PERKATAAN HARI INI
غَيَّرَ Mengubah.
154 kali disebut dalam al-Quran
SINOPSIS
- Kaum yang mengubah fitrah dan dihancurkan (53-54)
- Interaksi dengan orang yang melanggar perjanjian dan orang yang sudah nampak darinya tanda-tanda untuk melanggar (55-59)
- Persiapan untuk memerangi musuh sesuai dengan kemampuan dan kesanggupan (60)
- Lebih mengutamakan damai (61)
Mukaddimah
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT pada hari ini kita dapat meneruskan pelajaran, kita menatap al-Quran dan merendahkan diri kita memuji Allah SWT. Kita memuji Allah di dalam surah al-Fatihah dan kita memujiNya di dalam surah al-Kahfi. Allah menurunkan kitab al-Quran, satu hadiah yang amat indah kepada Nabi Muhammad SAW dan kita mahu ikut dekat-dekat sunnah baginda SAW.Tidak lama lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan dan kita harapkan mahu mengkhatamkan bacaan al-Quran. Semoga dengan kita sudah belajar 10 juzuk ini, kita akan dapat memahami sedikit sebanyak waktu kita membacanya nanti. Semoga dengan membaca ayat-ayat ini, kita mendapat sinar di dalam kehidupan kita.
Kita telah belajar bahawa Firaun mempunyai dinasti yang panjang dan stabil. Begitu juga kaum ‘Aad dan kaum Tsamud. Sehingga mereka merasakan mereka hebat sangat dan kufur kepada Allah, lalu mereka dihancurkan. Mereka diazab kerana dosa mereka. Allah memberi peringatan demi peringatan dan salah satunya melalui Nabi Musa AS sebelum mereka dihancurkan.
Ayat [8:53]
ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِّعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَىٰ قَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْ وَأَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Mesej Dan Tindakan
- Allah beri nikmat dan Allah memang mahu kekalkan sehingga kaum itu sendiri yang minta dihapuskan nikmat yang ada.
- Allah berikan nikmat yang terbaik untuk kita tetapi kita yang membuat perkara-perkara yang mungkar seperti rasuah, yang menyebabkan Allah menarik semula nikmat yang telah diberi.
- Kita mungkin tertanya-tanya kenapa orang yang berkuasa masih lagi tekan orang lain, ambil rasuah dll. Kalau kita rasa perit dengan sikap begitu, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
- Allah mahu memberi kita nikmat dan kita kena pastikan yang kita menghargai nikmat itu. Contoh: Jangan biarkan arak dijual berleluasa. Jangan sampai Allah menarik nikmat kerana dosa-dosa kita dan diturunkanNya azab.
Ayat [8:54]
كَدَأْبِ ءَالِ فِرْعَوْنَ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمْ فَأَهْلَكْنَٰهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَكُلٌّ كَانُوا۟ ظَٰلِمِينَ
"(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim."
- Firaun mempunyai dinasti yang panjang dan stabil sehingga mereka merasakan mereka hebat sangat dan kufur kepada Allah, lalu mereka dihancurkan. Mereka diazab kerana dosa mereka.
- Bila dosa terlalu banyak, ia akan menggelapkan cara kita berfikir dan cara kita berperasaan. Bila kita berkuasa, janganlah kita rasa sombong.
- Semoga Allah tidak mencabut nikmat yang telah diberiNya kepada kita.
- Allah marah dengan kedegilan orang-orang kafir sehingga Allah memanggil mereka sebagai seburuk-buruk makhluk yang melata.
- Di dalam diri manusia ada roh yang ditiupkan. Roh ini tempat cahaya. Cahaya al-Quran Allah berikan untuk menghidupkan roh ini. Tetapi kalau seseorang itu mendustakan, mengabaikan kebenaran, sebenarnya dia dalam kegelapan, tiada nur.
- Orang yang mendustakan ayat Allah, mereka itu teruk sangat di sisi Allah kerana mereka tidak ikut panduan daripada Allah SWT.
- Antara ciri orang yang tidak beriman ialah mungkir janji. Kesan nilainya, ia tidak menghargai perjanjian yang telah dipersetujui, social contract. Contohnya: Songlap barang pejabat.
- Tanda keimanan bukan sekadar peringkat personal. Ia membekas kepada keluarga, negeri, organisasi dan negara. Dalam konteks ini, orang-orang Yahudi di Madinah pada zaman Rasullullah SAW dahulu, tidak menghargai Piagam Madinah.
