|
1. Azab juga boleh datang pada siang hari. Pengajaran buat
kita, sekarang kita sedang diuji dengan ayat ini dan kita tidak boleh merasa
aman.
2. Orang yang suka rasa aman ketika bermain dan berbuat
maksiat sebelum tidur, mereka inilah yang membuat barakah hilang dalam
sesuatu negeri atau negara.\
Ayat [7:99]
أَفَأَمِنُوا۟ مَكْرَ ٱللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْخَـٰسِرُونَ
Patutkah mereka (bersukaria) sehingga
mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh
Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk
(balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
Mesej dan Tindakan:
1.
Ini adalah peringatan daripada Allah. Banyak kali Allah
mengulang perkataan "adakah mereka merasa aman? Patutkah mereka berasa
aman". Orang beriman sentiasa tidak berasa aman dengan semua
ketentuan/perancangan Allah ( مَكْرَ - grand plan). Perancangan Allah
lah yang lebih tinggi daripada apa sahaja perancanagn manusia.
2.
Orang yang berasa aman adalah orang yang rugi. Kita perlu
didik kesedaran ini dalam ahli keluarga. Ingatkan keluarga tentang solat dan
baca Quran. Sekarang ada orang yang berasa aman dalam rumah, guna telefon
untuk mencaci, memfitnah atau tengok perkara tak baik.
Ayat [7:100)
أَوَلَمْ يَهْدِ لِلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلْأَرْضَ مِنۢ بَعْدِ أَهْلِهَآ أَن لَّوْ نَشَآءُ أَصَبْنَـٰهُم بِذُنُوبِهِمْ ۚ وَنَطْبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ
Adakah (yang demikian itu
tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu
sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami
kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa
mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat
mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?
Mesej dan Tindakan:
1. Bila ada kebejatan berlaku, Allah hancurkan sesuatu negeri
itu dan digantikan dengan kaum lain. Kaum Nabi Hud, Nabi Lut, Nabi Syuaib
yang kufur dahulu dihancurkan.
2. Allah mahu menarik perhatian orang musyrik Mekah tentang
ini, bahawa orang yang dahulu telah dihancurkan. Allah juga boleh mengganti
mereka dan Allah mengunci hati mereka dari mendengar peringatan daripada Nabi
Muhammad SAW.
3. Peringatan untuk kita: Jika kita tidak mengikut perintah
Allah, tipu dalam timbangan, rasuah, Allah akan mengunci hati kita dan kita
tidak dapat mendengar peringatan daripada al-Quran. Umat Nabi Muhammad SAW
tidak dihancurkan terus, tetapi diberi peringatan sedikit demi sedikit.
Ayat [7:101]
تِلْكَ ٱلْقُرَىٰ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنۢبَآئِهَا ۚ وَلَقَدْ جَآءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَـٰتِ فَمَا كَانُوا۟ لِيُؤْمِنُوا۟ بِمَا كَذَّبُوا۟ مِن قَبْلُ ۚ كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِ ٱلْكَـٰفِرِينَ
Negeri-negeri (yang telah Kami
binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu
(wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul
mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka
tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu.
Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir.
Mesej dan Tindakan:
1.
Allah mengingatkan betapa pentingnya menghargai mesej
daripada rasul. Kita ada al-Quran untuk mengubat dua penyakit yang amat
kritikal yang pernah berlaku kepada kaum-kaum terdahulu iaitu lalai dan
sombong.
2.
ٱلْقُرَىٰ ialah negeri-negeri.
Dalam ayat ini ia merujuk kepada tempat Nabi Nuh, Nabi Lut, Nabi Syuaib. Kaum
mereka mendustakan kerana lalai dan sombong.
3.
Penyakit pertama manusia ialah lalai. Adam lalai tetapi ia
mengaku silap. Iblis lalai dan sombong.
Lalai dan sombong boleh berlaku kepada kita. Kita mungkin lalai dalam
solat dan lalai dengan al-Quran iaitu baca mungkin tidak faham. Mula-mula
lalai, lama-lama mula mendustakan ayat-ayat Quran. Bila ada orang ingatkan,
mereka mengkufuri kepentingan amalan-amalan yang diperintah Allah.
Ayat [7:102]
وَمَا وَجَدْنَا لِأَكْثَرِهِم مِّنْ عَهْدٍۢ ۖ وَإِن وَجَدْنَآ أَكْثَرَهُمْ لَفَـٰسِقِينَ
Dan Kami tidak mendapati bagi
kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati
kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik.
