Monday, May 1, 2023

Halaman 15 : Al-Baqarah, 2:94-101

PERKATAAN HARI INI


خلص maknanya ikhlas, khusus, bersih
31 kali disebut dalam al-Quran 


SINOPSIS   

  1. Tamaknya kaum Yahudi terhadap kehidupan (2:94-96)
  2. Sikap kaum Yahudi terhadap Jibril, Mikhail dan para rasul (2:97-98)
  3. Kaum Yahudi ingkar terhadap al-Quran dan melanggar perjanjian (2:99-101)


Mukadimah

Salah satu nikmat besar daripada ar-Rahman ialah al-Quran. Allah menghadiahkan kepada kita dan kita seharusnya sudi menerima hadiah ini. Salah satu caranya, Allah mengatur bagi kita program tadabbur sebagai peluang untuk kita mendekati al-Quran. Jangan buang ke belakang anugerah Allah seperti yang Bani Israel lakukan terhadap Taurat. 

Al-Fatihah diulang berkali-kali. Jangan bosan membaca al-Fatihah. Jika kita merasa bosan, tanda hati kita sedang ada masalah. Ubatlah hati dengan al-Quran. Halaman 2 bercakap tentang hati yang hidup. Halaman 3, ayat 6-7 bercakap tentang hati yang mati, ayat 8-20 tentang hati yang sakit. Hati yang sakit ditunjukkan oleh Bani Israel yang suka mempermain-mainkan apa yang Allah sampaikan. Mereka suka memutar-belitkan ayat-ayat Allah.


Ayat 94

قُلْ إِن كَانَتْ لَكُمُ ٱلدَّارُ ٱلْـَٔاخِرَةُ عِندَ ٱللَّهِ خَالِصَةًۭ مِّن دُونِ ٱلنَّاسِ فَتَمَنَّوُا۟ ٱلْمَوْتَ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ ٩٤

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar".


Pengajaran

Allah suruh kepada Bani Israel pegang apa yang diberi dengan penuh kekuatan (ayat 93). Mereka degil dan melawan menyebabkan mereka menjadi syirik iaitu menyembah anak lembu. Kerana kedegilan mereka teruk sangat, Allah tak mahu cakap lagi dengan mereka secara direct. Pada ayat 94, Allah suruh Nabi Muhammad SAW beri amaran kepada kaum Yahudi yang ada di Madinah.

Kaum Yahudi tamak dan amat pentingkan dunia. Hati terikat dengan dunia dan mereka takut mati. Mereka tidak buat persediaan untuk akhirat.

Perkataan penting di hujung ayat 94 ialah صَادِقِينَ orang-orang yang benar. 

Hadis: Sesungguhnya kejujuran akan membimbing kepada kebaikan dan kebaikan akan membimbing ke syurga. Sesiapa yang berlaku jujur, dia akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur dan sesungguhnya kedustaan akan membawa kepada kejahatan dan kejahatan akan mengirim ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang selalu berdusta maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.

Pada ayat 31, sewaktu Allah menjadikan Nabi Adam sebagai khalifah, malaikat bertanya kenapa memilih manusia tetapi setelah diberitahu kebenaran oleh Allah, mereka akur dan memohon ampun (ayat 32). Kaum Bani Israel bukan begitu sikap mereka. Di antara orang Yahudi dan Musyrik Mekah, orang Yahudi lebih takut mati. 


Ayat 95

وَلَن يَتَمَنَّوْهُ أَبَدًۢا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِٱلظَّـٰلِمِينَ ٩٥

Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.


Pengajaran

  1. Mereka sebenarnya takut mati kerana sedar bahawa mereka banyak berbuat dosa di dunia dan hati juga sudah lekat kepada dunia. 
  2. Allah Maha Mengetahui perbuatan orang yang melanggar perintah-Nya. 
  3. Kaedah orang Islam, kita tidak pasti masuk syurga melainkan kalau kita pegang betul-betul janji dengan Allah.
  4. Teguhkan iman tentang hari pembalasan (Yaumiddin).
  5. Jangan takut mati untuk menegakkan Tauhid.
  6. Allah beri keistimewaan di akhirat untuk orang bertaqwa.
  7. Kesediaan mati kerana iman adalah ujian yang penting bagi seorang yang mengaku dirinya mukmin.
  8. Orang yang banyak buat dosa takut mati.
  9. Ingat mati menjadikan kita orang-orang yang benar ( صَادِقِينَ ).


