PERKATAAN HARI INI
لَعَنَ Dilaknat, dikecam
41 kali disebut di dalam al-Quran
SINOPSIS
Perbuatan ahlul kitab dan balasannya [4:52-55]
Seksaan bagi orang kafir dan pahala bagi orang mukmin [4:56-57]
Hukum Islam: Melaksanakan amanah, menyampaikan hak kepada yang berhak, menetapkan hukum dengan adil, taat kepada Allah, rasul dan pemimpin [58-59]
Mukaddimah
Alhamdulillah, kita meneruskan pembelajaran untuk lebih banyak pencerahan daripada Allah dalam Surah al-Nisa'.
Surah al-Fatihah mengingatkan kita kepada permohonan hidayah daripada Allah SWT. Kita perlukan hidayah ini setiap masa dan itulah hadiah yang paling besar yang kita perlukan setiap hari. Perlu diingatkan, bila kita ada rumah, kereta dan segalanya tetapi yang paling kita perlukan ialah hidayah terutamanya di dalam keadaan kemelut di dunia sekarang ini. Kita tidak pasti apakah yang akan berlaku pada hari ini, esok dan tahun hadapan dengan COVID19 dan apa yang berlaku di seluruh dunia. Semoga dengan hidayah daripada Allah SWT kita tidak akan gundah gulana kerana kita tahu Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya yang sentiasa bersama dengan al-Quran.
Ayat [4:52]
أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ ۖ وَمَن يَلْعَنِ ٱللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُۥ نَصِيرًا
"(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya."
Mesej:
Ada 3 rahsia kenapa seseorang itu dilaknat oleh Allah SWT:
Mencampur adukkan yang benar dengan kesesatan (جِبْت ). Seperti orang Yahudi yang mencampur adukkan yang benar dengan yang batil. Mereka itu hanyalah lambang kerana terdapat juga orang lain, orang Islam
juga, yang bersikap sama seperti mereka.
Pemimpin yang hanya mementingkan kuasa dan kepentingan diri/kelompok sendiri (thagut). Tidak kisah amanah kepada orang.
Memutar belit fakta, merasa mereka sahaja betul dan menganggap orang beriman salah.
Siapa yang dilaknat tidak akan mendapat pertolongan besar daripada Allah SWT.
Perkataan laknat ini sangat besar kerana mengingatkan kita untuk tidak mengutuk orang lain dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah. Laknat bukan kutuk sekadar dari segi perkataan sahaja, tetapi ia memberi kesan kepada bantuan-bantuan Allah yang akan dijauhkan daripada orang-orang yang dilaknat.
Allah mencabar orang Yahudi dan orang yang bersifat seperti Yahudi iaitu mereka tidak ada sedikit pun kuasa memerintah. Dalam tafsir Hamka tersebut kisah Kaab bin Ashraf yang pergi ke Mekah dari Madinah untuk mempromosi tentang kekuasaan mereka. Yang sebenarnya, mereka tidak ada kuasa dan tidak memberi manfaat sedikit pun.
Kalau mereka memerintah pun, sudah pasti tidak memberi sedikit pun ( نَقِيرًا ) kebaikan kepada manusia. Jadi, mereka itu diumpamakan tidak memberi kebaikan pun walau sekecil tompok di biji kurma itu kerana mereka adalah golongan yang dilaknat Allah.
Ada dua istilah berkaitan tentang kurma:
Fatila (فَتِيلًا) - rambut-rambut/serat pada biji kurma.
Naqira (نَقِيرًا ) - satu tompok kecil yang ada di biji kurma.
Allah memberi peringatan supaya kita tidak menjadi seperti orang Yahudi ini.
Orang Yahudi mempunyai hasad kepada Nabi SAW kerana Allah SWT telah berikan banyak kurniaan ( فَضْلِهِ). Bani Israel datang dari Nabi Ishak, Yaakub, Nabi Ibrahim. Nabi SAW dari Nabi Ismail. Walapun adanya pertemuan keturunan Nabi Ibrahim, mereka tetap dengki kepada Baginda SAW kerana Nabi SAW bukan dari jalur Nabi Ishak.
Hasad adalah umpama kayu api yang boleh membakar kayu api yang lain. Doakan agar kita jangan selalu berhasat kerana setiap manusia berpotensi memiliki hasad. Contoh: Dalam suasana COVID19 ini, walaupun kita ada masalah, jangan sampai kita kutuk orang yang buat kebaikan sehingga hancur hanya kerana dia bukan geng kita.
Allah akan berikan hikmah dan kerajaan yang besar selagi kita beriman kepada Allah SWT dan Nabi SAW. Cabarannya ialah hasad.
Orang yang mempunyai sifat hasad akan mendapat balasan neraka jahanam. Api neraka menyala kepada mereka walaupun mereka ada amalan yang baik.
Orang yang beriman kepada Allah akan diberi kurniaan seperti yang Allah kurniakan kepada keluarga Nabi Ibrahim.
Orang-orang kufur akan dibakar dalam api neraka. Bila habis terbakar, diganti dengan kulit yang lain.
