PERKATAAN HARI INI
35 kali disebut dalam al-Quran.
SINOPSIS
- Nikmat Allah SWT kepada Bani Israel (2:49-57)
Ulangkaji pelajaran lepas
- Bekalan ilmu kepada Nabi Adam dan Hawa untuk turun ke bumi.
- Walaupun kita ada musuh iaitu syaitan, tapi siapa yang mengikut al-Quran (Hudan), insya Allah kita akan dipimpin.
- Contoh Bani Israel yang diberikan peraturan dan bagaimana mereka respond.
- Surah Al-Fatihah, 7 ayat yang mengingatkan kita untuk menjadi umat bersyukur.
- Ingat sumber nikmat semuanya daripada Allah SWT. Thank you Allah.
- Ingat NIKMAT, ingat HADIAH, ingat HIDAYAH, BERSYUKUR PADA HADIAH, jangan KUFUR, jangan DUSTA, jangan NAFIKAN bahawa Allah bagi kita banyak hadiah.
Nikmat Allah SWT kepada Bani Israel
Ayat 49
Pengajaran
Kita jangan ikut perangai pengikut Firaun yang menjadikan wanita alat untuk meruntuhkan moral masyarakat. Ini cara orang terdahulu untuk memusuhi keimanan.
Ayat 50
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ ٱلْبَحْرَ فَأَنجَيْنَـٰكُمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ٥٠
Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
Allah tenggelamkan Firaun dan pengikut-pengikutnya dalam lautan dan mereka nampak kejadian itu depan mata. Tapi masih berdegil.
Ayat 51
وَإِذْ وَٰعَدْنَا مُوسَىٰٓ أَرْبَعِينَ لَيْلَةًۭ ثُمَّ ٱتَّخَذْتُمُ ٱلْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِهِۦ وَأَنتُمْ ظَـٰلِمُونَ ٥١
Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
Pengajaran
- Allah tak suruh bayar semua nikmat yang diberikan kepada kita. Yang Allah mahukan ialah kita kembali beriman dan hargai hidayah daripada Allah.
- Walaupun kita tidak nampak Nabi Muhammad SAW depan mata tapi mesti menghargai baginda dan mukjizat al-Quran yang baginda bawa.
- Menzalimi diri mereka sendiri semasa peninggalan Nabi Musa bertemu Allah. Mereka tidak istiqamah/konsisten ikut perintah Nabi Musa. Mereka sembah patung anak lembu. Mereka berada dalam kegelapan semula.
Ayat 52
ثُمَّ عَفَوْنَا عَنكُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ٥٢
Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
Pengajaran
- Allah maafkan mereka agar mereka bersyukur.
- Kadang-kadang kita buat baik beberapa hari dan kalau kita boleh teruskan buat kebaikan, itulah tandanya kita mendapat cahaya daripada Allah.
- Jadilah orang yang pemaaf - "Afuw" maksudnya maafkan atau sesuatu yang lebih. Hanya orang yang ada kelebihan sahaja yang boleh memberi. Allah memaafkan kerana Allah banyak sangat rahmatNya. Jadi kalau kita hendak jadi orang yang pemaaf maka kita kena minta rahmat daripada Allah. Bila memaafkan, bermakna kita melumatkan sesuatu yang tak puas hati dalam diri dan kita boleh memperbanyakkan lagi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat (Rujukan Asfahani). Kalau hidup kita tidak senang dan tidak tenteram, praktikkan TERAPI MAAF. Jangan berdendam dengan sesiapa. Insya Allah, hidup akan tenang dan lebih berkat.
Ayat 53
وَإِذْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْفُرْقَانَ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ٥٣
Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.
Pengajaran
- Kalau buat silap, bertaubat dan minta maaf daripada Allah kerana Allah Maha Pemaaf dan Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
- Allah hendak kita sentiasa bersyukur atas nikmat-nikmatnya dan kembali kepada Nya.
- Kita hendaklah hargai al-Kitab yang ada peraturan (al-Quran) yang Allah turunkan sebagai SOP dan pembeza antara yang hak dan yang batil untuk kita ummat Nabi Muhammad. Al-Quran sebagai sumber akhlak kita.
- Kita kena cari hidayah - walaupun sudah ada al-Quran, kalau kita tidak berusaha mempelajari dan mengkaji al-Quran bagi mencari petunjuk maka kita tidak akan dapat hidayah itu.
