|
PERKATAAN HARI INI وَفَى Sempurna, menepati janji. 66 kali disebut di dalam al-Quran |
|
SINOPSIS
|
|
Mukadimah Alhamdulillah, kita
dapat meneruskan pengajian pada halaman 466 Surah Al-Zumar. Semoga kita terus istiqomah
dengan al-Quran. Kita bersyukur betul kerana diberi peluang berada dalam
bulan Ramadan kali ini. Syukur adalah tanda kehambaan. Ramadan adalah
peluang untuk kita membina perlindungan kepada diri dan keluarga kita di
dunia ini daripada menjadi bahan bakaran api neraka di akhirat nanti. Ini
adalah nikmat yang perlu kita syukuri benar-benar dengan kanta hidayah
daripada Allah SWT. Pada ayat 67,
Allah SWT menyatakan kuasaNya bahawa seluruh langit dan bumi adalah dalam
genggaman Allah SWT pada hari kiamat. Pada hari itu semuanya akan hancur dan
gelap. Jom jadi
rombongan ke syurga! Ayat 39:68 وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَصَعِقَ
مَن فِى
ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا مَن شَآءَ ٱللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا
هُمْ قِيَامٌ يَنظُرُونَ Dan sudah tentu
akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada
di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah
(terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan
serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). Pengajaran
Ayat 39:69 وَأَشْرَقَتِ ٱلْأَرْضُ
بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ
ٱلْكِتَٰبُ وَجِا۟ىٓءَ بِٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَقُضِىَ
بَيْنَهُم بِٱلْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ Dan akan
bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan
akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa
Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil,
sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. Pengajaran
Ayat 39:70 وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَّا عَمِلَتْ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَا يَفْعَلُونَ Dan akan
disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa yang telah dikerjakannya,
dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan. Pengajaran
Ayat 39:71 وَسِيقَ ٱلَّذِينَ
كَفَرُوٓا۟ إِلَىٰ جَهَنَّمَ
زُمَرًا حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا فُتِحَتْ
أَبْوَٰبُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَآ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَتْلُونَ
عَلَيْكُمْ ءَايَٰتِ رَبِّكُمْ
وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَآءَ يَوْمِكُمْ
هَٰذَا قَالُوا۟ بَلَىٰ وَلَٰكِنْ حَقَّتْ
كَلِمَةُ ٱلْعَذَابِ عَلَى ٱلْكَٰفِرِينَ Dan orang-orang
kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga
apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah
penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu
Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat
Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka
menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas
orang-orang yang kafir. Pengajaran
Ayat
39:72 قِيلَ ٱدْخُلُوٓا۟
أَبْوَٰبَ جَهَنَّمَ خَٰلِدِينَ
فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى
ٱلْمُتَكَبِّرِينَ (Setelah itu)
dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu
dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi
orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam. Pengajaran
Ayat 39:73 وَسِيقَ ٱلَّذِينَ
ٱتَّقَوْا۟ رَبَّهُمْ إِلَى ٱلْجَنَّةِ زُمَرًا
حَتَّىٰٓ إِذَا
جَآءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَٰبُهَا
وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا
سَلَٰمٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ
فَٱدْخُلُوهَا خَٰلِدِينَ Dan orang-orang
yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan
berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang
pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka
dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka
silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di
dalamnya" (mereka pun masuk) Pengajaran
Ayat 39:74 وَقَالُوا۟ ٱلْحَمْدُ
لِلَّهِ ٱلَّذِى صَدَقَنَا
وَعْدَهُۥ وَأَوْرَثَنَا ٱلْأَرْضَ
نَتَبَوَّأُ مِنَ
ٱلْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَآءُ
فَنِعْمَ أَجْرُ ٱلْعَٰمِلِينَ Serta mereka
berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya
kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan
sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja
kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi
orang-orang yang beramal". Pengajaran
Ayat 39:75 وَتَرَى ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ حَآفِّينَ
مِنْ حَوْلِ ٱلْعَرْشِ
يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
وَقُضِىَ بَيْنَهُم بِٱلْحَقِّ
وَقِيلَ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ
رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ Dan (pada hari
itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan
bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan
(masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: "Segala
puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh
alam!" Pengajaran
Puasa Ramadan panas
dan haus Waktu berbuka
memang amat ceria Kuatkan amal
menuju Firdaus Pintu sudah di
buka, mahukah kita? RESOLUSI Ingat!
Saya berasa lega,
Allah SWT ingatkan supaya mempersiapkan amal yag terbaik untuk diri, keluarga
dan orang sekeliling agar kami dapat sertai rombongan ke syurga. Saya jelas
saya mesti imani proses kebangkitan dan pembalasan amal yang pasti terjadi.
Saya jelas saya mesti mempersiapkan amal yang terbaik untuk diri, keluarga
dan orang sekeliling. Saya jelas untuk memulai dan menutup segala bentuk
aktiviti dengan memuji Allah SWT. Saya jelas untuk mengagungkan kebesaran
Allah SWT dengan banyakkan tasbih, tahmid dan takbir. Ya Allah, bimbing kami untuk imani proses kebangkitan dan pembalasan amal yang pasti terjadi. Ya Allah, pimpin kami untuk mempersiapkan amal yang terbaik untuk diri, keluarga dan orang sekeliling. Ya Allah, ingatkan kami untuk memulai dan menutup segala bentuk aktiviti dengan memuji Mu. Ya Allah, bimbing kami untuk mengagungkan kebesaran Mu dengan banyakkan tasbih, tahmid dan takbir. |