذِينَ ٱسْتَكْبَرُوٓا۟ إِنَّا بِٱلَّذِىٓ ءَامَنتُم بِهِۦ كَـٰفِرُونَ Orang-orang yang sombong takbur
itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu
beriman kepadanya". Ayat [7:77] فَعَقَرُوا۟ ٱلنَّاقَةَ وَعَتَوْا۟ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ وَقَالُوا۟ يَـٰصَـٰلِحُ ٱئْتِنَا بِمَا تَعِدُنَآ إِن كُنتَ مِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ Maka mereka pun menyembelih
unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil
berkata: "Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada
kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)". Mesej dan Tindakan ayat 76-77:
Ayat [7:78 فَأَخَذَتْهُمُ ٱلرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا۟ فِى دَارِهِمْ جَـٰثِمِينَ Oleh itu, mereka pun dibinasakan
oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat
tinggal masing-masing. Mesej dan Tindakan: 1.
Azab kepada
mereka ialah gempa bumi yang dahsyat yang berlaku pada waktu subuh. Mereka
jatuh tersungkur bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Ayat [7:79] فَتَوَلَّىٰ عَنْهُمْ وَقَالَ يَـٰقَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالَةَ رَبِّى وَنَصَحْتُ لَكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُحِبُّونَ ٱلنَّـٰصِحِينَ Maka Nabi Soleh pun
meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Aku telah
menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat
kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi
nasihat". Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:80] Cerita Nabi Lut
tentang LGBTQ وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِۦٓ أَتَأْتُونَ ٱلْفَـٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍۢ مِّنَ ٱلْعَـٰلَمِينَ Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan).
Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan
perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari
penduduk alam ini sebelum kamu? Mesej dan Tindakan:
|
|
Ayat [7:81] إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ ٱلرِّجَالَ شَهْوَةًۭ مِّن دُونِ ٱلنِّسَآءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌۭ مُّسْرِفُونَ "Sesungguhnya kamu
mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan
perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". Mesej dan Tindakan:
|
|
RESOLUSI
Ingat !!
Lega kerana Allah ingatkan saya supaya bersyukur dengan segala
nikmat yang diberikan kepada saya.
Saya jelas untuk sering bersyukur dengan nikmat besar atau
kecil, keras atau lembut. Saya jelas untuk tidak perlekehkan orang lemah yang
beriman kerana Allah SWT bersama orang beriman. Saya jelas saya mesti membina
keimanan iaitu membina ketaatan dan menjauhi kerosakan.
Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan
Rasul kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan
kepada kami. Ya Allah, Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, kurniakan kami ilmu dan
kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran agar kami dapat menjadi orang
yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya Allah, jadikan kami orang
yang belajar dan mengajar al-Quran serta menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai
panduan hidup kami.
Ya Allah, ingatkan kami
untuk sering bersyukur dengan nikmat besar atau kecil, keras atau lembut yang
Engkau berikan kepada kami. Ya Allah janganlah Engkau jadikan kami orang yang
sombong, yang suka perlekehkan orang lemah yang beriman. Ya Allah, bimbing
kami untuk membina keimanan dengan membina ketaatan dan menjauhi kerosakan.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari
sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab
neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. |