PERKATAAN HARI INI
854 kali disebut dalam al-Quran
SINOPSIS
- Kaum Yahudi mempraktikkan sihir dan mantra (2:102-103)
- Etika berbicara kepada Nabi SAW dan pihak yang menentukan beliau menjadi rasul (2:104-105)
Mukadimah
Baca al-Quran untuk dapat pahala dan hidayah daripada Allah. Bani Israel melempar ke belakang kitab yang diberikan. Kesan itulah yang membawa pelajaran hari ini. Mereka ambil sihir kerana merasakan kitab yang diberikan tak cukup powerful. Mereka ambil benda lain sebagai perlindungan. Allah menemplak orang yang suka pilih-plih sendiri.
Ayat 102
وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَـٰنَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌۭ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦ ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشْتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ مِنْ خَلَـٰقٍۢ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ ١٠٢
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Keterangan Ayat
Allah bercerita tentang mereka yang mencampakkan isi kandungan kitab dan kesannya mereka minat pada kitab lain. Tilawah mereka adalah tilawah bersama syaitan.
Nabi Sulaiman adalah nabi yang diangkat oleh Bani Israel. Nabi Sulaiman lambang mulia tapi mereka ambil perkara yang tidak betul. Syaitan-syaitan menyebarkan berita bohong bahawa Nabi Sulaiman a.s. menyimpan lembaran-lembaran sihir. Padahal, syaitanlah yang mengajar sihir yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut. Malaikat sudah buat disclaimer, "Sesungguhnya kami hanya cubaan, sebab itu jangan kamu kufur".
Tapi cabarannya, Bani Israel belajar juga ilmu sihir itu dengan tujuan jahat. Mereka mengamalkan bermacam-macam sihir sehingga terdapat sihir yang mencerai-beraikan suami isteri. Pada masa ini pun teknologi sihir kawasan timur tengah amat mantap. Ramai yang pergi sana bukan untuk cari keredaan Allah, tapi cari Toyol di Mekah.
Bila bercakap tentang ilmu, perkara ini bukanlah tiba-tiba dapat. Apabila kita banyak guna masa belajar wahyu daripada Allah, maka kita tidak akan minat belajar ilmu lain yang tidak diredai Allah. Kita ada banyak masa untuk membaca dan mengkaji al-Quran. Tetapi bila kita tidak beri perhatian kepada al-Quran, atau hanya baca pada waktu tertentu seperti nak kahwin dan kematian sahaja, maka kita gunakan masa tersebut untuk baca daripada sumber yang merosakkan fikiran.
Ilmu yang paling rosak ialah ilmu sihir. Pengalaman sekarang, ada BMW - black magic work, bomoh siam dan lain-lain. Semuanya ada kaitan dengan sihir. Perkara ini adalah menakutkan tapi kita kena ingat bahawa Allah yang paling berkuasa.
Kesan daripada sihir boleh memisahkan suami isteri dan berbagai-bagai kerosakan. Semuanya kerana dengki. Ini berbalik kepada sifat Bani Israel yang dengki, hati yang sakit lalu dijelmakan melalui ilmu sihir untuk merosakkan manusia. Umat islam sekarang pun dengki kuat kecuali kita kembali kepada al-Quran. Cakap Alhamdulillah kalau orang lain dapat. Syukur kalau Allah beri pada kita. Allah dah beri macam-macam, tak perlulah nak sihirkan orang untuk memuaskan hati yang sakit akibat hasutan syaitan.
Orang yang tidak mengindahkan pelajaran daripada al-Quran, syaitan akan menyesat dan menghasut mereka. Syaitan akan jadi teman rapat mereka. Akal mereka akan dikuasai oleh syaitan. Pilihan, Quran atau qarin? Tidak ada mudarat melainkan dengan izin Allah.
Pengajaran
- Kita mesti mengambil perhatian dan memahami seluruh isi al-Quran supaya terhindar daripada hasutan syaitan.
- Orang yang tidak mengikut ajaran al-Quran, Allah akan menyediakan untuknya syaitan sebagai pendamping.
- Kembali kepada al-Quran, maaf memaafkan, itu adalah formula utama untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri.
- Bila disihir, jangan berjumpa orang yang mengubat dengan menggunakan sihir juga. Boleh jatuh kepada syirik. Kembalilah kepada ayat-ayat Allah. Tak perlu lagi sihir kalau kita berpegang dengan al-Quran.