- عَٰهَدتَّ bermaksud saling berjanji kemudian mereka memutuskannya setiap kali. Ini berlaku pada Bani Quraizhah dan Bani Nadhir di Madinah. Kata Hamka, lembu/kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
- Pengajarannya, bila kita membuat perjanjian dengan sesiapa pun mestilah kita penuhi.
Ayat [8:57]
فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِى ٱلْحَرْبِ فَشَرِّدْ بِهِم مَّنْ خَلْفَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
“Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf).”
Mesej Dan Tindakan
- Asbabun Nuzul ayat ini: Bani Quraizhah duduk sekali di Madinah dengan Nabi SAW. Mereka sudah berjanji dalam Piagam Madinah untuk sama-sama menjaga Madinah. Dalam Islam, orang-orang bukan Islam boleh duduk bersama dengan syarat bersama-sama menjaga negara, jangan khianat kepada negara. Dalam kes ini Kaab bin Ashraf dari Bani Quraizhah bersekongkol dengan Abu Suffian. Allah perintahkan supaya gegarkan (شَرِّدْ) mereka agar orang-orang yang di belakang mereka menjadi gerun.
- Mereka yang terbukti mungkir adalah bahaya dan mereka dipancung untuk menggegarkan orang supaya jangan belot kepada perjanjian. Sudah ada law of the land yang dipersetujui, hendaklah dihormati.
Ayat [8:58]
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِن قَوْمٍ خِيَانَةً فَٱنۢبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَآءٍ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْخَآئِنِينَ
“Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.”
Mesej Dan Tindakan
- Allah perintahkan supaya mengembalikan perjanjian dengan orang yang tidak jujur. Nabi SAW pernah membuat perjanjian dengan Abu Suffian di Hudaibiyah. Orang Islam terpaksa berpatah balik ke Madinah. Kemudian bila Abu Suffian pergi ke Madinah dan mahu berjanji lagi, Nabi SAW tidak menerimanya.
- Bila kita sudah berjanji dengan sesiapa, jangan tukar apa-apa di tengah-tengah hanya untuk kepentingan sendiri. Ini adalah panduan penting. Jangan main-main tentang janji.
Ayat [8:59]
وَلَا يَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَبَقُوٓا۟ إِنَّهُمْ لَا يُعْجِزُونَ
“Dan janganlah orang-orang yang kafir itu menyangka (bahawa) mereka telah terlepas (dari kekuasaan dan balasan Kami); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (kekuasaan Kami).”
Mesej Dan Tindakan
- Allah akan membantu orang yang berpegang kepada janji.
- Orang yang mungkir janji bermakna orang itu tidak ada ruh daripada al-Quran.
- Umat Islam perlu membuat persediaan kerana ada tiga kumpulan yang perlu kita takutkan:
- Musuh Allah - orang musyrik Mekah pada masa Nabi SAW
- Musuh sendiri - orang Yahudi di kawasan Madinah. Mereka ada wahyu tetapi telah menyelewengkannya dan bermusuh.
- c. Kumpulan yang tidak diketahui kecuali oleh Allah. Ini lah golongan munafik. Mereka sentiasa berada dalam masyarakat. Talam dua muka.
- Pelajarannya: Kita tidak dapat kenal pasti orang munafik. Allah sahaja yang tahu siapa munafik. Jangan mudah-mudah melebel orang munafik hanya kerana ia lambat datang apabila sudah berjanji.
- Bila hendak berperang, kena berkorban. Allah akan sempurnakan balasan kepada orang-orang yang membelanjakan pada jalan Allah. Di zaman ini, bila pihak tentera membeli peralatan yang mungkin bajetnya besar, ia amat penting untuk menjaga keamanan negara. Keamanan penting untuk kita dapat beramal dengan baik.
Ayat [8:61]
وَإِن جَنَحُوا۟ لِلسَّلْمِ فَٱجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Mesej Dan Tindakan
- Jika musuh yang belot dan memerangi Nabi SAW mahu berdamai (فَٱجْنَحْ), Allah menyuruh menerima perdamaian itu.
- Abu Suffian tidak diterima oleh Nabi SAW kerana ia melibatkan perjanjian yang besar. Bagi Bani Quraizhah, Allah suruh terima perdamaian mereka.
- Hendaklah kita bertawakal kepada Allah selepas menerima perdamaian. Allah mendengar jika mereka berkomplot. Allah akan memberi bantuanNya sekiranya mereka melawan.
- Jaga nikmat kurniaan Allah SWT agar tidak diubah dan menjadi rosak (53)
- Jaga perjanjian dengan Allah SWT dan sentiasa berharap supaya Allah SWT menjauhkan daripada azab (56)
- Jangan khianat ketika berjanji (58)