Ayat 96

وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ ٱلنَّاسِ عَلَىٰ حَيَوٰةٍۢ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍۢ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِۦ مِنَ ٱلْعَذَابِ أَن يُعَمَّرَ ۗ وَٱللَّهُ بَصِيرٌۢ بِمَا يَعْمَلُونَ ٩٦

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.


Pengajaran

  1. Orang musyrik sanggup pergi berperang dan sanggup mati sebagai warrior/pejuang. Tapi orang Yahudi takut pergi perang. Merekalah golongan yang lari semasa perang Uhud kerana takut mati. Psikologi inilah yang menyerang umat Islam sekarang. Takut untuk bercakap tentang wasiat, kematian. Kita kena ingat mati supaya lebih bersemangat untuk tambah amal soleh agar dapat tinggalkan legasi yang amat baik. 
  2. Ini adalah pembongkaran sikap Yahudi yang sememangnya takut mati. Orang banyak berbuat dosa dan maksiat, takut untuk mati. Sikap kaum Yahudi yang sangat tamak melebihi orang kafir musyrik dan memang mereka  tidak bercita-cita untuk mati. Psikologi takut bila buat salah. Bila buat ikut angan-angan kosong. Hasilnya hanya untuk dunia.
  3. Takut mati sebab akidah tak betul.
  4. Jangan tamak akan kehidupan dunia.
  5. Penuhkan umur yang panjang dengan amal soleh.
  6. Allah Maha Melihat apa yang kita buat.
  7. Umur panjang tidak berguna kalau tidak menghargai al-Quran.
  8. Hati perlu dibersihkan dengan ikhlas panduan daripada al-Quran. Bukan ikhlas yang dibuat-buat daripada hawa nafsu.
  9. Ikhlas tak perlu ditonjol-tonjolkan, ia perlu diusahakan.
  10. Allah Maha baik, Maha Adil. Dia sediakan syurga dan neraka untuk memberi balasan yang setimpal kepada manusia berdasarkan amalan semasa di dunia.


Ayat 97-98

قُلْ مَن كَانَ عَدُوًّۭا لِّجِبْرِيلَ فَإِنَّهُۥ نَزَّلَهُۥ عَلَىٰ قَلْبِكَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ مُصَدِّقًۭا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًۭى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ ٩٧

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".

مَن كَانَ عَدُوًّۭا لِّلَّهِ وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَرُسُلِهِۦ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَىٰلَ فَإِنَّ ٱللَّهَ عَدُوٌّۭ لِّلْكَـٰفِرِينَ ٩٨

Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.


Pengajaran

  1. Bani Israel tak puas hati dengan Allah, tak puas hati dengan Malaikat. Mereka bermusuh dengan Jibril yang membawa wahyu al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW, sebab mereka dengki. 
  2. Kalau tak puas hati dengan salah seorang Rasul bermakna tolak semua. Yahudi tolak Jibril tapi percaya kepada Mikail. Allah beritahu, kalau tidak terima salah satu malaikat, Allah musuh mereka. Mereka itu bermasalah. 
  3. Teguhkan iman kepada semua Malaikat.
  4. Yakin bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril.
  5. Keimanan kepada Allah, malaikat dan rasul mesti diambil secara pakej barulah menjadi lengkap.
  6. Jangan asyik tak puas hati dengan orang lain.
  7. Jangan dengki pada orang lain.


Ayat 99

وَلَقَدْ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ءَايَـٰتٍۭ بَيِّنَـٰتٍۢ ۖ وَمَا يَكْفُرُ بِهَآ إِلَّا ٱلْفَـٰسِقُونَ ٩٩

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.