- Orang yang faham al-Quran pasti akan percaya tiada mudharat sihir tanpa izin Allah.
- Bila kurang faham al-Quran, kita akan percaya bahawa jin itu yang memberi manfaat dan mudharat.
- Orang yang mengamalkan sihir, mungkin mendapat sedikit kepuasan di dunia tetapi di akhirat, ia akan di azab.
- Bina iman untuk menangkis kebergantungan kepada makhluk lain.
- Berpegang kuat dengan al-Quran untuk menjauhkan diri daripada amalan sihir dan syirik.
- Amal Muawizatain untuk membatalkan sihir (al-Falaq dan an-Nas)
Ayat 103
وَلَوْ أَنَّهُمْ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَمَثُوبَةٌۭ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ خَيْرٌۭ ۖ لَّوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ ١٠٣
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقُولُوا۟ رَٰعِنَا وَقُولُوا۟ ٱنظُرْنَا وَٱسْمَعُوا۟ ۗ وَلِلْكَـٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ ١٠٤
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Keterangan Ayat
Ra'ina bererti "sudilah kiranya kamu memperhatikan kami". Ketika para sahabat mengucapkan perkataan ini kepada Rasulullah SAW, orang Yahudi memakai kata ini dengan menyebut ru'unah yang bererti "kebodohan yang sangat", sebagai ejekan kepada Rasulullah SAW. رَٰعِنَا jika dibaca panjang, maknanya pengembala kambing. Itulah sebabnya Allah memerintahkan sahabat-sahabat menukar perkataan "ra'ina" kepada "unzurna".
Ayat 105
مَّا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَـٰبِ وَلَا ٱلْمُشْرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ ١٠٥
Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
Keterangan Ayat
Sebahagian saja ahli kitab yang benar-benar kufur, bukan semua. Ahli kitab ada yang jinak hatinya dan peranan kita untuk mendekati mereka dan menyebarkan tentang Al Quran. Yang musyrik memang 'confirm' tidak suka Islam, lebih-lebih lagi bila yang membawanya bukan dari kalangan mereka. Walaupun mereka kufur, janganlah dibenci tetapi kasihani mereka kerana tidak mendapat rahmat. Rahmah ialah kasih sayang, lebih dari mawaddah. Contohnya isteri dah tua pun tetap disayangi dan hidup berkasih sayang.
Sifat tercela sebahagian Yahudi, Nasrani dan orang-orang Musyrik, mereka rasa special, tidak suka langsung ketenangan dan kasih sayang kepada orang Islam. Nampak baik dari segi luaran tapi dari segi akidah mereka tidak suka.
Pengajaran
- Janganlah kita menukar perkataan untuk mengejek orang.
- Orang beriman, jika tahu sesuatu itu fitnah, ia akan diam.
- Jika beriman dan bertaqwa, Allah akan beri ganjaran yang banyak.
- Tahu bukan sekadar di akal, tetapi juga dihati. Hati akan menjadi hidup. Hati hidup pasti berjaya.
- Orang beriman cakap yang terbaik.
- Jangan dengki.
- Beriman dan beramal soleh untuk memperolehi rahmat Allah.
- Allah yang pilih apa yang Dia hendak.
RESOLUSI
Ingat !!
- Elakkan sihir walaupun nampak ada manfaat di dunia (2:102)
- Jaga perkataan agar tidak menyindir atau olok-olokkan orang lain (2:104)
- Jangan dengki pada orang lain kerana itu rahmat Allah (2:105)
Lega kerana Allah akan beritahu Dia memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendaki. Sesiapa sahaja boleh jadi special kalau dia beriman dan beramal soleh.
Saya jelas untuk untuk menjauhkan diri daripada sihir, menyindir dan dengki kepada orang lain.
Ya Allah janganlah Engkau biarkan kami dalam kejahilan. Kurniakan kami ilmu yang benar. Jauhkan kami daripada kejahatan sihir, manusia dan jin. Beri kami iman yang sempurna. Jauhi kami dari sifat yang suka memperololok orang lain dan sifat dengki. Jadikan al-Quran sebagai petunjuk kami untuk menjalani kehidupan yang Engkau redhai. Kurniakan kami taufik dan hidayah agar kami berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Jauhi kami dari azab neraka. Aamiin ya Mujib.