|
Mukadimah
Alhamdulillah, kita
dapat meneruskan pengajian pada halaman 448 Surah al-Saffat.
Ayat 37:77
وَجَعَلْنَا
ذُرِّيَّتَهُۥ
هُمُ ٱلْبَاقِينَ
Dan Kami jadikan zuriat
keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan
kaumnya yang ingkar).
Pengajaran
- Allah SWT telah selamatkan Nabi Nuh
AS dan pengikutnya daripada bencana yang besar.
- Allah SWT jadikan zuriat
keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup setelah Allah SWT binasakan
kaumnya yang ingkar.
- Anak-anaknya yang selamat ialah
Sam, Ham dan Yafiz. Daripada Sam keluar keturunan Semitic iaitu orang-orang
arab, Yahudi dan yang berkulit putih. Daripada Ham keluar keturunan berkulit
hitam. Daripada Yafiz keluar keturunan kawasan Rom lama.
Ayat 37:78
وَتَرَكْنَا
عَلَيْهِ فِى ٱلْءَاخِرِينَ
Dan Kami kekalkan baginya (nama
yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
Pengajaran
- Nama Nabi Nuh AS diabadikan sampai
kepada generasi seterusnya. Yahudi dan Nasrani juga kenal Nabi Nuh AS.
- Ini adalah anugerah Allah SWT
kepada orang yang yang diikhlaskan oleh Allah SWT (Mukhlasin).
Ayat 37:79
سَلَٰمٌ
عَلَىٰ نُوحٍ فِى ٱلْعَٰلَمِينَ
"Salam sejahtera kepada Nabi
Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
Pengajaran
- Allah SWT memuji kepada Nabi Nuh AS.
- Baginda ialah lambang kepada orang yang
buat baik.
Ayat 37:80
إِنَّا
كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
Demikianlah sebenarnya Kami
membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
Pengajaran
- Inilah balasan kepada orang-orang
yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
- Ketika berdakwah tidak ramai orang
yang layan baginda. 950 tahun hanya 70 orang pengikut.
- Allah SWT suruh buat kapal bukannya
di tepi laut dan tidak pernah orang lain buat kapal. Inilah kapal pertama
yang diilhamkan oleh Allah SWT keapad Nabi Nuh AS. Baginda diejek oleh
kaumnya. Nabi Nuh AS terus buat bersama orang-orang yang beriman. Bila sampai
banjir, mereka selamat.
- Inilah lambang orang yang cemerlang
dalam membuat kebaikan (Muhsinin). Dia selalu buat yang terbaik untuk
mengikut perintah Allah SWT.
- Kita pun kenalah jadi orang yang
cemerlang. Ketika orang lain tidak mahu buat baik, kita buat baik. Itulah
ciri orang muhsinin.
Ayat 37:81
إِنَّهُۥ
مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari
hamba-hamba Kami yang beriman.
Pengajaran
- Nabi Nuh AS itu daripada
hamba-hamba Allah yang beriman.
- Orang yang baik mesti asasnya iman.
Ayat 37:82
ثُمَّ
أَغْرَقْنَا ٱلْءَاخَرِينَ
Kemudian Kami tenggelamkan golongan
yang lain (yang mendustakannya).
Pengajaran
- Orang yang tidak beriman kepada
Allah SWT ditenggelamkan.
- Dalam hidup ini kita mungkin
ditenggelamkan dalam masalah kalau tidak beriman. Bila ada iman, kita akan
dapat jalan penyelesaian daripada masalah.
- Kalau kita tidak mahu tenggelam
dalam hidup ini kita kena cari iman. Salah satu cara untuk membina iman
adalah bersama al-Quran, baca, faham, amal.
Ayat 37:83
وَإِنَّ
مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبْرَٰهِيمَ
Dan sesungguhnya di antara
orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi
Ibrahim.
Pengajaran
- Nabi Ibrahim AS mengikut dan
menegakkan ajaran Nabi Nuh AS. Baginda adalah keturunan Nabi Nuh daripada
anaknya Sam.
Ayat 37:84
إِذْ
جَآءَ رَبَّهُۥ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Ketika ia mematuhi perintah
tuhannya dengan hati yang suci murni.
Pengajaran
- Nabi Ibrahim mempunyai hati yang
suci murni (Qalbin Salim).
- Qalbin salim maknanya baginda tidak
mensyirikkan Allah SWT. Baginda tidak ada sifat riak yang boleh membawa
kepada sifat mazmumah atau akhlak yang keji.
- Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi
Ismail AS dikaitkan dengan sifat 'halim'. Dalam al-Quran ada dua nabi yang
dikaitkan dengan halim, iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Ayat 37:85
إِذْ
قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦ مَاذَا تَعْبُدُونَ
Ketika ia berkata kepada bapanya
dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?
Pengajaran
- Salah satu daripada ciri orang yang
mempunyai qalbin salim ialah dia sejahtera ketauhidannya kepada Alah SWT.
