Sinopsis Juzuk 3
Al-Baqarah Madaniyyah Ayat 253-286 Halaman 42-49
Ali-Imran Madaniyyah Ayat 1-91 Halaman 50-61
Juzuk 3 membawa motivasi infaq di jalan Allah SWT sebagai asas kekuatan Daulah, bermula dengan keagungan ayat kursi, kisah Ibrahim a.s. dan Namrud, kisah Uzair dan Ibrahim a.s. serta 4 ekor burung sebagai motivasi bagi mewujudkan sifat akauntabiliti itu sendiri melalui kepercayaan kepada Hari Perhitungan.
Al-Baqarah (Lembu Betina)
Nama-nama lain: Az-Zahra' dan As-Sinam
Az-Zahra’ bermakna menerangi kerana ia menerangi jalan hidayah di dunia dan akhirat.
As-Sinam bermakna sesuatu yang tinggi; baik tinggi letaknya ataupun tinggi darjatnya. Surat Al-Baqarah adalah surah yang paling sering menjelaskan tentang metode beragama bagi umat ini.
Tema: Identiti teguh menjadi pemimpin
Sinopsis Al-Baqarah (253-286)
• Rasul mempunyai kelebihan tersendiri (253-255)
- Ubah ibu negara dan perlembagaan
- Selepas dipilih sebagai pengganti Bani Israel
- Allah SWT sebagai pengurus alam sentiasa menolong (Ayat Kursi – 255)
• Tiada paksaan memeluk islam (256-257)
• Mukjizat Nabi Ibrahim A.S yang pelik (258-260)
- Berhujah dengan Namrud yang mengaku tuhan
- Satu kumpulan bertemu runtuhan, makanan dan keldai ( Kisah Uzair)
- Bagaimana Allah S.W.T menghidupkan orang yang mati
• Perumpamaan sedekah (261-266)
- Perumpamaan biji benih (261)
- Perumpamaan batu bertanah ditimpa hujan (264)
- Perumpamaan kebun yang ditimpa hujan (265)
• Berbelanjalah daripada usaha sendiri (267-269)
• Pahala tetap diberi jika kita bersedekah (270-272)
• Hanya riba' dilarang (273-276)
• Nasihat kepada mukmin (277-279)
- Terus beramal soleh, solat, zakat
- Taqwa, tinggalkan riba’
• Cara menangani hutang (280-284)
• Berdoa hanya kepada Allah (285-286)
Surah Ali-Imran (Keluarga Imran)
Nama surah disebut pada ayat 33.
Tema: Keluarga yang berpegang teguh dengan iman kepada Allah S.W.T dan Al-Kitab akan dimuliakan oleh Allah S.W.T sebagaimana kemulian itu diberikan kepada keluarga Imran.
Dimulakan dengan Allah bersumpah dengan huruf: ALIF LAM MIIM untuk membuktikan hanya Allah saja pengurus alam ini. Diutus Nabi Muhamad SAW membawa al-Quran bagi menjadi bukti kesinambungan Taurat dan Injil, menjadi petunjuk kepada manusia.
Diakhiri dengan ingatan kepada orang beriman supaya sabar menerima dugaan. Bersatu menghadapi serba kemungkinan. Bertakwa kepada Allah. Ini adalah antara ciri-ciri mereka yang dapat kemenangan.
Sinopsis Ali-Imran (1-91)
• Kisah taurat dan injil di dalam al-Quran (1-9)
• Allah S.W.T hiasi hidup kita dengan nafsu (10-17)
- Suka kepada perempuan
- Ingin anak
- Harta bertimbun, emas, perak, kenderaan serta hartanah
• Cara hidup yang sebenarnya (18-25)
• Tanda kekuasaan Allah S.W.T (26-34)
- Nabi diajar supaya mengajar ummatnya wirid
- Allah S.W.T menukar siang kepada malam, menghidupkan yang mati serta memberi rezeki.
• Kisah keluarga Imran (35-41)
• Kelahiran Nabi Isa (42-48)
• Mukjizat Nabi Isa (49-63)
- Cipta burung hidup dari tanah
- Celikkan orang buta
- Sembuhkan penyakit sopak
- Hidupkan orang mati
- Beritahu apa kamu makan
- Apa yang tersimpan di rumah
• Yahudi berbalah tentang Nabi Ibrahim (64-69)
• Allah S.W.T ingatkan ahli kitab (70-91)
Doa-doa dalam Juzuk 3
وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ ٢٨٥
Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". (Al-Baqarah ayat 285)
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٢٨٦
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah ayat 286)
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ ٨
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Ali-Imran ayat 8)
ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ١٦
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"; (Ali-Imran ayat 16)
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ٢٦
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali-Imran ayat 26)
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةًۭ طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ ٣٨
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (Ali-Imran ayat 38)
رَبَّنَآ ءَامَنَّا بِمَآ أَنزَلْتَ وَٱتَّبَعْنَا ٱلرَّسُولَ فَٱكْتُبْنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ ٥٣
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)". (Ali-Imran ayat 53)
Wallahua’lam
Rujukan
- Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
- Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
- Kompas 114, Syaari Ab Rahman
- Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil
