|
Mukaddimah
Alhamdulillah
kita bersyukur dapat teruskan pembelajaran untuk mendapatkan hidayah daripada
Allah SWT. Kita berada di awal juz keenam dan penghujung surah al-Nisa'.
Al-Fatihah dibaca berulang kali untuk kita terus memohon jalan yang lurus ke
syurga. Kita bukan memohon untuk diri sendiri sahaja, tetapi kita memohon
juga untuk ahli keluarga, kawan-kawan dan sanak saudara.
Pada
ayat [4:170] kita telah belajar tentang fitrah manusia yang suka kepada guru yang dapat membawa kita ke jalan yang benar.
Rasul SAW diutuskan Allah SWT untuk mendidik kita sampai kepada al-Haq iaitu
kebenaran tentang tujuan hidup kita.
Ayat [4:171]
يَـٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَـٰبِ لَا تَغْلُوا۟ فِى دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْحَقَّ ۚ إِنَّمَا ٱلْمَسِيحُ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ ٱللَّهِ وَكَلِمَتُهُۥٓ أَلْقَىٰهَآ إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌۭ مِّنْهُ ۖ فَـَٔامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ ۖ وَلَا تَقُولُوا۟ ثَلَـٰثَةٌ ۚ ٱنتَهُوا۟ خَيْرًۭا لَّكُمْ ۚ إِنَّمَا ٱللَّهُ إِلَـٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ ۖ سُبْحَـٰنَهُۥٓ أَن يَكُونَ لَهُۥ وَلَدٌۭ ۘ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًۭا
"Wahai
Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara
ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan
yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh
Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga
tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan
Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga".
Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi
kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada
mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian
makhlukNya)."
Pengajaran - Allah menjelaskan peri pentingnya mengatakan
yang benar.
- Allah menyeru kepada semua ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) dari agama Samawi. Ini adalah satu panggilan
yang mulia.
- Ingatan bagi kita, supaya tidak menjadi seperti
orang yang diberi kitab tetapi tersasar dari landasan
kebenaran seperti
orang Nasrani.
- Allah juga ingatkan kita jangan melampau batas
( لَا تَغْلُوا۟ ) dengan mengatakan Nabi Isa anak tuhan. Ghulu
maknanya fokus kepada satu bahagian, yang lain diabaikan. Antara contoh
'ghulu', ada orang yang mahu membaca al-Quran sahaja tetapi tidak mahu sembahyang. Orang
Kristian, mereka cinta sangat kepada Nabi Isa a.s. sehingga menyatakan
baginda anak tuhan dan orang Yahudi pula, benci sangat kepada Nabi Isa a.s.
sampai mengatakan baginda anak luar nikah. Ada orang sekarang yang terlalu
mengagungkan guru mereka
terlalu
tinggi sehingga
menganggap guru mampu memberi keberkatan.
- Allah menyatakan yang Nabi Isa a.s. adalah anak
Maryam dan memberi amaran kepada mereka supaya jangan berkata tuhan itu ada
tiga. Inilah extreme dalam akidah.
- Allah menyuruh kita beriman kepada Nabi Isa a.s
sebagai rasul yang diutus. Janganlah kita berselisih pendapat tentang akidah
kepada tuhan.
- Berhati-hatilah dalam bab akidah dan daripada tabarruk dengan cara yang tidak benar.
- 8. Menurut Hamka, untuk berhujah dengan
orang kristian yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s anak Allah, bila kita
fikir semula, semua yang ada di bumi ini adalah milik Allah.
Jika mereka mengatakan yang Nabi Isa a.s. anak tuhan, bagaimana pula dengan
makhluk Allah yang lain seperti pokok, gunung dan sebagainya? Mengapa dinisbahkan
Nabi Isa sahaja sebagai anak Allah? Ini menunjukkan bahawa pemikiran Kristian
adalah pemikiran yang salah.
- Manusia tidak perlu memohon supaya diampunkan dosa melalui Jesus Christ seperti orang Kristian.
Sebagai orang Islam, kita hendaklah memohon terus kepada Allah. Kita tidak perlu ada perantara untuk berhubung dengan Allah.
Cukuplah Allah sebagai pelindung.
- Janganlah kita menjadi extreme dalam beragama
iaitu tidak merujuk kepada
kebenaran.
Ayat [4:172]
لَّن يَسْتَنكِفَ ٱلْمَسِيحُ أَن يَكُونَ عَبْدًۭا لِّلَّهِ وَلَا ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ ٱلْمُقَرَّبُونَ ۚ وَمَن يَسْتَنكِفْ عَنْ عِبَادَتِهِۦ وَيَسْتَكْبِرْ فَسَيَحْشُرُهُمْ إِلَيْهِ جَمِيعًۭا
"(Nabi
Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi
Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan
Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan
memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka
Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya."
Pengajaran - Perkataan
لَّن يَسْتَنكِفَ bermakna tidak malu atau enggan kerana
sombong. Nabi Isa a.s. tidak sombong dan tidak malu untuk menjadi hamba Allah beribadah kepada Allah.
- Malaikat pun tidak sombong untuk beribadah
kepada Allah.
- Allah menempelak ahli kitab dengan menyatakan yang mereka
itu tidak ubah seperti binatang kerana tidak mahu menyembah Allah dan
mengambil Nabi Isa a.s sebagai anak tuhan.
Kesombongan mereka menyebabkan mereka akan dihalau ke neraka di
akhirat nanti.
- Janganlah kita menjadi sombong, degil dan
mensucikan orang-orang tertentu dalam kehidupan.