- Bila nampak sesuatu yang tidak kena
walaupun pada orang yang dekat iaitu ayahnya dan kaumnya, Nabi Ibrahim AS
menegur mereka.
- Hatinya yang sejahtera, tidak
mungkin melakukan perkara syirik kepada Allah SWT.
Ayat 37:86
أَئِفْكًا
ءَالِهَةً دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ
"Patutkah kamu menyembah
tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran
semata-mata (bukan kerana benarnya)?
Pengajaran
- Nabi Ibrahim AS bertanya kepada
ayahnya tentang perbuatan ayahnya yang menyembah tuhan selain Allah SWT dan
memutar belitkan kebenaran.
- Nabi Ibrahim AS sejak kecil
mempunyai fitrah kebaikan. Semoga kita dapat didik anak untuk berbuat
kebaikan.
- Pelajarannya: anak-anak kita
sebelum mencecah 40 tahun, dididik dengan fitrah kebaikan. Nabi yang ada
fitrah kebaikan, miliki qalbun salim dan dapat menyeru masyarakat tidak
mensyirikkan Allah SWT.
Ayat 37:87
فَمَا
ظَنُّكُم بِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
"Maka bagaimana fikiran kamu
pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"
Pengajaran
- Nabi Ibrahim AS bertanya pendapat
ayahnya tentang tuhan yang menciptakan sekalian alam.
Ayat 37:88
فَنَظَرَ
نَظْرَةً فِى ٱلنُّجُومِ
Kemudian ia memandang dengan satu
renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),
Pengajaran
- Nabi Ibrahim AS melihat bintang-bintang
di langit.
- Sepatutnya bila nampak bintang
ucapkan Subhanallah. Tetapi mereka sembah bintang-bintang.
Ayat 37:89
فَقَالَ
إِنِّى سَقِيمٌ
Lalu berkata: "Sesungguhnya
aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".
Pengajaran
- Nabi Ibrahim AS menjawab baginda
sakit kerana tidak mahu turut serta dalam pesta syirik.
- Baginda bukan sakit fizikal tetapi
sakit untuk melihat kaumnya melakukan syirik.
Ayat 37:90
فَتَوَلَّوْا۟
عَنْهُ مُدْبِرِينَ
Setelah (mendengar kata-katanya)
itu, mereka berpaling meninggalkan dia.
Pengajaran
- Mereka lalu meninggalkannya.
Ayat 37:91
فَرَاغَ
إِلَىٰٓ ءَالِهَتِهِمْ فَقَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ
Lalu ia pergi kepada
berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada
berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?
Pengajaran
- Ketika temasya berlangsung, Nabi
Ibrahim AS pergi kepada berhala-berhala dan bertanya mereka secara sinis
kenapa mereka tidak makan.
- Baginda berdialog dengan
berhala-berhala. Sebenarnya baginda hendak mengajar mana mungkin hendak
menyembah kepada tuhan tipu.
Ayat 37:92
مَا
لَكُمْ لَا تَنطِقُونَ
"Mengapa kamu tidak
menjawab?"
Pengajaran
- Ditanya lagi kenapa mereka tidak
menjawab.
Ayat 37:93
فَرَاغَ
عَلَيْهِمْ ضَرْبًۢا بِٱلْيَمِينِ
Lalu ia memukul berhala-berhala itu
dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
Pengajaran
- Lalu Nabi Ibrahim AS memukul
berhala itu dengan tangan kanannya sehingga pecah.
Ayat 37:94
فَأَقْبَلُوٓا۟
إِلَيْهِ يَزِفُّونَ
(Setelah kaumnya mengetahui hal
itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
Pengajaran
- Setelah kaumnya mengetahui hal itu,
mereka datang beramai-ramai kepada Nabi Ibrahim AS.
Ayat 37:95
قَالَ
أَتَعْبُدُونَ
مَا تَنْحِتُونَ
(Bagi menjawab bantahan mereka), ia
berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
Pengajaran
- Nabi Ibrahim AS bertanya patutkah
mereka menyembah berhala yang mereka sendiri buat?
Ayat 37:96
وَٱللَّهُ
خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ
"Padahal Allah yang mencipta
kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
Pengajaran
- Nabi Ibrahim berkata lagi bahawa Allah
SWT yang menciptakan mereka dan apa yang mereka amalkan.
Ayat 37:97
قَالُوا۟
ٱبْنُوا۟ لَهُۥ بُنْيَٰنًا فَأَلْقُوهُ فِى ٱلْجَحِيمِ
(Setelah tak dapat berhujah lagi,
ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk
membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang
itu".
Pengajaran
- Kaumnya tidak dapat menjawab, habis
hujah.
- Mereka menggunakan kekerasan.
Mereka bina sebuah tempat untuk membakar Nabi Ibrahim AS. Kemudian mereka
lemparkan Nabi Ibrahim AS ke dalam api yang menjulang-julang itu.
Ayat 37:98
فَأَرَادُوا۟
بِهِۦ كَيْدًا فَجَعَلْنَٰهُمُ ٱلْأَسْفَلِينَ
Maka mereka (dengan perbuatan
membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu
Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya
maksudnya).
