Sunday, June 4, 2023

Sinopsis Juzuk 8


SINOPSIS JUZUK 8

Surah         Status         Ayat         Halaman Mashaf

Al-An’am Makiyyah 111-165 142-150

Al-A’raf         Makiyyah 1-87         151-161


Surah al-An'am (111-165) sambungan


• Keadaan manusia (111-117) 

- Walaupun diturunkan malaikat atau dihidupkan orang mati, mereka tetap tidak beriman kerana mereka tidak tahu hakikat sebenar al-Quran (111)

- Allah SWT hadapkan kepada para rasul itu musuh daripada syaitan berbentuk manusia dan jin (112) 

- Patutkah memilih selain Allah SWT padahal al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW? (114) 

- Al-Quran kitab yang sempurna. Tiada siapa boleh mengubahnya (115)

- Mudah terikut-ikut telatah kebanyakan orang sesat (116). 

• Makanlah daripada yang halal (118-123). 

• Orang kafir mencàbar Nabi (124-127) 

• Suasana di tepi neraka(128-130). 

• Dugaan satu kemestian (131-135). 

• Ketetapan yang tidak masuk akal (136-140). 

• Semua ciptaan Allah untuk manusia (141-150). 

• Perkara yang diharamkan (151-153) 

- Mensyirikkan Allah

- Abaikan kedua ibu bapa

- Membunuh anak, kerana takut kebuluran. Allah sudah sediakan makanan untuk mereka

- Melakukan zina sama ada terang atau bersembunyi.

- Membunuh orang tanpa sebab.

- Makan harta anak yatim kecuali sekadar patut, sehingga mereka baligh.

- Menipu sukatan dan timbangan. 

• Taurat diturunkan juga memberi petunjuk (154-160). 

• Tentukan sikap kita (161-165). 



Surah al-A’raf (Tempat Tertinggi) Ayat 1-87


Bermaksud tempat tertinggi yang menjadi perbatasan antara syurga dengan neraka. Di atasnya terdapat sekelompok manusia yang sama timbangan kebaikan dan keburukannya; hingga Allah SWT pun menempatkan mereka di Al-A'raf dalam beberapa waktu yang mereka tidak tahu kemanakah akhir dari perjalanan mereka.


Tema: Jadilah golongan syurga, bukan atas pagar.


Bermula dengan Allah SWT bersumpah dengan huruf al-Quran Alif Lam Mim Sad, untuk membuktikan al-Quran diturunkan bukan untuk menyusahkan, tapi memberi amaran dan ingatan kepada mukmin.


Diakhiri dengan mengingatkan, bila al-Quran dibaca kita dikehendaki diam, dengar dengan baik, mudah-mudahan kita akan dapat rahmat. Ingat pada Allah penuh keinsafan, pagi dan petang. Siapa yang benar-benar mahu bertakwa, mereka tidak sepatutnya sombong dan bongkak, malah mestilah bertasbih dan sujud pada Allah selalu.


• Al-Quran bukan hendak menyusahkan (1-3)

• Contoh kebinasaan yang mereka terima (4-9) 

• Perbalahan Allah SWT dengan iblis (10-18)

• Nabi Adam dimasukkan ke syurga (19-23)

• Ingatan Allah kepada kita, anak Adam( 24-31) 

- Kekal di dunia sehingga kiamat. Di sana kamu hidup. Di sana kamu mati. Dari sana jugalah kamu akan dibangkitkan.

- Allah SWT sediakan di dunia pakaian yang boleh menutup aurat. la boleh juga dijadikan perhiasan. Tapi pakaian yang paling baik ialah ketakwaan. 

- Jangan mudah terpedaya oleh tipu daya syaitan. 

- Allah SWT tidak suruh kita melakukan kejahatan. Tidak juga suruh bercakap apa yang kita tidak ketahui.

- Allah SWT suruh kita berlaku adil, mendirikan solat dengan ikhlas kerana Allah. Mintalah kepada-Nya dengan penuh kejujuran, kerana Dia yang memulakan ciptaan kita, Dia juga akan mengakhirinya.

- Allah SWT suruh berhias diri setiap kali hendak melakukan solat. Makan dan minumlah dari benda yang halal. Jangan sekali-kali membazir kerana Allah tidak suka kepada pembaziran.

• Perkara yang diharamkan (32-41) 

• Ingatan untuk orang beriman (42-53) 

• Cuba renungkan alam ini (54-58)

• Kisah Nabi Nuh (59-64)

• Kisah Nabi Hud (65-72)

• Kisah Nabi Saleh (73-79)

• Kisah Nabi Lut (80-84)

• Kisah Nabi Syuaib (85-87)


Doa dalam Juzuk 8


قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ ٢٣


Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Al-A’raf ayat 23)


وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَـٰرُهُمْ تِلْقَآءَ أَصْحَـٰبِ ٱلنَّارِ قَالُوا۟ رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٤٧


Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim". (Al-A’raf ayat 47)


Wallahua’lam


Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin

2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail

3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman

4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil


Halaman 604 : Al Ikhlas 112 : 1-4 & Al Falaq 113: 1-5 & An Nas 114 : 1-6

                 Surah Al Ikhlas   PERKATAAN HARI INI    وَلَدَ  =   beranak , melahirkan Diulang  102 kali di dalam Al-Quran SINOPSIS    1....