|
PERKATAAN HARI INI: سَرَف Melampau. 23 kali disebut dalam al-Quran. |
|
SINOPSIS
|
|
Mukaddimah Alhamdulillah, kita dapat teruskan pengajian dalam Juz kelapan
surah al-A'raf. Diharapkan ia memberi inspirasi dan ingatan kepada kita
tentang kisah Adam dan Iblis. Ini adalah sejarah kita Bani Adam sebagai umat
manusia supaya kita jangan lupa kepada perangkap syaitan. Apabila kita
bersama hidayah, Insya Allah kita akan terpelihara. Bila Allah panggil 'Ya
Bani Adam', kita diminta mengimbau sejarah kita, jangan lupa identiti kita,
khuatir kita ini akan gagal kalau tidak kenal apakah cabaran sebenar dalam
kehidupan kita seharian. Dalam al-Fatihah kita memohon supaya diberi hidayah dan sentiasa
disuntik dengan vaksin syifa' daripada Allah SWT. Bacaan di dalam solat
adalah puncak kepada pembacaan yang memberi kesan. Ayat [7:31] يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍۢ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias
pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan
makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah
tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:32] قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِىٓ أَخْرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزْقِ ۚ قُلْ هِىَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا خَالِصَةًۭ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ ٱلْـَٔايَـٰتِ لِقَوْمٍۢ يَعْلَمُونَ Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani)
mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya,
dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang
dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat)
untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan
dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman
sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat
keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:33] قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّىَ ٱلْفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَٱلْإِثْمَ وَٱلْبَغْىَ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُوا۟ بِٱللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِۦ سُلْطَـٰنًۭا وَأَن تَقُولُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan
perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar;
dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah
tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya)
kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. Mesej dan Tindakan: 1. Ayat ini adalah
tentang rahsia kejatuhan umat. Ada 6 perkara:
Ayat [7:34] وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۭ ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةًۭ ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka
apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun,
dan tidak dapat pula mereka didahulukan. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:35] يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ إِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ رُسُلٌۭ مِّنكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ ءَايَـٰتِى ۙ فَمَنِ ٱتَّقَىٰ وَأَصْلَحَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari
kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka
sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:36] وَٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا وَٱسْتَكْبَرُوا۟ عَنْهَآ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan
yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya. Mesej dan Tindakan:
|
|
Ayat [7:37] فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ ٱفْتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِـَٔايَـٰتِهِۦٓ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ يَنَالُهُمْ نَصِيبُهُم مِّنَ ٱلْكِتَـٰبِ ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَتْهُمْ رُسُلُنَا يَتَوَفَّوْنَهُمْ قَالُوٓا۟ أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ ۖ قَالُوا۟ ضَلُّوا۟ عَنَّا وَشَهِدُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا۟ كَـٰفِرِينَ Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta
terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan
mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi
mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat)
yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka):
"Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain
Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada
kami", dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka
adalah orang-orang yang ingkar. Mesej dan Tindakan:
|
|
RESOLUSI
Ingat !!
Lega kerana saya akan dapat lebih banyak ganjaran di akhirat
sekiranya saya manfaatkan perhiasan yang Allah berikan di dunia dengan iman.
Saya jelas, untuk tidak melampau ketika makan. Saya mesti
manfaatkan perhiasan di dunia dengan iman untuk dapatkan lebih banyak
ganjaran di akhirat. Saya jelas untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi
kematian.
Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan
Rasul kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan
kepada kami. Ya Allah, Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, kurniakan kami ilmu dan
kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran agar kami dapat menjadi orang
yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya Allah, jadikan kami orang
yang belajar dan mengajar al-Quran serta menjadikan al-Quran dan sunnah
sebagai panduan hidup kami.
Ya Allah, jauhi kami
daripada melampau ketika makan. Ya Allah, bimbing kami untuk manfaatkan
perhiasan di dunia dengan iman agar kami dapat lebih banyak ganjaran di
akhirat. Ya Allah, bantu kami untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi
kematian. Matikanlah kami dalam husnul khatimah.
|
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.