Sunday, September 3, 2023

Halaman 372 Al-Syu'ara', 112-136

 PERKATAAN HARI INI

 طَرَدَ  Mengusir, membuang, menjauhkan. 5 kali disebut dalam al-Quran

SINOPSIS   

  1. Sambungan kisah Nabi Nuh AS dan kaumnya (26:112-122)
  2. Kisah Nabi Hud AS bersama kaumnya (26:123-136)

Mukadimah

Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada halaman 372. Semoga kita terus bersemangat bersama al-Quran untuk mencapai iman. Semoga Allah SWT menambahkan barakah kepada diri kita dan keluarga pada hari yang berbahagia ini.

Kita hendak melihat kisah Nabi Nuh AS bagaimana ia memberi inspirasi kepada perjuangan hidup kita terus bersemangat dalam menuju kepada Allah SWT. Pengikut Nabi Nuh AS bukanlah orang-orang elit. Mereka dihina oleh orang-orang musyrik.

Ayat 26:112

قَالَ وَمَا عِلْمِى بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?

Pengajaran

  1. Nabi Nuh AS tidak menghukum atau menilai sesiapa dengan melihat luarannya. Baginda terus mengajak kepada kebaikan. Kalau sesiapa berbuat sesuatu yang tidak baik, akan tetap ditegur oleh baginda.

Ayat 26:113

إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّى لَوْ تَشْعُرُونَ

"Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).

Pengajaran

  1. Baginda berkata bahawa baginda tidak menilai sesiapa. Terserah kepada Allah SWT untuk menilai.
  2. Sebagai pendakwah, cikgu, ibu ayah kita tidak boleh menilai daripada luaran sahaja.

Ayat 26:114

وَمَآ أَنَا۠ بِطَارِدِ ٱلْمُؤْمِنِينَ

"Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).

Pengajaran

  1. Baginda bergaul dengan orang-orang beriman, tidak mengira siapa. Baginda tidak memandang pangkat dan sebagainya.

Ayat 26:115

إِنْ أَنَا۠ إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ

"Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".

Pengajaran

  1. Baginda menegaskan yang baginda hanyalah seorang rasul pemberi amaran yang jelas kepada semua.

Ayat 26:116

قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَٰنُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمَرْجُومِينَ

Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"

Pengajaran

  1. Mereka mengugut Nabi Nuh AS untuk berhenti berdakwah. 

Ayat 26:117

قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوْمِى كَذَّبُونِ

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.

Pengajaran

  1. Apabila mereka sudah membuat ugutan, Nabi Nuh AS mengadu kepada Allah SWT bahawa kaumnya mendustakan baginda. 

Ayat 26:118

فَٱفْتَحْ بَيْنِى وَبَيْنَهُمْ فَتْحًا وَنَجِّنِى وَمَن مَّعِىَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

"Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"

Pengajaran

  1. Selepas berdakwah selama 950 tahun, barulah Nabi Nuh AS berdoa supaya Allah SWT menghukum kaumnya, menyelamatkan baginda dan orang-orang beriman yang bersamanya. Ini kerana mereka mula bertindak secara fizikal untuk merejam baginda dan orang-orang beriman.
  2. Ayat ini mengingatkan kita untuk terus berusaha mengajak keluarga dan masyarakat ke arah kebaikan. 

Ayat 26:119

فَأَنجَيْنَٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ فِى ٱلْفُلْكِ ٱلْمَشْحُونِ

Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).

Pengajaran

  1. Allah SWT menyelamatkan Nabi Nuh AS dan menenggelamkan mereka yang mendustakannya. 

Ayat 26:120

ثُمَّ أَغْرَقْنَا بَعْدُ ٱلْبَاقِينَ

Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).

Pengajaran

  1. Golongan kafir ditenggelamkan.

Ayat 26:121

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Pengajaran

  1. Nabi Muhammad SAW apabila angkat tangan sahaja untuk berdoa, habis orang Quraisy. Apabila Quraisy dengar ayat ini mereka rasa takut. Kita juga, jangan sampai orang baik dan yang dizalimi dalam masyarakat kita mengangkat tangan berdoa kerana kezaliman kita.
  2. Semoga kitalah yang menjadi orang-orang yang memperjuangkan kebaikan di mana sahaja kita berada.
  3. Kisah Nabi Nuh AS adalah bukti kekuasaan Allah SWT namun ramai yang tidak beriman. 

Ayat 26:122

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Pengajaran

  1. Allah SWT sahajalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani.
  2. Allah SWT boleh hapuskan mereka tetapi Allah SWT masih memberi peluang. Janganlah degil, jangan sombong. Dengarlah peringatan, semak diri agar dapat kembali kepada Allah SWT.
  3. Kisah-kisah ini adalah satu rahmat untuk kita baiki apa yang perlu dibaiki.

Ayat 26:123

كَذَّبَتْ عَادٌ ٱلْمُرْسَلِينَ

(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

Pengajaran

  1. Nabi Hud AS diutus kepada kaum Aad. 
  2. Mereka mendustakan para rasul. Mendustakan seorang rasul, bermakna mendustakan semua rasul. Mesej rasul-rasul adalah sama. Perkataan mereka pun lebih kurang sama.

Ayat 26:124

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya

Pengajaran

  1. Nabi Hud AS menyeru kaumnya bertakwa kepada Allah SWT. 
  2. Baginda mengajak mereka berlindung kepada Allah SWT dengan kembali kepada-Nya.