Kulit ada kaitan dengan sikap mereka di dunia yang mahu menjaga ‘kulit’ mereka agar selesa sahaja dengan tidak mahu berjuang dan hanya mahukan semua kelebihan orang lain diberikan kepadanya (hasad).
Orang yang sanggup berjuang akan diberikan ganjaran syurga kerana berjuang untuk kebaikan orang lain. Semoga semua ‘frontliners’ yang berkorban menyarungkan PPE yang tidak selesa demi manfaat orang lain diberikan ganjaran syurga oleh Allah SWT.
Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Orang yang beriman dan beramal soleh akan mendapat ganjaran syurga yang ada sungai yang mengalir.
Ganjaran yang baik ini diberikan kerana mereka berbuat amal tanpa ada riak dan hasad, bertolak ansur dengan pasangan semasa di dunia.
Di syurga mereka akan bersenang-senangan bersama pasangan yang telah bersusah payah berjuang di dunia.
Allah menegaskan ( إِنَّ) bahawa Dia memerintahkan kita menyampaikan amanah ( ٱلْأَمَٰنَٰتِ ) iaitu hak-hak Allah dan hak-hak manusia kepada yang berhak menerimanya.
Apabila kita diberi kuasa menetapkan hukum, hendaklah kita menetapkan hukum dengan adil. Ini bermaksud amanah adalah satu perkara yang penting yang mesti ditunaikan. Contoh tidak berlaku adil: Utamakan kroni dalam pemberian jawatan atau projek.
Sebagai ibu bapa kita juga wajib utamakan amanah kepada ahli keluarga.
Allah sentiasa memerhati dan mendengar apa yang kita buat dan apa yang kita cakap.
Sumber perundangan paling tinggi ialah al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Ketaatan mutlak adalah kepada Allah dan Rasul.
Ketaatan kepada pemimpin adalah relatif: bergantung jika mereka taat kepada Allah dan rasul. Jika ada perselisihan, rujuk bukti-bukti dari sunnah Rasul dan al-Quran.
Allah tidak menghalang perselisihan tetapi rujuklah kepada perundangan Allah. Bila ada masalah sepatutnnya berbincang dengan baik dan kembalilah ( فَرُدُّوهُ ) kepada sumber perundangan iaitu al-Quran.
Orang-orang yang betul beriman akan kembali kepada Allah dan Rasul dan mereka akan mendapat kesudahan yang baik (وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا).
Hendaklah kita belajar al-Quran dan sunnah dengan bersungguh-sungguh agar kita tahu di mana hendak rujuk dan apa yang perlu dibuat bila menghadapi masalah.
Elakkan dengki dengan cara menghargai kitab dan sunnah Nabi SAW [4:54]
Tunaikan amanah kepada ahlinya [4:58]
Jika bertelagah, kembali kepada Allah SWT dan Rasul sebagai sumber rujukan hukum [4:59]
Ayat [4:53]
أَمْ لَهُمْ نَصِيبٌۭ مِّنَ ٱلْمُلْكِ فَإِذًۭا لَّا يُؤْتُونَ ٱلنَّاسَ نَقِيرًا
"Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia."
Mesej:
Ayat [4:54]
أَمْ يَحْسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۖ فَقَدْ ءَاتَيْنَآ ءَالَ إِبْرَٰهِيمَ ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْحِكْمَةَ وَءَاتَيْنَـٰهُم مُّلْكًا عَظِيمًۭا
"Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar."
Mesej:
Ayat [4:55]
فَمِنْهُم مَّنْ ءَامَنَ بِهِۦ وَمِنْهُم مَّن صَدَّ عَنْهُ ۚ وَكَفَىٰ بِجَهَنَّمَ سَعِيرًا
"Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).”
Mesej:
Ayat [4:56]
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًۭا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَـٰهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا۟ ٱلْعَذَابَ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًۭا
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Mesej:
Ayat [4:57]
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًۭا ۖ لَّهُمْ فِيهَآ أَزْوَٰجٌۭ مُّطَهَّرَةٌۭ ۖ وَنُدْخِلُهُمْ ظِلًّۭا ظَلِيلًا
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.”
Mesej:
Ayat [4:58]
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلْأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحْكُمُوا۟ بِٱلْعَدْلِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعًۢا بَصِيرًۭا
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."
Mesej:
Ayat [4:59]
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍۢ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌۭ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Mesej:
RESOLUSI
Ingat !!
Lega kerana Allah SWT berikan panduan untuk kembali kepada-Nya.
Saya jelas untuk menghargai al-Quran dan sunnah Nabi SAW supaya dapat elakkan daripada sifat dengki. Saya mesti tunaikan amanah Allah kepada orang yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Jika ada perselisihan dalam hidup, saya mesti dapatkan solusinya daripada al-Quran dan sunnah.
Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan Rasul kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, kurniakan kami ilmu dan kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran agar kami dapat menjadi orang yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya Allah, jadikan kami orang yang belajar dan menyampaikan al-Quran serta menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam penyelesaian masalah hidup kami.
Ya Allah, bantu kami untuk menjalankan amanah kepada ahli kami. Jauhi kami daripada sifat dengki. Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.