Surah An-Naml (Semut) Ayat 60-93 (sambungan)
● Ingatan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW (60-69)
● Sokongan moral kepada Nabi Muhammad SAW (70-75)
● Sebahagian daripada ajaran al-Quran (79-60)
Al-Quran yang diturunkan menjadi saksi perselisihan Bani Israel tentang ajaran kitab Taurat.
Ia petunjuk dan membawa rahmat kepada orang mukmin.
Semua perselisihan antara manusia, Allah SWT akan memutuskannya.
Bertawakkal sahaja kepada Allah SWT, jika berada di pihak yang benar.
Orang kafir seperti mati atau pekak.
Orang kafir seperti orang buta.
Apabila hari kiamat sudah hampir, akan keluar binatang melata di bumi.
Di Mahsyar, orang yang tidak yakin dengan al-Quran akan dihimpunkan dalam satu kumpulan terasing.
Allah jadikan malam untuk berehat, siang untuk bekerja.
Sebaik sahaja sangkala dibunyikan, semua makhluk akan jadi kelam kabut.
● Perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW (91-93)
Untuk selamat di akhirat, beritahu umatnya supaya sembahlah Tuhan yang memiliki semua yang ada.
Baca al-Quran agar dapat petunjuk.
Puji Allah. Allah tidak akan lupa dengan apa yang kita lakukan.
Surah Al-Qasas (Cerita-cerita) Ayat 1-88
Al-Qasas bermaksud cerita-cerita. Nama surah ini disebut dalam ayat 25. Allah SWT menceritakan detik kelahiran Nabi Musa a.s. hinggalah menghadapi Firaun, diikuti kisah Qarun.
Surah ini mengajar seorang mukmin bahawa setiap musibah yang datang, hakikatnya ialah sebuah perancangan rapi atau "grand-design" daripada Allah SWT yang sedang mengatur kebaikan yang banyak kepada mukmin berkenaan. Musibah boleh berlaku dalam bentuk kesusahan atau kesenangan. Qarun ialah model mereka yang gagal dalam ujian kesenangan.
Tema: Percaya janji Allah SWT
● Kisah Nabi Musa (1-55)
Nabi Musa semasa bayi dan Firaun (1-13)
Nabi Musa membunuh orang mesir (14-23)
Nabi Musa dengan Syuaib (24-30)
Nabi Musa menemui firaun(31-37)
Firaun menunjukkan keangkuhannya (38-42)
Nabi Musa menerima Taurat (43-55)
● Allah SWT mengingatkan Nabi Muhammad SAW (56-63)
● Allah SWT cuba sedarkan mereka (64-75)
● Allah SWT nasihatkan Nabi Muhammad SAW (76-84)
● Perangsang kepada Nabi Muhammad SAW (85-88)
Jangan sekali-kali menyembah Tuhan yang lain daripada Allah SWT.
Semuanya akan kembali kepada Allah di akhirat nanti.
Surah Al-Ankabut (Labah-labah) Ayat 1- 66
Surah ini dinamakan Al-Ankabut kerana serangga ini menjadi perumpamaan yang Allah SWT sebutkan dalam ayat 41. Mereka yang menyembah selain daripada Allah SWT, hakikatnya bergantung pada sesuatu yang terlampau lemah untuk bergantung dan berlindung walaupun kelihatannya sangat kuat (rumah labah-labah). Mereka yang beriman kepada Allah SWT hakikatnya bergantung pada sesuatu yang Maha Gagah walaupun kelihatannya lemah.
Surah ini diturunkan ketika Rasulullah dan sahabat sedang diuji oleh Allah SWT dengan kematian dan penyiksaan yang dahsyat oleh kaum Quraisy. Surah ini memberi isyarat hijrah ke Habsyah.
Diawali dengan Allah SWT bersumpah dengan huruf muqoto’ah untuk menegaskan bahawa setiap mereka yang telah beriman tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji. Ia bertujuan untuk menentukan siapa yang betul-betul beriman atau berpura-pura. Diakhiri dengan penyataan sesiapa yang berjihad di jalan Allah SWT, Dia sedia memberikan petunjukNya. Allah SWT suka orang membuat kebajikan.
Tema: Hati-hati dengan ujian.
● Allah pasti duga orang beriman (1-7)
● Ingatan Allah SWT (8-13)
Buat baik kepada ibu-bapa
Allah tahu apa yang tersemat di hati kita
● Pengutusan para Rasul (14-20)
● Allah SWT tentukan azab dan rahmatNya – Kisah Nabi Ibrahim a.s. (21-25)
● Rasul selepasnya menerima nasib yang sama (26-44)
Nabi Lut
Nabi Syuaib
Nabi Hud dan Nabi Saleh
Nabi Musa
Doa-doa dalam Juzuk 20
رَبِّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى فَٱغْفِرْ لِى فَغَفَرَ لَهُۥٓ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ١٦
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Qasas ayat 16)
رَبِّ بِمَآ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيرًۭا لِّلْمُجْرِمِينَ ١٧
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". (Al-Qasas ayat 17)
رَبِّ نَجِّنِى مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٢١
"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim ". (Al-Qasas ayat 21)
رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍۢ فَقِيرٌۭ ٢٤
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Al-Qasas ayat 24)
رَبِّ ٱنصُرْنِى عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْمُفْسِدِينَ ٣٠
"Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)". (Al-Ankabut ayat 30)
Wallahua’lam
Rujukan
1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