Ayat 26:125

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

"Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Pengajaran

  1. Nabi Hud AS menyatakan yang baginda adalah rasul yang amanah yang diutus Allah SWT. 

Ayat 26:126

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Pengajaran

  1. Takwalah kepada Allah SWT dan taatlah rasul. 

Ayat 26:127

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Pengajaran

  1. Nabi Hud AS mengatakan baginda tidak meminta upah daripada mereka dan hanya mengharapkan balasan daripada Allah SWT. Ini pernah diucapkan oleh nabi-nabi sebelum ini. Perkataannya sama, mesejnya sama, isunya berbeza.
  2. Nabi Musa AS isu politik dan pemimpin. Nabi Ibrahim AS berdepan isu masyarakat yang menyembah dan bisnes berhala. Nabi Nuh AS pula isu sosial, tentang pangkat dan golongan elit.

Ayat 26:128

أَتَبْنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءَايَةً تَعْبَثُونَ

"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.

Pengajaran

  1. Kaum Aad mendirikan bangunan-bangunan tinggi tersergam tanpa tujuan yang baik. 
  2. Ini adalah masalah sosial. Ada orang yang amat memerlukan duit dan makanan, tetapi ada pula yang berjoli. Kepada orang-orang kaya, pemimpin, kita kena ingat bahawa jangan sampai kita ini ditempelak oleh Allah SWT.

Ayat 26:129

وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمْ تَخْلُدُونَ

"Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?

Pengajaran

  1. Nabi Hud AS menyatakan mereka membina benteng dengan harapan dapat hidup kekal. 

Ayat 26:130

وَإِذَا بَطَشْتُم بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ

"Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?

Pengajaran

  1. Kemewahan itu memberi kesan kepada hati. Mereka kejam, suka buli orang. 
  2. Pengajarannya, jika masih budak-budak lagi sudah membuli, apabila besar nanti mereka akan menjadi pembuli dalam alam pekerjaan pula. Contohnya, penjawat awam atau swasta membuli orang sehingga merasuah.   

Ayat 26:131

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

Pengajaran

  1. Ubat buli ialah takwa. Takwa amat penting. 
  2. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, kaum musyrik Mekah buli orang-orang beriman seperti apa yang berlaku kepada Bilal bin Rabah.
  3. Apabila mendapat takwa, kesanya dapat dilihat daripada Saidina Abu Sufyan dan Saidina Umar yang kejam sebelum beriman, kemudian menjadi orang yang sangat lembut hati mereka.

Ayat 26:132

وَٱتَّقُوا۟ ٱلَّذِىٓ أَمَدَّكُم بِمَا تَعْلَمُونَ

"Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.

Pengajaran

  1. Nabi Hud AS mengingatkan lagi kaumnya untuk bertakwa. 
  2. Allah SWT yang telah menolong mereka dengan pemberian nikmat-nikmat-Nya yang bermacam-macam.

Ayat 26:133

أَمَدَّكُم بِأَنْعَٰمٍ وَبَنِينَ

"Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),

Pengajaran

  1. Allah SWT berikan nikmat yang bermacam-macam seperti binatang ternakan, tumbuh-tumbuhan dan anak pinak.
  2. Kita kena jaga, jangan sampai semua nikmat ini ditarik oleh Allah SWT.  
  3. Kalau takwa diperjuangkan, perubahan akan berlaku. Modul takwa yang dibawa oleh nabi-nabi telah berjaya mentransformasi masyarakat menjadi lebih baik.

Ayat 26:134

وَجَنَّٰتٍ وَعُيُونٍ

"Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).

Pengajaran

  1. Taman-taman serta sungai-sungai akan hancur kalau kita tidak berjaga-jaga tentang azab daripada Allah SWT. 

Ayat 26:135

إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

"Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".

Pengajaran

  1. Nabi Hud AS menyatakan baginda tidak mahu kaumnya ditimpa azab.

Ayat 26:136

قَالُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْنَآ أَوَعَظْتَ أَمْ لَمْ تَكُن مِّنَ ٱلْوَٰعِظِينَ

Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.

Pengajaran

  1. Namun mereka sombong dan tetap tidak ambil pengajaran.
  2. Kita tidak mahu jadi seperti kaum Aad yang degil dan kejam. Semoga kita sentiasa mengambil peringatan daripada al-Quran.

RESOLUSI

Ingat!
  1. Lindungi orang beriman dan jangan dilekeh (26:112-114)
  2. Berdoa kepada Allah SWT jika ada ancaman kezaliman daripada orang sekeliling (26:117)
  3. Bina takwa kepada Allah SWT dan taat kepada rasul setiap masa (26:124)

Saya berasa lega, Allah SWT akan lindungi saya daripada ancaman orang sekelliing sekiranya saya berdoa.

Saya jelas saya mesti lindungi orang beriman dan jangan dilekeh. Saya jelas untuk berdoa kepada Allah SWT jika ada ancaman kezaliman daripada orang sekeliling. Saya jelas saya mesti bina takwa kepada Allah SWT dan taat kepada rasul setiap masa.

Ya Allah, bantu kami untuk lindungi orang beriman. Ya Allah, lindungi kami daripada ancaman kezaliman orang sekeliling. Ya Allah, pimpin kami untuk bina takwa kepada Mu dan taat kepada rasul setiap masa.

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib. 

Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...