Surah Az-Zumar (Rombongan) Ayat 32-75 (sambungan)
• Al-Quran kitab yang sempurna (32-37)
• Al-Quran diturunkan untuk manusia (38-41)
• Roh kita dalam genggaman Allah (42-44)
• Sikap orang kafir (45-51)
Disebut nama Allah SWT, rasa mual dan gelisah.
Mereka buat-buat lupa Allah itu pencipta langit dan bumi.
Jika diberi semua di bumi akan guna semua untuk tebus azab di akhirat nanti.
Ketika susah akan mengeluh, jika mendapat nikmat akan berkata, "Semua ini hasil daripada titik peluhku sendiri.”
• Iktibar kepada orang beriman (52-59)
Tidak wajar kita lupa Allah SWT yang memberi rezeki.
Jangan putus asa dari pada rahmat Allah SWT.
Kembali kepada Allah SWT dan beribadat terus kepada-Nya.
Jangan sampai menyalahkan diri sendiri dan menuduh Nabi Muhammad SAW ahli sihir.
Jangan sampai menyalahkan Allah SWT tidak memberi petunjuk.
Jangan cuba hendak merayu sebaik sahaja melihat azab neraka untuk kembali berbuat kebajikan.
• Muka orang kafir di akhirat (60-66)
• Kiamat tetap akan berlaku (67-70)
• Orang kafir berarak ke neraka (71-72)
• Orang beriman berarak ke syurga (73-75)
Surah Al-Mukmin atau Ghafir (Orang yang diampunkan) Ayat 1-85
Dinamakan dengan Ghafir kerana kalimah tersebut adalah sifat pertama yang Allah tetapkan bagi diri-Nya dalam surah ini, pada ayat 3. Ia merujuk sifat Allah yang sentiasa mengampuni dosa orang yang bertaubat.
Surah ini juga dinamakan Mukmin kerana ia menyebutkan kisah seorang lelaki mukmin dari pengikut Firaun yang membela Nabi Musa a.s dan kisah tersebut tidak disebutkan di dalam surah lain.
Dimulakan dengan Allah bersumpah dengan huruf HAA, MIIM, untuk membuktikan al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Diakhiri dengan amaran, keimanan yang dilafazkan selepas melihat bencana di depan mata tidak akan diterima. Itulah ketetapan yang tidak boleh diubah lagi. Ketika itu, orang kafir dalam kerugian.
Tema: Kepentingan dakwah dan bertawakal kepada Allah.
• Allah SWT sedia memberi pengampunan (1-6)
• Doa malaikat untuk kita (7-12)
• Sembahkah Allah dengan penuh keikhlasan (13-20)
• Iktibar dari sejarah Nabi Musa (21-35)
• Firaun membuat tangga ke langit (36-52)
• Iktibar dari kitab Taurat (53-60)
• Semua ciptaan Allah untuk kita (61-66)
• Imbau semula kejadian Nabi Adam (67-81)
• Ambil iktibar daripada sejarah (82-85)
Surah Fussilat (Dijelaskan) Ayat 1-46
Nama surah disebut pada ayat 3, merujuk kepada al-Quran ini sesungguhnya memiliki penjelasan dengan hujah-hujah dan bukti-bukti.
Dimulai dengan Allah bersumpah dengan huruf HAA dan MIIM, untuk membuktikan al-Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab itu, di wahyukan oleh Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang. Diakhiri dengan pernyataan: tanda kebesaran Allah terdapat di mana-mana sahaja di alam ini, termasuk dalam diri kita sendiri. Padalah Allah saja yang menjadi saksi. Dia berada setiap masa di sisi kita. Itu sebab Dia dikatakan Maha Mengetahui.
Tema: Menerima perintah Allah dengan baik.
• Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT (1-8)
• Manusia memang tidak patut (9-18)
• Kenapa orang kafir dikatakan kerugian? (19-36)
• Tanda kekuasaan Allah (37-46)
Doa-doa dalam Juzuk 24
قُلِ ٱللَّهُمَّ فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ عَـٰلِمَ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ أَنتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِى مَا كَانُوا۟ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ٤٦
"Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya". (Az-Zumar ayat 46)
رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَىْءٍۢ رَّحْمَةًۭ وَعِلْمًۭا فَٱغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا۟ وَٱتَّبَعُوا۟ سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ ٱلْجَحِيمِ ٧
"Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. (Az-Zumar ayat 7)
رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّـٰتِ عَدْنٍ ٱلَّتِى وَعَدتَّهُمْ وَمَن صَلَحَ مِنْ ءَابَآئِهِمْ وَأَزْوَٰجِهِمْ وَذُرِّيَّـٰتِهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ ٨
"Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Az-Zumar ayat 8)
وَقِهِمُ ٱلسَّيِّـَٔاتِ ۚ وَمَن تَقِ ٱلسَّيِّـَٔاتِ يَوْمَئِذٍۢ فَقَدْ رَحِمْتَهُۥ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ ٩
"Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)". (Az-Zumar ayat 9)
Wallahua’lam
Rujukan
1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