Ayat 54
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ يَـٰقَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِٱتِّخَاذِكُمُ ٱلْعِجْلَ فَتُوبُوٓا۟ إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَٱقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌۭ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ٥٤
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Pengajaran
- Bani Israel telah syirik. Nabi Musa terus mendidik mereka agar kembali kepada Allah.
- Dengan masalah sosial yang berleluasa sekarang, kita kena semak kaedah pendidikan dan pastikan kita guna kaedah pendidikan yang Allah tunjukkan dalam al-Quran.
Ayat 55 - 57
وَإِذْ قُلْتُمْ يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهْرَةًۭ فَأَخَذَتْكُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ٥٥
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
ثُمَّ بَعَثْنَـٰكُم مِّنۢ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ٥٦
Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْمَنَّ وَٱلسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقْنَـٰكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـٰكِن كَانُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ٥٧
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
Pengajaran
- Kerana tidak menghargai hadiah daripada Allah. Mereka persoalkan Nabi Musa dan Kitab Taurat. Ini bermakna mereka mempersoalkan Allah SWT.
- Mereka degil walaupun mukjizat di depan mata. Mereka tidak bersyukur. Mereka disambar halilintar.
- Kemudian Allah hidupkan mereka semula untuk mereka bersyukur.
- Zaman ini kalau ada orang mempersoalkan Nabi Muhammad SAW, mempersoalkan bolehkah al-Quran menyelesaikan sebarang isu, ini bermakna mereka mempersoalkan Allah SWT.
- Allah bawakan mukjizat dan berbagai pertolongan kepada kita.
- Al-Quran adalah mukjizat yang paling agung. Lebih hebat daripada ular Nabi Musa, lebih ajaib daripada kejadian laut terbelah.
- Dengan mukjizat al-Quran kita akan mendapat berbagai keajaiban dalam hidup.
- Jangan jadi seperti Bani Israel iaitu kaum yang diMURKAI oleh Allah. Doa yang kita minta berulang kali dengan membaca al-Fatihah ayat 7, minta dijauhkan dari menjadi orang yang dimurkai oleh Allah. Jangan ikut perangai Bani Israel supaya kita tidak menjadi orang yang dimurkai oleh Allah.
- Jadilah orang yang BERSYUKUR.
- Semasa Bani Israel sesat di padang pasir, Allah bagi 2 nikmat kepada mereka (Ayat 56-57): a) Allah lindungi mereka daripada panas terik dengan lembayung awan, b) Allah turunkan rezeki makanan istimewa "manna (madu) dan salwa (burung puyuh)" daripada langit.
- Berbagai rezeki yang Allah bagi mestilah kita hargai.
- Orang yang tak dapat hidayah, mereka makan benda yang tidak baik.
- Walaupun kita banyak dosa tetapi Allah tetap bagi rezeki kepada kita.
- Ingat bahawa kalau kita buat dosa, kita sebenarnya menzalimi diri sendiri.
- Kita yang rugi sekiranya berbuat perkara-perkara yang tidak menghargai hadiah.
- Tanda kita menghargai hadiah al-Quran daripada Allah, kita BACA-FAHAM elok-elok dan buat amalan yang terbaik supaya Allah tambah lagi nikmatnya kepada kita.
RESOLUSI
Ingat !!
- Selalu ingat nikmat Allah pada kita agar lebih bersyukur (2:52)
- Tabah hadapi ujian untuk dapat manfaat lebih besar daripada Allah (2:53)
- Kita suci dan Rasul adalah anugerah Allah yang perlu dihargai (2:53)
Lega kerana Allah tunjukkan contoh tidak baik melalui cerita Bani Israel yang kufur nikmat Allah.
Saya jelas untuk tidak ikut perangai Bani Israel.
Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi hadiah al-Quran kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Kurniakan kami bantuan untuk berpegang teguh kepada hadiah Mu ya Allah. Kami amat memerlukan hidayah-Mu. Jadikan kami orang yang sentiasa menghargai nikmat-Mu. Jauhkan kami dari sifat-sifat Bani Israel yang tidak mesyukuri nikmat-Mu.
Ya Allah, tabahkan kami dalam menghadapi ujian-Mu. Jadikan al-Quran sebagai syafaat untuk kami di akhirat dengan rahmatMu ya Allah. Kurniakan kami taufik dan hidayah agar kami berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Jauhi kami dari azab neraka. Aamiin ya Mujib.