Pengajaran

  1. Ayat pujukan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran yang Allah bagi adalah yang terbaik, al-Bayyinat. Kalau kufur, mereka itu fasik.
  2. بَيِّنَاتٍ Baiyyinah (dari surah Baiyyinah) - Rasul membaca al-Quran untuk menerangkan Tauhid,  menunjukkan cara beribadah dan  gaya hidup (akhlak) berdasarkan panduan daripada al-Quran.
  3. Orang yang menyampaikan al-Quran mesti berakhlak dengan betul sebab itu akan memberi kesan kepada orang yang menerima. Sampaikan dengan hujjah yang betul dan tunjukkan melalui akhlak yang baik. 
  4. Nabi memperjuangkan keadilan untuk semua manusia.
  5. Al-Quran adalah hadiah terbaik untuk kita.
  6. Baca-faham-amal al-Quran menjadikan kita jelas tentang Tauhid, beribadah dengan betul dan berakhlak mulia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.
  7. Orang yang ingkar kepada al-Quran adalah orang fasik.
  8. Sampaikan al-Quran dengan hujjah yang betul.
  9. Orang yang menyampaikan al-Quran mesti berakhlak dengan betul sebab itu akan memberi kesan kepada orang yang menerima.
  10. Keadilan untuk semua manusia.


Ayat 100-101

أَوَكُلَّمَا عَـٰهَدُوا۟ عَهْدًۭا نَّبَذَهُۥ فَرِيقٌۭ مِّنْهُم ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ١٠٠

Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.

وَلَمَّا جَآءَهُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌۭ لِّمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌۭ مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَرَآءَ ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ١٠١

Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).


Pengajaran

  1. نَبَذَ - Tuhan bagi hadiah yang besar (hidayah) tapi mereka baling ke belakang. Itu tanda tidak beradap. Mereka tidak beriman. 
  2. Sebenarnya kaum Yahudi telah memetrai janji dengan Allah, sudah tahu ada kebenaran tetapi mereka baling ke belakang, buat-buat tak tahu. Dapat sesuatu berharga mereka tahu nilainya tetapi oleh kerana ada keinginan yang lain mereka tidak beri perhatian dan baling ke belakang.
  3. Sesiapa yang bermusuh dengan Allah dan rasul-rasul dan malaikat, Allah juga memusuhi mereka dan mereka akan diazab. 
  4. Kitab al-Quran, mesti kita  ambil secara pakej. Bukan separuh-separuh.
  5. Beri perhatian kepada pengajian al-Quran
  6. Sibukkan diri dengan mengkaji al-Quran agar dapat hadiah yang berterusan daripada Allah.
  7. Jangan abaikan sentapan yang dirasai semasa mengkaji al-Quran. 
  8. Sampaikan peringatan dengan hujjah dan akhlak yang baik.
  9. Jadikan diri kita role model yang baik.
  10. Jangan label orang sebagai fasik. Hanya Allah yang tahu.
  11. Mesti adil pada semua manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan.
  12. Jangan suka bertanya soalan yang kita sudah tahu jawapannya. 
  13. Hidayah adalah hadiah paling berharga daripada Allah.


RESOLUSI 

Ingat !!

  1. Jangan kultuskan diri, kumpulan atau kaum (2:94)
  2. Taubat dari dosa kerana ia menyebabkan kita tidak bersedia untuk menghadapi maut (2:95)
  3. Dalami al-Quran agar kita jauh dari fasik atau derhaka (2:99)

Lega kerana Allah berikan penawar untuk hati melalui ayat-ayat pada halaman ini. 

Saya jelas untuk tidak kultuskan diri, kumpulan atau kaum. Saya jelas saya mesti taubat dari dosa kerana ia menyebabkan saya tidak bersedia untuk menghadapi maut. Saya jelas untuk dalami al-Quran agar saya jauh dari fasik atau derhaka.

Ya Allah, jauhi kami daripada kultuskan diri, kumpulan atau kaum. Ya Allah, ampuni kami, terima taubat kami, matikan kami dalam husnul khatimah. Ya Allah, ajar kami untuk dalami al-Quran agar kami jauh dari fasik atau derhaka.


Rujukan: MyQuranTime

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...