Pantun:
Benderang
alam sinar cahaya
Di
waktu malam bulan purnama
Menjadi
hamba Allah itulah paling mulia
Diberi
ganjaran sampai ke syurga
Ayat [4:173]
فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدُهُم مِّن فَضْلِهِۦ ۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱسْتَنكَفُوا۟ وَٱسْتَكْبَرُوا۟ فَيُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا أَلِيمًۭا وَلَا يَجِدُونَ لَهُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَلِيًّۭا وَلَا نَصِيرًۭا
"Sesudah
itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi
mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya
kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan
berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa
yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa
pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi
mereka."
Mesej dan Tindakan. - Allah menjelaskan kepada kita bahawa kefahaman
orang Nasrani yang menyatakan Jesus Christ sebagai anak tuhan, adalah
perbuatan melampau (extreme dalam akidah).
- Allah memberitahu balasan kalau kita beriman
dan beramal soleh secara betul dan tidak ghulu (tidak melampau) iaitu:
- Allah akan menyempurnakan pahala-Nya. Allah
akan cukupkan balasan yang ada.
- Allah akan tambah lagi kurniaanNya sebagai bonus.
- Orang yang enggan beribadat dan berlaku sombong
(kesan melampau), Allah akan siksa dengan azab yang pedih dan tiada siapa
dapat menolong selain Allah SWT. Contoh: Baca Quran saja tak mahu selawat
atau solat sahaja tapi tak mahu tolong orang. Ada juga fahaman extreme yang
mengutuk orang yang cinta Nabi dengan mengatakan orang yang selawat kepada
Nabi sebagai memuja dan mensyirikkan Nabi.
- Hendaklah kita beriman kepada Allah dan rasul
dengan iman yang sejahtera.
- Orang yang merengus dan sombong adalah kesan
sifat ghulu (melampau).
Ayat [4:174]
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَكُم بُرْهَـٰنٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكُمْ نُورًۭا مُّبِينًۭا
"Wahai
sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari
Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur
(cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini
dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak)."
Prop: Lampu kalimantang
Pengajaran - Allah menyeru kepada semua manusia, menunjukkan
bahawa
semua orang ada peluang
untuk mendapat cahaya petunjuk daripada Allah SWT.
- Allah menggunakan perkataan بُرْهَٰنٌ iaitu seperti pedang atau cahaya matahari.
Bila kita ada cahaya daripada lampu kalimantang kita rasa itulah cahaya yang
paling berharga. Tetapi rupanya bila dapat cahaya matahari, cahaya
kalimantang tak kelihatan lagi. Bila kita banyak mengkaji al-Quran, kita akan
dapati falsafah, idea atau undang-undang manusia adalah amat lemah dan kita perlu rujuk kembali kepada kebenaran yang
dibawa oleh al-Quran.
- Al-Quran adalah nur, iaitu cahaya yang menyejukkan seperti cahaya bulan,
tidak panas seperti cahaya matahari.
- Al-Quran dapat menerangi hidup kita di dunia
dan dapat membawa kejayaan serta kebahagiaan sehingga ke akhirat.
Pantun:
Teratak
kecil di pekan Jabi
Indah
rupanya beratap genting
Jangan
dipuja, hatta Nabi
Kerana
tauhid amatlah penting
|
Ayat [4:175]
فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَٱعْتَصَمُوا۟ بِهِۦ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِى رَحْمَةٍۢ مِّنْهُ وَفَضْلٍۢ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَٰطًۭا مُّسْتَقِيمًۭا
"Oleh
itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran
Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang
khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan
menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya."
Pengajaran - Orang beriman yang berpegang dengan tali Allah,
iaitu al-Quran, bukan sekadar mendapat cahaya lampu kalimantang, tetapi
'burhan'. Hidup kita akan semakin bercahaya yang menyebabkan kita mendapat
kasih sayang Allah yang lebih. Kita dapat merasa kasihan bila orang buat silap,
dan
kita cuba membantu masyarakat dengan panduan Allah.
- Orang yang berpegang kepada al-Quran akan
dipimpin oleh Allah SWT di jalan yang lurus menuju ke syurga.
Pantun :
Burung
belatok ikan haruan
Menjemur
padi bersama kawan
Jika
al-Quran sudah diutamakan
Pasti
menuju kasihnya Tuhan
|
|
|
RESOLUSI
Ingat
!!
1. Tidak berlebih-lebihan dalam beragama [171]
2. Jangan sombong untuk menjadi hamba Allah SWT
[172]
3. Hargai kebenaran rasul dan al-Quran sebagai
cahaya [174]
Lega
kerana Allah SWT turunkan al-Quran sebagai cahaya dalam hidup saya.
Saya
jelas untuk tidak berlebih-lebihan dalam beragama. Saya mesti jauhkan sifat
sombong untuk menjadi hamba Allah SWT. Saya mesti hargai kebenaran rasul dan
al-Quran sebagai cahaya.
Ya
Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan Rasul kepada
kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya
Allah, kurniakan kami ilmu dan kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran
agar kami dapat menjadi orang yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya
Allah, jadikan kami orang yang belajar dan menyampaikan al-Quran serta
menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam hidup kami.
Ya
Allah, jauhi kami daripada berlebih-lebihan dan extreme dalam beragama. Bantu
kami untuk menjauhi sifat sombong agar kami dapat menjadi hamba-Mu yang taat
beriman dan beramal soleh. Ya Allah, terangi hidup kami dengan cahaya
kebenaran daripada rasul dan al-Quran. Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami.
Pimpinlah kami dengan rahmat dan kasih sayang-Mu agar kami berjaya sampai ke
syurga.
Ya
Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu;
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab
neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.
|
|
|