Pengajaran
- Mereka hendak melakukan angkara
yang menyakitinya, lalu Allah SWT jadikan mereka orang-orang yang terkebawah iaitu
tidak berjaya.
- Allah SWT gunakan perkataan 'kami'
bermakna Nabi Ibrahim AS tidak berseorangan. Allah SWT bersama Nabi Ibrahim
AS dan api itu menjadi sejuk bila Nabi Ibrahim dilempar ke dalamnya.
- Mereka bukan lawan Nabi Ibrahim
tetapi lawan Tuhan Nabi Ibrahim AS.
- Dalam hidup ini kalau kita buat
baik, kalau ada orang lawan, dia bukan lawan kita tetapi lawan Tuhan kita.
Kita perlu teruskan perjuangan seperti Nabi Ibrahim AS.
- Kaumnya menjadi orang yang hina dan
diazab oleh Allah SWT.
Ayat 37:99
وَقَالَ
إِنِّى ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّى سَيَهْدِينِ
Dan Nabi Ibrahim pula berkata:
"Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku
(ke jalan yang benar).
Pengajaran
- Selepas Nabi Ibrahim AS selamat
daripada dibakar oleh kaumnya yang main kasar, itu tandanya baginda boleh
berhijrah.
- Tanda masa yang sesuai untuk
berhijrah ialah apabila ditentang secara fizikal.
- Baginda mengatakan bahawa Allah SWT
akan menunjukkannya ke jalan yang benar. Maka baginda berhijrah dari Iraq ke
Palestine dan Mekah untuk berdakwah.
Ayat 37:100
رَبِّ
هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah
kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
Pengajaran
- Sepanjang dakwahnya tidak ramai
yang ikut seruan baginda. Nabi Ibrahim AS berdoa: "Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
- Nabi Nuh AS juga berdoa. Pengajarannya,
kalau kita hendak jadi ahli syurga, orang mukhlasin, kena banyak berdoa.
Banyakkan berdoa pada Allah SWT ketika senang dan susah terutama setelah
selesai buat kerja yang baik. Itulah adalah masa doa mudah dimakbulkan oleh
Allah SWT.
Ayat 37:101
فَبَشَّرْنَٰهُ
بِغُلَٰمٍ حَلِيمٍ
Lalu Kami berikan kepadanya berita
yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
Pengajaran
- Tidak lama selepas itu Allah SWT
berikan khabar gembira bahawa baginda akan mendapat anak yang amat-amat sabar
(halim) kerana Nabi Ibrahim AS sendiri adalah seorang yang 'halim'.
- Doa ini bukan sekadar untuk dapat
anak soleh. Jika kita tidak ada anak, kita ada kawan-kawan yang soleh yang dapat
menjauhkan kita daripada terjerumus ke dalam neraka.
- Jangan kecewa, yang penting kita
dapat bersama orang-orang soleh. Syurga itu penuh dengan orang-orang soleh.
Kita harap dapat bersama orang soleh di dalam syurga.
Ayat 37:102
فَلَمَّا
بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Maka ketika anaknya itu sampai (ke
peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi
Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat
dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa
pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari
orang-orang yang sabar".
Pengajaran
- Ayat ini sinonim dengan Aidil Adha.
- Apabila anaknya sampai ke peringkat
umur yang membolehkan dia berusaha bersamanya, Nabi Ibrahim AS bertanya
kepada anaknya tentang mimpinya yang disuruh menyembelih anaknya itu. Anaknya
menyuruhnya meneruskan dan ia akan menjadi orang yang sabar.
- Ini adalah satu ujian, dan ia juga
adalah lambang kepada orang-orang yang bersedia untuk dijemput ke syurga
Allah SWT.
- Semoga kita diberi kesabaran yang
tinggi seperti Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
RESOLUSI
Ingat!
- Jaga hati agar sejahtera daripada perkara
yang syirik (37:83-84)
- Sedia berjuang dengan bersungguh-sungguh
walau ada risiko dalam dakwah (37:97)
- Berdoa mendapat zuriat soleh selepas berbuat
perkara baik (37:100)
Saya berasa lega,
Allah SWT ingatkan supaya jaga hati agar sejahtera daripada perkara yang
syirik.
Saya jelas
saya mesti jaga hati agar sejahtera daripada perkara yang syirik. Saya jelas
saya mesti sedia berjuang dengan bersungguh-sungguh walau ada risiko dalam
dakwah. Saya jelas saya mesti berdoa mendapat zuriat soleh selepas berbuat
perkara baik.
Ya Allah,
bimbing kami untuk jaga hati agar
sejahtera daripada perkara yang syirik. Ya Allah, bantu kami untuk berjuang
dengan bersungguh-sungguh walau ada risiko dalam dakwah. Ya Allah, kurniakan
kami zuriat yang soleh.
Ya
Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu;
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan
dosa kami, Ya Allah. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib.
|