Mesej dan Tindakan:
1.
Orang fasik ialah orang yang derhaka. Mereka tidak mahu
mengikut perintah Allah.
2.
Bila kita dapat Quran bukan hanya untuk disimpan di dalam
almari tetapi ia untuk diambil tindakan.
3.
Untuk membina semula negara, mesej ini perlu diambil
perhatian. Negara akan hancur kalau kita ulang balik apa yang dilakukan oleh
kaum-kaum terdahulu.
Ayat [7:103] Permulaan kisah Nabi
Musa
ثُمَّ بَعَثْنَا مِنۢ بَعْدِهِم مُّوسَىٰ بِـَٔايَـٰتِنَآ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَإِي۟هِۦ فَظَلَمُوا۟ بِهَا ۖ فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلْمُفْسِدِينَ
Kemudian Kami mengutuskan Nabi
Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan
Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu.
Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.
Mesej dan Tindakan:
1. Nabi Musa diutuskan untuk mengingatkan Firaun dan ketua-ketua kaumnya zalim. Sifat orang yang zalim ialah mereka lalai yang sombong dan keras hati. 2. Lalai kalau mengaku, in sya Allah, Allah akan tolong. Jika lalai terlalu lama, akan menjadi sombong dan hati akan menjadi keras. Orang tegur pun akan cepat melenting.
3. Al-Quran hadir kepada kita untuk memberi peringatan bagi memastikan kita tidak lalai. Untuk mengubat lalai yang sombong, banyaklah tilawah al-Quran, dengar My#QuranTime dan kongsi-kongsi ilmu. Kita tidak mahu lalai seperti iblis yang membawa kepada kesombongan.
|
Ayat [7:104]
وَقَالَ مُوسَىٰ يَـٰفِرْعَوْنُ إِنِّى رَسُولٌۭ مِّن رَّبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
Dan berkatalah Nabi Musa:
"Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan
sekalian alam.
Mesej dan Tindakan:
1. Nabi Musa ialah junior berbanding Firaun namun dia
tetap melaksanakan tugas.
2. Kita mungkin ada sedikit ilmu, bukan pangkat tinggi, tapi
kita hendaklah juga berkongsi tentang pentingnya al-Quran untuk mengembalikan
balik negeri ini. Kita mungkin rasa kecil apatah lagi Firaun ini adalah yang
banyak berjasa kepada Nabi Musa. Tetapi Nabi Musa tetap dengan hidayah
daripada Allah terus melaksanakan tugas.
3. Begitu juga Nabi Muhammad SAW, walaupun baginda mendapat
manfaat daripada bapa-bapa saudaranya di Mekah, tetap juga mengingatkan
tentang risalah.
4. Kita dapat banyak mana pun jasa, kalau perkara itu perlu
kita sampaikan dalam bentuk yang terbaik, kita kena laksanakan tugas tersebut
kerana negeri ini hanya akan dapat diselamatkan apabila pemimpinnya beriman
dan bertakwa dengan sebenar-benarnya.
RESOLUSI MTQ227
Ingat !!
1. Bina iman dan takwa dalam komuniti atau organisasi untuk mendapatkan barakah (96)
2. Jangan bermain dan mencabar perkara ketauhidan kepada Allah SWT (98)
3. Minta ampun segera agar tidak ditimpa keburukan dan ditutup hati daripada kebenaran (100)
Lega kerana Allah akan beri barakah sekiranya saya berusaha bina
iman dan takwa dalam komuniti atau organisasi.
Saya jelas untuk bina iman dan takwa dalam komuniti atau
organisasi untuk mendapatkan barakah.
Saya jelas untuk tidak bermain dan
mencabar perkara ketauhidan kepada Allah SWT.
Saya mesti minta ampun segera
agar tidak ditimpa keburukan dan ditutup hati daripada kebenaran.
Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan Rasul kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami.
Ya Allah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, kurniakan kami ilmu dan kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran agar kami dapat menjadi orang yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa.
Ya Allah, jadikan kami orang yang belajar dan mengajar al-Quran serta menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup kami.
Ya Allah, bantu kami untuk bina iman dan takwa dalam keluarga, komuniti dan organisasi kami.
Ya Allah kurniakan keberkatan dalam segala usaha kami untuk bina iman dan takwa.
Ya Allah, jauhi kami daripada bermain dan mencabar ketauhidan Mu.
Ya Allah, ampuni kami, jauhi kami daripada ditimpa keburukan dan ditutup hati daripada kebenaran.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah, Ya Mujib.
|
|
|