Friday, June 2, 2023

Sinopsis Juzuk 6

SINOPSIS JUZUK 6



Sikap manusia (142-162)

- Larangan memburukkan orang beriman yang lain di khalayak ramai kecuali  kezaliman
- Jika kita buat kebajikan terang-terangan atau sembunyi atau memaafkan kesilapan, Allah SWT sedia memberi pengampunan.
- Perlu beriman kepada semua rasul.

Lagi telatah kaum Musa (153-162)

- Minta diturunkan kitab khas kepada mereka.

- Jangan menangkap ikan hari Sabtu tetapi mereka degil.

- Kamu mendakwa hati tertutup. Memang Allah telah menutupnya.

- Tuduhan mereka terhadap Maryam.

- Mendakwa membunuh Nabi Isa.

- Sejahat-jahat orang Yahudi ialah mengharamkan yang halal.

- Menghalang orang beriman melakukan ibadat

- Makan riba.

     Ajaran para Rasul adalah satu (163-169)

     Allah SWT mengingatkan manusia (170-175)

    Bahagian pusaka si mati tiada anak (176)

- Waris 1 : Jika si mati meninggalkan seorang saudara perempuan sahaja tanpa anak lelaki, maka bahagiannya ialah satu perdua.

- Waris 2 : Jika si mati meninggalkan dua saudara perempuan, bahagiannya dua pertiga.

- Waris 3 : Jika si mati meninggalkan saudara yang ramai (lelaki dan perempuan), bahagiannya ialah dua bahagian lelaki, satu bahagian perempuan.


Surah Al-Maidah  (Hidangan) Ayat 1-82


Nama surah disebut dalam ayat 112. Nama surah ini menunjukkan Islam mengambil berat sehingga persoalan makanan. 


Tema: Patuhi perjanjian dan jangan khianat. Hal ini kerana surah ini turun selepas Perjanjian Hudaibiyah tahun 6 Hijrah yang menekankan kaum Muslimin agar terus setia dengan perjanjian ini serta perjanjian mereka dengan Yahudi dan Nasrani di Madinah.


Ingatan kepada orang beriman selepas pembukaan Kota Mekah (1-2)

- Menunaikan janji, jangan memburu binatang semasa dalam ihram haji (1).

- Jangan mencemarkan cara hidup Islam, termasuk membuat kerosakan dalam bulan haram (2).

- Jangan mengganggu mereka yang mahu beribadat di kaabah kerana mereka sedang mencari ketenangan dan keredhaan Illahi (2).

- Jangan berprasangka buruk ke atas mereka yang pernah mengganggu orang beriman mendatangi Masjidilharam. Tolonglah atas kebaikan dan takwa serta jangan membantu ke arah dosa mahupun permusuhan (2).

  Diharamkan memakan bangkai, meminum darah, memakan daging babi, memakan daging sembelihan atas nama selain Allah, memakan daging binatang yang mati tercekik, memakan daging binatang yang mati dipukul, memakan daging binatang yang mati terjatuh, memakan daging binatang yang mati dibunuh binatang buas kecuali yang sempat disembelih, memakan daging binatang yang disembelih atas nama berhala dan memakan daging binatang yang disembelih atas cabutan bertuah.

Benda yang dihalalkan (4-5) iaitu makanan yang baik termasuk diburu oleh binatang terlatih, makanan hidangan Ahli Kitab dan dihalalkan berkahwin dengan wanita Ahli Kitab.

Syarat awal mendirikan solat (6-7).

Ingatan supaya berlaku adil (8-11)

- Jadilah orang yang menegakkan keadilan. Jangan berprasangka (8).

- Ingat nikmat yang diperoleh (11).

Telatah Bani Israel

- Mengubah kandungan Taurat dan lupa janji mereka (13).

- Nasrani lupa ikrar mereka (14).

- Ada yang menyatakan Allah adalah al-Masih anak Maryam (17).

- Yahudi atau Nasrani pernah mendakwa mereka adalah anak Allah dan kekasih-Nya.

- Menempelak Allah tidak hantar rasul (19).

- Minta keluarkan orang yang gagah dari tempatnya (22).

- Perangilah wahai Musa, kami tetap duduk di sini (24).

Kisah anak Adam (27-31)

Dasar hukum kepada Bani Israel (32-37)

Hukuman mencuri (38-47).

Akhirnya diturunkan pula al-Quran (48-50).

Jangan jadikan Yahudi dan Nasrani sebagai ketua (51-56).

Jangan jadi seperti ahli Kitab (57-63).

Ingatan kepada rasul (64-69).

Sikap Bani Israel (70-82).



وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ ٢


Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maidah ayat 2)


 

ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا ۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍۢ لِّإِثْمٍۢ ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣


Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Maidah ayat 3)


Wallahua’lam



Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin

2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail

3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman

4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil


Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...