Monday, May 1, 2023

Halaman 14 : Al-Baqarah, 2:89-93

PERKATAAN HARI INI


صدق  Membenarkan
155 kali disebut dalam al-Quran


SINOPSIS   

  1. Sikap kaum Yahudi terhadap para Rasul dan kitab-kitab yang diturunkan Alah (2:89)
  2. Kaum Yahudi mengingkari kitab yang diturunkan Allah dan membunuh para Nabi (2:90-91)
  3. Membidas dakwaan mereka bahawa mereka beriman kepada Taurat (2:92-93)


Mukadimah

Buat yang terbaik untuk mendapat hadiah (Huda) daripada Allah. Semoga dengan tadabbur al-Quran, kita dapat rasakan yang setiap hari kita mendapat hadiah baru sebagai tanda kasih sayang daripada Allah ar-Rahman.

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ - 10:58

Katakanlah (Muhammad), “Dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” (Yunus, 10:58)

Sekurang-kurangnya 17 kali kita berbicara dengan Allah dengan membaca Al-Fatihah. Kita memohon Allah tunjukkan jalan orang-orang yang diberikan nikmat. Kalau ada ujian kepayahan kita minta Allah angkat kepayahan dengan cara nikmat.

Nikmat berbuat kebaikan dengan berbagai cara, contohnya share nota tadabbur dan lain-lain.

Dalam al-Fatihah ada nikmat tauhid, nikmat jadi hamba, nikmat Rasululullah SAW yang menunjukkan kepada kita cara yang betul untuk menjalani kehidupan.

Contoh orang yang tidak menghargai nikmat ialah Kaum Yahudi yang sedang dibincang dalam surah al-Baqarah.

Jenayah Yahudi yang berturutan sebagai pelajaran untuk kita jangan berperangai seperti mereka.


Ayat 89 

وَلَمَّا جَآءَهُمْ كِتَـٰبٌۭ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌۭ لِّمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا۟ مِن قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُوا۟ كَفَرُوا۟ بِهِۦ ۚ فَلَعْنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلْكَـٰفِرِينَ ٨٩

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.


Ayat ini spesifik untuk orang-orang Yahudi di zaman itu yang kufur dan ingkar. Mereka ada Taurat dan di dalamnya ada tersebut tentang al-Quran tetapi mereka tidak mahu percaya. Mereka kufur kepada nikmat kitab ini. Mereka meminta pula kemenangan walaupun mereka ingkar. Akhirnya mereka yang terus kufur. 


Pengajaran

  1. Jangan memilih-milih guru untuk belajar. Bimbang jadi macam orang Yahudi.
  2. Allah laknat orang yang ingkar.
  3. Jangan racist.


Ayat 90-91

بِئْسَمَا ٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ أَن يَكْفُرُوا۟ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بَغْيًا أَن يُنَزِّلَ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ ۖ فَبَآءُو بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍۢ ۚ وَلِلْكَـٰفِرِينَ عَذَابٌۭ مُّهِينٌۭ ٩٠

Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا۟ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُوا۟ نُؤْمِنُ بِمَآ أُنزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرُونَ بِمَا وَرَآءَهُۥ وَهُوَ ٱلْحَقُّ مُصَدِّقًۭا لِّمَا مَعَهُمْ ۗ قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُونَ أَنۢبِيَآءَ ٱللَّهِ مِن قَبْلُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ٩١

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".


Allah membongkar semula psikologi orang yang menerima kitab. Antara sebab mereka tidak mahu berubah ialah mereka tidak berpuas hati dengan Nabi Muhammad SAW yang bukan dari kaum mereka. Allah boleh berikan kurniaan (wahyu) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sifat dengki ini amat ketara di kalangan Yahudi semasa nabi di Madinah. 


Pengajaran

  1. Allah boleh berikan kurniaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
  2. Sesiapa sahaja boleh meneruskan risalah wahyu daripada Nabi Muhammad SAW.
  3. Jangan dengki kalau kebenaran itu datang daripada sesiapa pun. 
  4. Elakkan berasa dengki bila melihat kelebihan yang ada pada orang lain.
  5. Ingat, ada orang lain yang lebih pandai daripada kita kerana itu adalah kurniaan Allah.
  6. Kemurkaan Allah kepada orang yang berperangai seperti Yahudi (kufur dan dengki).
  7. Sentiasalah membenarkan al-Quran.
  8. Kalau mengaku beriman jangan kufur (menyembunyikan kebenaran daripada al-Quran).
  9. Al-Quran itu membenarkan. Membenarkan bukan sahaja di hati tapi dijelmakan dalam perbuatan.
  10. Jadilah orang yang membenarkan kitab. Mereka ialah para Nabi, Siddiqin, Syuhadak, dan orang-orang soleh.
  11. Bina keimanan dengan meningkatkan interaksi bersama al-Quran.


Ayat 92

۞ وَلَقَدْ جَآءَكُم مُّوسَىٰ بِٱلْبَيِّنَـٰتِ ثُمَّ ٱتَّخَذْتُمُ ٱلْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِهِۦ وَأَنتُمْ ظَـٰلِمُونَ ٩٢

Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.


Mereka menyebut mereka beriman ke atas apa yang diturunkan kepada mereka. Antara jenayah yang mereka buat, mereka bukan setakat tidak membenarkan kitab tetapi membunuh nabi-nabi. Mereka ada Nabi Musa tetapi mereka mengambil anak lembu pula untuk disembah sedangkan Nabi Musa datang dengan bukti yang nyata. 

Anak lembu adalah lambang berhala. Berhati-hatilah meletak "dream catcher" yang dibeli di kedai Dua Ringgit dalam kereta dan mempercayainya. Takut jadi syirik. Berhala boleh wujud dalam berbagai bentuk. Berhala dalam diri juga adalah sangat bahaya. 

Surah al-Baqarah bermakna "lembu betina". Allah suruh sembelih lembu betina sebab dalam tradisi manusia, lembu adalah lambang berhala yang menjadi sembahan kepada agama. Daripada dulu sampai sekarang masih ada lagi agama itu.  Salah satu daripada berhala dalam diri ialah sifat dengki (bagyan), tak puas hati kalau ada kelebihan dapat pada orang lain.


Pengajaran

  1. Al-Quran adalah bukti nyata yang masih kekal hingga sekarang.
  2. Al-Quran membenarkan Taurat.
  3. Sampaikan teguran Allah yang terdapat dalam al-Quran.
  4. Jangan buat perkara-perkara yang boleh membawa kepada "berhala".
  5. Jangan dengki kalau kelebihan dapat pada orang lain.
  6. Jadilah umat Alhamdulillah.


Ayat 93

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَـٰقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ ٱلطُّورَ خُذُوا۟ مَآ ءَاتَيْنَـٰكُم بِقُوَّةٍۢ وَٱسْمَعُوا۟ ۖ قَالُوا۟ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَأُشْرِبُوا۟ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلْعِجْلَ بِكُفْرِهِمْ ۚ قُلْ بِئْسَمَا يَأْمُرُكُم بِهِۦٓ إِيمَـٰنُكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ٩٣

Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): "Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)". Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):" Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".


Allah menempelak Bani Israel dengan menyerapkan ke dalam hati mereka kepercayaan bahawa anak lembu itu bermanfaat bagi mereka. Ini akibat kederhakaan mereka. Ada umat Islam yang mengaku beragama, tetapi mereka membunuh dan membuat kerosakan di bumi. Contohnya, bila kita tidak menjaga alam sekitar, bermakna kita ingkar kepada janji dengan Allah. 


Pengajaran

  1. Guna kuasa semampu mungkin untuk menegakkan al-Quran.
  2. Jangan main-main dengan Tuhan.
  3. Jaga hati betul-betul agar tidak jadi orang yang membuat maksiat (derhaka kepada Allah).
  4. Ikut apa yang Allah inginkan, bukan ikut keinginan sendiri.
  5. Kesan penderhakaan kepada Allah akan membawa keburukan kepada diri.
  6. Kalau betul beragama dan beriman, jangan cetus perkara yang boleh bawa mudarat kepada kehidupan (membunuh orang, tidak jaga alam sekitar, tidak jaga hubungan dengan manusia)
  7. Perjuangkan sunnah Rasulullah SAW.
  8. Minta hidayah daripada Allah agar terpimpin di jalan yang betul.
  9. Jangan jadi umat yang mengelat dan mengelak
  10. Jadi ummat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa bersama (tidak berpecah).


RESOLUSI 

Ingat !!

  1. Manfaatkan hidayah betul-betul dan jangan mempermainan Allah kerana ikut sifat dengki (2:89)
  2. Elakkan keimanan batil atau palsu (2:91)
  3. Gunakan kesungguhan dan kekuatan untuk melaksanakan syariat Allah (2:93)

Lega kerana Allah terus dedahkan sifat buruk kaum Yahudi agar kita tidak buat perkara yang sama.

Saya jelas untuk manfaatkan hidayah Allah dengan terus bersungguh-sungguh mengkaji al-Quran untuk dapat hadiah lebih banyak.

Ya Allah, bimbing kami untuk manfaatkan hidayah betul-betul. Ya Allah, jauhi kami daripada mempermainan-Mu kerana ikut sifat dengki. Ya Allah, elakkan kami daripada keimanan batil atau palsu. Ya Allah, bantu kami untuk gunakan kesungguhan dan kekuatan bagi melaksanakan syariat-Mu. Ya Allah, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Jauhi kami dari azab neraka. Aamiin ya Mujib.


Rujukan: MyQuranTime

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...